Alhamdulillah wa syukur
lillah…
Entri kali ini adalah travelog
tarbiah saya. Bersama kita hayati sebentar.
Dua
hari yang lalu dapat juga saya merasa duduk bersama dalam satu majlis yang
cukup indah. Iaitu majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah yang dianjurkan Kerajaan
Negeri Kedah bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Majlis yang
berlangsung selama 3 hari 3 malam itu sangat indah sekali pabila dihiasi penuh
dengan majlis-majlis ilmu dan juga lantunan-lantunan qasidah. Dan malam Ahad
tersebut merupakan malam terakhir. Subahanallah, terasa seperti berada dalam
taman syurga dengan hadirin yang rata-ratanya berpakaian serba putih. Indah
sekali!
Subhanallah… MasyaAllah…
Imam Syafie rahimahullahu Ta’ala pernah berkata;
“Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya.”
Hati
ini dibaluti dengan satu perasaan bahagia. Terasa indah sungguh dapat bertemu
mata dengan Tuan Guru-Tuan Guru yang amat saya rindui selama ini yakni Syeikh
Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Tambah pula rasa teramat teruja bilamana dapat
jua melihat secara ‘live’ Syeikh Zainul Asri Haji Ramli di sana. Alhamdulillah…AllahuAkbar!!!
Allah makbulkan jua permintaan hati kecil ini akhirnya… Terima kasih ya Allah…
Daku teramat gembira!
##Untuk lihat rakaman majlis antum boleh stream di: http://www.ustream.tv/recorded/28818922
Video streaming by Ustream
Sematkan kecintaan
dan kerinduan kepada baginda Rasulullah
Dari Anas radhiallahu
anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasalam, bahawasanya baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)
Sahabat-sahabat,
paling tidak jika kita tidak dapat mengingati atau membayangkan baginda
Rasulullah sekurang-kurangnya usahakanlah untuk tidak mengecewakan baginda.
Lihatlah amalan-amalan seharian kita. Adakah sudah benar-benar santun dan jauh
dari kecelaan?
Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat mulia! Budi pekerti
baginda amat menambat hati seluruh isi alam. Malah kemuliaan baginda menandingi
seluruh para Nabi dan Rasul. Nama baginda Rasulullah “Muhammad” itu sudah lama
terletak dan terpampang di samping nama Allah di langit sana. Subhanallah…
Tambahan lagi Allah pernah berfirman kepada Nabi Adam a.s
dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya:
“Kalau bukan kerana Muhammad, Aku (Allah) tidak akan ciptakan kamu (Adam). Kalau bukan kerana Muhammad juga Aku tidak akan jadikan syurga dan neraka.”
Subhanallah… MasyaAllah…
Sungguh
tinggi kedudukan baginda di sisi Allah. Sehinggakan Allah dan para Malaikat
sentiasa berselawat ke atas baginda. Allah… kita bagaimana pula? Selalukah
meniti di bibir kita selawat ke atas baginda?
Para
Nabi dan Rasul memperakui kemuliaan baginda Rasulullah. Malah, menjadi umat
Muhammad itu punya 1001 kelebihan. Kerana mulianya baginda di sisi Allah umat
Muhammad s.a.w juga mendapat tempiasnya. Disayangi dan diberi kelebihan yang
banyak berbanding umat-umat Nabi yang lain. Lantas kita bagaimana? Tidak terasa
bangga dan terujakah dijadikan umat baginda Rasulullah?
Pengakhiran,
lenturlah hatimu…
Wahai Purnama... Wahai Purnama…
Yang indah lagi sempurna…
Bagaimana… Bagaimana…
Nak kuluah dengan kata-kata…
(petikan dari bait qasidah)
Sungguh.
Sungguh tak dapat nak dliuah dengan kata-kata. AllahuAkbar! Terasa syahdu
pabila melantunkan bait-bait qasidah bersama sekalian hadirin dalam dewan nan indah
tersebut. Memang benarlah bilamana kita berada dalam kalangan orang-orang soleh
di dalam satu majlis ilmu nescaya hati kita menjadi sangat kuat mengingati
Allah dan baginda Rasulullah… Subhanallah! Indah sekali… Tidak terucap dengan
kata-kata ini… Andailah Rasulullah bersama-sama kita saat itu… Tentu sekali
baginda tersenyum gembira melihatkan penyatuan umat-umatnya. Duhai Rasulullah,
walau engkau tidak bersama kami tika ini aku teramat yakin bahawa engkau
mendengar rintihan rindu kami. Syafa’atkanlah kami…
Wahai para muhibbin…
Sahabat-sahabat yang
dikasihi Allah… marilah sama-sama kita menyematkan baginda dalam hati kita.
letakkan seluruh rasa cinta kita buat baginda Rasulullah. Nescaya kita akan
mendapat cinta daripada Allah. Moga dengan kita mencintai baginda dan mengikuti
segala sunnah baginda membuatkan baginda kenal akan kita di akhirat kita.
Seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syafaat daripada baginda. Bukankah
itu yang kita idam-idamkan selama ini…
Salam
Mahabbah Rasulullah…
Srikandi
Al-Azwar,
15
Rabi’ulAwwal 1434H/ 27 Januari 2013
Baiti
Jannati
No comments:
Post a Comment