Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Friday, May 6, 2016

Alam Barzakh: Dalil Mengenai Azab Kubur Dalam Al-Qur’an






Pensabitan azab kubur di dalam al-Qur’an telah dijelaskan oleh para ulama tafsir yang muktabar lagi masyhor. Mereka itu termasuklah Imam al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Imam Muhammad ar-Razi Fakhr al-Din dan lain-lainnya menyebut perkara tersebut dan kewajipan beriman dengannya di dalam kitab-kitab mereka.

Tuesday, May 3, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Hadis berkaitan roh di alam barzakh



Beberapa persoalan berkisar mengenai nafs (jiwa) dan roh. Sebahagiannya menganggap roh akan mati kerana ia termasuk dalam kategori jiwa. Ini kerana setiap jiwa pasti akan mengalami kematian. Allah berfirman yang bermaksud:

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa”[1]






Saturday, April 30, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur


Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur?

1. Orang yang mati syahid.

Dari Rasyid bin Sa’ad  dari beberapa sahabat Nabi, disebutkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah, mengapa orang-orang beriman akan diuji dalam kubur, kecuali para syuhada?” Baginda menjawab, “Kilatan pedang yang berkelibat di atas kepala mereka (para syuhada) sudah cukup menjadi ujian bagi mereka.”[1]

Thursday, April 28, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Adakah Azab Kubur Berterusan?

Image result for pelepah tamar
Pohon tamar


Ibnu Qayyim al-Jauziyah[1] menyatakan bahawa azab itu ada dua macam iaitu azab yang tetap dan azab yang terputus Azab yang tetap berdasarkan ayat firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh)”.[2]

Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah SWT azab boleh diringankan berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya:

[Hadis] Alam Barzakh: Hadis Yang Menunjukkan Azab Kubur


Berita dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersumber daripada wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, setiap hamba Allah Ta‘ala wajib mempercayainya dan beriman dengannya. Inilah i'ktiqad orang-orang Islam.
Maka banyak hadis-hadis shahih yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadis yang masyhur seperti al-Bukhari dan Muslim secara terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur, antaranya:

Tuesday, April 26, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Pengenalan


Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh. Alam barzakh juga dikatakan alam yang berada antara mati dan bangkit setelah mati.[1]


Wednesday, April 20, 2016

Puisi Cinta Rabb


Nun jauh di dalam sana..
Terbenam di dasar hati..
Ada degupan yang beralun lembut..
Berzikir mengagungkan cinta Rabb..cinta Rasulullah...
Tenangnya terasa membaluti diri..

Tetapi terkadang...

Hati ini ternoda dengan perasaan halus cinta makhluk...
Mengharapkan belaian cinta makhluk......

Di kala itu...
Iman yg terbenam kukuh dalam hati ini berkata...
Bagaimana cinta agung Rabbmu?
Bagaimana cinta agung kekasih-NYA Muhamamad Rasulullah..
Bagaimana?
Di tangga ke berapakah??
Di saat itu..
Sekali lagi hati ini telah perlahan-lahan memalapkan cinta makhluk yg cuba bernyala terang...
Tidak akan dibiarkan ia bermaharajalela melebihi cintaku pada Yang Satu...
Cinta teragung tanpa syarat...
Cinta suci yang tidak pernah menghampakan...

Kerana..................
Aku cintakan Rabbku...

Dan aku cintakan kekasih-NYA.....
Lebih dari segala-galanya!


Srikandi Al-Azwar
12 Rejab 1437 H
nur_mylp@yahoo.com
Baiti Jannati

Saturday, April 16, 2016

Bersabarlah Wahai Pendosa


Assaalamualaikum..

Bagaimana iman anda? Bagaimana dengan amalan kalian dalam persediaan untuk memasuki bulan suci tidak lama lagi? Harapnya tetap teguhlah melangkah walau terlalu banyak dugaan dan cabaran yang merintang perjalanan kalian. Bersabarlah menempuh semuanya…

Tuesday, December 9, 2014

Bila Tiba Saatnya...

Assalamualaikum....
Allah... lama betul jari jemari ini tak menukilkan sesuatu di ruang ini...
Kekangan masa untuk duduk dan buka laptop begitu terasa akhir-akhir ini...
Sebenarnya kerinduan untuk menulis bukan sahaja kerana suka-suka tetapi kerinduan untuk berkongsi sesuatu bagi mengubat jiwa ini sendiri... Benarlah, dengan memberi kita banyak menerima sebenarnya...

Jika kita cuba merawat hati orang lain dengan sedetik peringatan insyaAllah yakinlah DIA pasti merawat hati kita di segenap ruang masa kita...

Gunalah sebaik mungkin ruang dan peluang yang ada… sesungguhnya masa kita tidak lama di persinggahan ini… insyaAllah mulai detik ini sama-samalah kita berlumba untuk beri peringtatan… semoga bermanfaat! Terimalah kick-start dari saya;



[Bila Tiba - Ungu]

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Lirik: Bila Tiba
Nyanyian: Ungu

Wednesday, April 23, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 4)


Bagaimana menghadapi ibtila’?

1.                  Mengucapkan kalimah istirja’

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
{iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA lah kami kembali)}[1]

Seringkali kita mendengar ucapan kalimah ini apabila adanya kematian. Sayang sekali tidak ramai yang mempraktikkannya dalam segala hal musibah yang melanda. Sakit, berita kemalangan, terjatuh barang dan sebagainya sepatutnya kalimah ini yang meniti di bibir terlebih dahulu berbanding melatah yang tidak sepatutnya.


Saturday, April 19, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 3)


Ibtila’ terhadap seluruh hamba Allah

Ujian di atas muka bumi Allah ini bukan sekadar kepada Nabi Allah bahkan kepada seluruh hamba-Nya. Hal ini kerana merujuk kepada satu ayat Al-Quran:       

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
{Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar}[1]

Perkara ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan itu sebenarnya perkara umum yang pasti menimpa manusia. Setiap manusia waima kaya dan miskin, waima tua dan muda pasti akan merasai ujian ini. Inilah yang dikatakan fitrah kehidupan. Cuma, apa yang berbezanya adalah tahap ujian yang menimpa seseorang. Lagi tinggi tingkatan imannya maka lagi tinggi ujian yang perlu ditempuhnya. Ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran berikut:


Sunday, April 13, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 2)


Ibtila’ terhadap Nabi

Sudah kita sedia maklum bahawa para Nabi dan Rasul itu sangat hampir kedudukannya di sisi Allah. Ujian yang menimpa bukan calangnya untuk kita perkatakan. Mereka ini dikasihi Allah lalu kenapa mereka terpaksa melalui kesusahan dalam menjalankan misi dakwah mereka? Bukankah Allah sangat sangat sayangkan mereka? Sabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya:

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka redha maka Allah redha dan bila dia marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR. Tirmidzi)

Friday, February 28, 2014

AL-IBTILA’ (Bahagian 1)

 



Setiap manusia yang ada di muka bumi ini pasti akan mengalami yang namanya ujian hidup. Ujian hidup ini bermacam ragam bentuk dan rupanya, ada yang ringan dan ada pula yang berat. Ada dua jenis ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia, yaitu musibah dan cobaan (ibtila’).

Segalanya datang dari Allah. Begitulah juga dengan cubaan hidup ini. Dengan menyedari hakikat sebenarnya ujian dan musibah, maka kita diharapkan memiliki cara pandang yang benar tentang ujian dan musibah.

Tuesday, October 15, 2013

Bila Hati Berbicara




Hati kata: “Wow….suka la benda ni, nice!! Nak, nak!!!”

Hati kata: Sambil tersipu-sipu “sebenarnya saya suka dia…”

Hati kata: “Wei, ko jaga sikit ek, tengoklah apa aku buat ko nanti” menggelegak terbakar hatinya.

Hati kata: “Astaghfirullah… sungguh, aku benar-benar menyesal atas segala perbuatanku…”

Hati kata: “Aish, tak baik la dia ni…asyik mengumpat ja dia, baik aku jauh-jauh sikit, bahaya ni”



Salam EidulAdha. Salam tadhiyyah.

Macam-macam benar monolog hati kita ni sebenarnya. Kekadang hati kita berbisik perkara baik, kekadang pula yang tak baik.


Kenapa ya begitu?


Puncanya iman & amalan.

Jika baik amal soleh kita maka insyaAllah baik jugalah iman kita. Maka baiklah dalaman kita.
Jika sudah kotor atau kurang baik amalan kita pada hari itu maka hati kita pun turut jadi kurang baik bicaranya. Hati jadi  gersang dengan zikrullah, selawat dan berfikiran yang baik. 

Monday, February 25, 2013

Perjalanan Menemui Murabbi Mendekatkan Diri Kepada Rabbi




Assalamu’alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah wa syukur lillah.

Setelah beberapa hari menyepi hari ini ingin saya kongsikan mengenai murabbi saya yang amat saya segani. Segan pula bila mengatakan beliau adalah murabbi saya kerana saya sebenarnya bukanlah salah seorang muridnya yang sempat bertalaqqi secara berhadapan dengannya. Namun begitu, tetap ingin saya perkatakan sesuatu di sini moga-moga menjadi peringatan dan ibrah kepada semua.

Travelog ini bukan travelog biasa. Ia merupakan travelog tarbiyah diri. Perjalanan ini bukan perjalanan biasa kerana ia membawa erti luar biasa. Perjalanan mendekati ulama yang berjiwa murabbi.

Friday, February 15, 2013

Aku Tahu Siapa Aku



Assalamu’alaikum warahmatullah..

Bukan sebuah cerita kali ini. Bukan juga sebuah petikan daripada lagu. Tetapi satu pernyataan dan kenyataan.

Ya, sebuah pernyataan daripada saya sendiri. Sedikit kelainan entri kali ini. Kerana ia lebih berbentuk coretan hati. Sebuah puisi hati.

Insya-Allah moga sahabat-sahabat sudi membaca sehingga ke akhir tinta kali ini. Moga kita dapat bermuhasabah diri bersama.


Sebuah Puisi:

"Aku Tahu Siapa Aku"


Diri disingkap Hati dibelah

Hari meniti hari. Bulan berganti bulan. Tahun menginjak tahun. Usia diri pastinya semakin bertambah. Usia hidup juga pastinya semakin memendek. Hakikat makhluk itu pasti terbatas hayatnya. Justeru semakin memendek usia bermakna semakin dekat kita dengan Sang Pencipta.

Menyingkap tabir diri. Menjengah kamar hati. Kurasakan aku kenal benar akan diriku. Ya, aku memang kenal benar diriku sendiri. Siapa lagi yang lebih mengenali diriku jika bukan aku sendiri? Aku tahu siapa aku. 

Friday, February 8, 2013

Hitam putih hidupmu adalah sinar kebahagiaanmu





Hitam putih hidupmu

Sesungguhnya kita adalah manusia biasa. Bukan maksum. Bukan juga wali-NYA. Hakikatnya hidup kita pasti penuh dengan noda dan dosa. 

Allah… Kekadang memang terasa payah. Payah untuk menemukan kembali langkah yang lurus menuju Redha-NYA. Sungguh! Sungguh sukar dan berat sekali. Kaki yang melangkah bagaikan tidak terdaya lagi untuk teruskan langkah. Tempang sungguh langkah ini. Lantaran dosa dan noda yang pastinya sentiasa membayangi..

Adakah kita redha dengan segala khilaf itu? Adakah kita senang hati dengan salah tingkah kita? Bagi yang punya secebis iman melingkari tangkai hati pasti tidak pernah hidup tenang dengan segala salah itu. Kerana iman merupakan sahabat baik yang sentiasa menjentik hati dari terus hanyut dan leka dalam lautan noda kemaksiatan… 

Wednesday, February 6, 2013

Detik Pemergian Seorang Mujahidah




Alhamdulillah wa syukur lillah

Sebuah bingkisan peringatan. Yang saya rasa sepatutnya menjadi kewajiban bagi kita sebarkan sesame Muslim. Walaupun saya pasti ramai yang sudah membacanya tetapi bagi yang belum membaca sama-sama kita ambil iktibar.

"Katakanlah, 'Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripada-nya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah: 8).

Pastinya kita tidak dapat berlari kemana-mana pun. Kerana hakikatnya bumi ini milik Tuhan kita Allah Rabbul Jalil.
Hasil penulisan ini sebenarnya ditulis sendiri oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). InsyaAllah sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar. Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

Monday, January 28, 2013

Lantunan Mahabbah Rasulullah



Alhamdulillah wa syukur lillah…

Entri kali ini adalah travelog tarbiah saya. Bersama kita hayati sebentar.


Dua hari yang lalu dapat juga saya merasa duduk bersama dalam satu majlis yang cukup indah. Iaitu majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Majlis yang berlangsung selama 3 hari 3 malam itu sangat indah sekali pabila dihiasi penuh dengan majlis-majlis ilmu dan juga lantunan-lantunan qasidah. Dan malam Ahad tersebut merupakan malam terakhir. Subahanallah, terasa seperti berada dalam taman syurga dengan hadirin yang rata-ratanya berpakaian serba putih. Indah sekali!

Subhanallah… MasyaAllah…

Imam Syafie rahimahullahu Ta’ala pernah berkata;

“Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya.” 
Hati ini dibaluti dengan satu perasaan bahagia. Terasa indah sungguh dapat bertemu mata dengan Tuan Guru-Tuan Guru yang amat saya rindui selama ini yakni Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Tambah pula rasa teramat teruja bilamana dapat jua melihat secara ‘live’ Syeikh Zainul Asri Haji Ramli di sana. Alhamdulillah…AllahuAkbar!!! Allah makbulkan jua permintaan hati kecil ini akhirnya… Terima kasih ya Allah… Daku teramat gembira!

##Untuk lihat rakaman majlis antum boleh stream di: http://www.ustream.tv/recorded/28818922


Video streaming by Ustream


Sematkan kecintaan dan kerinduan kepada baginda Rasulullah


Dari Anas radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasalam, bahawasanya baginda Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)

Sahabat-sahabat, paling tidak jika kita tidak dapat mengingati atau membayangkan baginda Rasulullah sekurang-kurangnya usahakanlah untuk tidak mengecewakan baginda. Lihatlah amalan-amalan seharian kita. Adakah sudah benar-benar santun dan jauh dari kecelaan?

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat mulia! Budi pekerti baginda amat menambat hati seluruh isi alam. Malah kemuliaan baginda menandingi seluruh para Nabi dan Rasul. Nama baginda Rasulullah “Muhammad” itu sudah lama terletak dan terpampang di samping nama Allah di langit sana. Subhanallah…
          
Tambahan lagi Allah pernah berfirman kepada Nabi Adam a.s dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya:

“Kalau bukan kerana Muhammad, Aku (Allah) tidak akan ciptakan kamu (Adam). Kalau bukan kerana Muhammad juga Aku tidak akan jadikan syurga dan neraka.”

Subhanallah… MasyaAllah…

Sungguh tinggi kedudukan baginda di sisi Allah. Sehinggakan Allah dan para Malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda. Allah… kita bagaimana pula? Selalukah meniti di bibir kita selawat ke atas baginda?

Para Nabi dan Rasul memperakui kemuliaan baginda Rasulullah. Malah, menjadi umat Muhammad itu punya 1001 kelebihan. Kerana mulianya baginda di sisi Allah umat Muhammad s.a.w juga mendapat tempiasnya. Disayangi dan diberi kelebihan yang banyak berbanding umat-umat Nabi yang lain. Lantas kita bagaimana? Tidak terasa bangga dan terujakah dijadikan umat baginda Rasulullah?


Pengakhiran, lenturlah hatimu…

Wahai Purnama... Wahai Purnama…

Yang indah lagi sempurna…

Bagaimana… Bagaimana…

Nak kuluah dengan kata-kata…

(petikan dari bait qasidah)

Sungguh. Sungguh tak dapat nak dliuah dengan kata-kata. AllahuAkbar! Terasa syahdu pabila melantunkan bait-bait qasidah bersama sekalian hadirin dalam dewan nan indah tersebut. Memang benarlah bilamana kita berada dalam kalangan orang-orang soleh di dalam satu majlis ilmu nescaya hati kita menjadi sangat kuat mengingati Allah dan baginda Rasulullah… Subhanallah! Indah sekali… Tidak terucap dengan kata-kata ini… Andailah Rasulullah bersama-sama kita saat itu… Tentu sekali baginda tersenyum gembira melihatkan penyatuan umat-umatnya. Duhai Rasulullah, walau engkau tidak bersama kami tika ini aku teramat yakin bahawa engkau mendengar rintihan rindu kami. Syafa’atkanlah kami…

Wahai para muhibbin…

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah… marilah sama-sama kita menyematkan baginda dalam hati kita. letakkan seluruh rasa cinta kita buat baginda Rasulullah. Nescaya kita akan mendapat cinta daripada Allah. Moga dengan kita mencintai baginda dan mengikuti segala sunnah baginda membuatkan baginda kenal akan kita di akhirat kita. Seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syafaat daripada baginda. Bukankah itu yang kita idam-idamkan selama ini…



Salam Mahabbah Rasulullah…

Srikandi Al-Azwar,
15 Rabi’ulAwwal 1434H/ 27 Januari 2013
Baiti Jannati