Showing posts with label Layyinul Qalbi. Show all posts
Showing posts with label Layyinul Qalbi. Show all posts
Saturday, April 16, 2016
Tuesday, October 15, 2013
Bila Hati Berbicara
Hati kata: “Wow….suka la benda ni, nice!! Nak, nak!!!”
Hati kata: Sambil tersipu-sipu “sebenarnya saya suka
dia…”
Hati kata: “Wei, ko jaga sikit ek, tengoklah apa aku
buat ko nanti” menggelegak terbakar hatinya.
Hati kata: “Astaghfirullah… sungguh, aku benar-benar
menyesal atas segala perbuatanku…”
Hati kata: “Aish, tak baik la dia ni…asyik mengumpat ja
dia, baik aku jauh-jauh sikit, bahaya ni”
Salam EidulAdha. Salam tadhiyyah.
Macam-macam benar monolog hati kita ni sebenarnya. Kekadang
hati kita berbisik perkara baik, kekadang pula yang tak baik.
Kenapa ya begitu?
Puncanya iman & amalan.
Jika baik amal soleh kita maka insyaAllah baik jugalah iman kita. Maka baiklah dalaman kita.
Jika sudah kotor atau kurang baik amalan kita pada hari
itu maka hati kita pun turut jadi kurang baik bicaranya. Hati jadi gersang dengan zikrullah, selawat dan
berfikiran yang baik.
Friday, February 15, 2013
Aku Tahu Siapa Aku
Assalamu’alaikum warahmatullah..
Bukan sebuah cerita kali ini. Bukan juga sebuah petikan
daripada lagu. Tetapi satu pernyataan dan kenyataan.
Ya, sebuah pernyataan daripada saya sendiri. Sedikit
kelainan entri kali ini. Kerana ia lebih berbentuk coretan hati. Sebuah puisi
hati.
Insya-Allah moga
sahabat-sahabat sudi membaca sehingga ke akhir tinta kali ini. Moga kita dapat
bermuhasabah diri bersama.
Sebuah Puisi:
"Aku Tahu Siapa Aku"
Diri disingkap Hati dibelah
Hari meniti hari. Bulan berganti bulan. Tahun menginjak
tahun. Usia diri pastinya semakin bertambah. Usia hidup juga pastinya semakin
memendek. Hakikat makhluk itu pasti terbatas hayatnya. Justeru semakin memendek
usia bermakna semakin dekat kita dengan Sang Pencipta.
Menyingkap tabir diri. Menjengah kamar hati. Kurasakan
aku kenal benar akan diriku. Ya, aku memang kenal benar diriku sendiri. Siapa
lagi yang lebih mengenali diriku jika bukan aku sendiri? Aku tahu siapa aku.
Wednesday, February 6, 2013
Detik Pemergian Seorang Mujahidah
Sebuah bingkisan
peringatan. Yang saya rasa sepatutnya menjadi kewajiban bagi kita sebarkan sesame
Muslim. Walaupun saya pasti ramai yang sudah membacanya tetapi bagi yang belum
membaca sama-sama kita ambil iktibar.
"Katakanlah,
'Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripada-nya, maka sesungguhnya
kematian itu akan menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu
apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah: 8).
Pastinya kita tidak dapat berlari kemana-mana pun. Kerana hakikatnya bumi ini milik Tuhan kita Allah Rabbul Jalil.
Hasil
penulisan ini sebenarnya ditulis sendiri oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada
al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). InsyaAllah
sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar. Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari
perkongsian ini. Selamat membaca.
Monday, January 28, 2013
Lantunan Mahabbah Rasulullah
Alhamdulillah wa syukur
lillah…
Entri kali ini adalah travelog
tarbiah saya. Bersama kita hayati sebentar.
Dua
hari yang lalu dapat juga saya merasa duduk bersama dalam satu majlis yang
cukup indah. Iaitu majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah yang dianjurkan Kerajaan
Negeri Kedah bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Majlis yang
berlangsung selama 3 hari 3 malam itu sangat indah sekali pabila dihiasi penuh
dengan majlis-majlis ilmu dan juga lantunan-lantunan qasidah. Dan malam Ahad
tersebut merupakan malam terakhir. Subahanallah, terasa seperti berada dalam
taman syurga dengan hadirin yang rata-ratanya berpakaian serba putih. Indah
sekali!
Subhanallah… MasyaAllah…
Imam Syafie rahimahullahu Ta’ala pernah berkata;
“Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya.”
Hati
ini dibaluti dengan satu perasaan bahagia. Terasa indah sungguh dapat bertemu
mata dengan Tuan Guru-Tuan Guru yang amat saya rindui selama ini yakni Syeikh
Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Tambah pula rasa teramat teruja bilamana dapat
jua melihat secara ‘live’ Syeikh Zainul Asri Haji Ramli di sana. Alhamdulillah…AllahuAkbar!!!
Allah makbulkan jua permintaan hati kecil ini akhirnya… Terima kasih ya Allah…
Daku teramat gembira!
##Untuk lihat rakaman majlis antum boleh stream di: http://www.ustream.tv/recorded/28818922
Video streaming by Ustream
Sematkan kecintaan
dan kerinduan kepada baginda Rasulullah
Dari Anas radhiallahu
anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasalam, bahawasanya baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)
Sahabat-sahabat,
paling tidak jika kita tidak dapat mengingati atau membayangkan baginda
Rasulullah sekurang-kurangnya usahakanlah untuk tidak mengecewakan baginda.
Lihatlah amalan-amalan seharian kita. Adakah sudah benar-benar santun dan jauh
dari kecelaan?
Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat mulia! Budi pekerti
baginda amat menambat hati seluruh isi alam. Malah kemuliaan baginda menandingi
seluruh para Nabi dan Rasul. Nama baginda Rasulullah “Muhammad” itu sudah lama
terletak dan terpampang di samping nama Allah di langit sana. Subhanallah…
Tambahan lagi Allah pernah berfirman kepada Nabi Adam a.s
dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya:
“Kalau bukan kerana Muhammad, Aku (Allah) tidak akan ciptakan kamu (Adam). Kalau bukan kerana Muhammad juga Aku tidak akan jadikan syurga dan neraka.”
Subhanallah… MasyaAllah…
Sungguh
tinggi kedudukan baginda di sisi Allah. Sehinggakan Allah dan para Malaikat
sentiasa berselawat ke atas baginda. Allah… kita bagaimana pula? Selalukah
meniti di bibir kita selawat ke atas baginda?
Para
Nabi dan Rasul memperakui kemuliaan baginda Rasulullah. Malah, menjadi umat
Muhammad itu punya 1001 kelebihan. Kerana mulianya baginda di sisi Allah umat
Muhammad s.a.w juga mendapat tempiasnya. Disayangi dan diberi kelebihan yang
banyak berbanding umat-umat Nabi yang lain. Lantas kita bagaimana? Tidak terasa
bangga dan terujakah dijadikan umat baginda Rasulullah?
Pengakhiran,
lenturlah hatimu…
Wahai Purnama... Wahai Purnama…
Yang indah lagi sempurna…
Bagaimana… Bagaimana…
Nak kuluah dengan kata-kata…
(petikan dari bait qasidah)
Sungguh.
Sungguh tak dapat nak dliuah dengan kata-kata. AllahuAkbar! Terasa syahdu
pabila melantunkan bait-bait qasidah bersama sekalian hadirin dalam dewan nan indah
tersebut. Memang benarlah bilamana kita berada dalam kalangan orang-orang soleh
di dalam satu majlis ilmu nescaya hati kita menjadi sangat kuat mengingati
Allah dan baginda Rasulullah… Subhanallah! Indah sekali… Tidak terucap dengan
kata-kata ini… Andailah Rasulullah bersama-sama kita saat itu… Tentu sekali
baginda tersenyum gembira melihatkan penyatuan umat-umatnya. Duhai Rasulullah,
walau engkau tidak bersama kami tika ini aku teramat yakin bahawa engkau
mendengar rintihan rindu kami. Syafa’atkanlah kami…
Wahai para muhibbin…
Sahabat-sahabat yang
dikasihi Allah… marilah sama-sama kita menyematkan baginda dalam hati kita.
letakkan seluruh rasa cinta kita buat baginda Rasulullah. Nescaya kita akan
mendapat cinta daripada Allah. Moga dengan kita mencintai baginda dan mengikuti
segala sunnah baginda membuatkan baginda kenal akan kita di akhirat kita.
Seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syafaat daripada baginda. Bukankah
itu yang kita idam-idamkan selama ini…
Salam
Mahabbah Rasulullah…
Srikandi
Al-Azwar,
15
Rabi’ulAwwal 1434H/ 27 Januari 2013
Baiti
Jannati
Saturday, January 19, 2013
Rayuan Rindu Sakeena -intro-
Malam sudah lama menyepi tetapi Sakeena
baru sahaja terasa ingin melelapkan mata. Dia pun membaringkan badannya yang
sedikit berisi perlahan-lahan di atas tilam katil bujangnya. Terasa sedap
badannya itu apabila dapat diregangkan di atas katil usang itu. Namun, mata dan
badannya yang meronta-ronta untuk dibelai itu sepertinya tidak dapat melawan
gelora hatinya yang tidak kenal erti rehat. Kalbunya berkocak kembali. Pelbagai
perasaan yang membusung di dadanya bertambah menyesakkan batinnya. Ya Allah…
terasa sarat benar hati ini. Aku sepertinya tidak mampu lagi membendung segala
rasa. Aku benar-benar tidak kuat… Bagaimanakah aku ingin keluar dari segala
kemelut duka ini. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Buat sekian kalinya hati
Sakeena merintih duka.
Tidak dapat memaksa dirinya memejamkan
mata Sakeena lantas bangun dari pembaringan. Hatinya tidak henti-henti berzikir
mengingati Allah. Dadanya bagaikan bercempera dan menunjal-nunjal. Sakit sungguh
rasanya. Segera kakinya dilangkahkan menuju ke bilik air yang berada di luar
dari biliknya. Pili air yang berada berhampiran dengan kolah dibuka kemudiannya dengan tertib dia mewudukkan dirinya. Air wudhuk yang sejuk mengalir di sebahagian
anggota wudhuknya itu terasa turut sama mententeramkan hatinya yang gundah
sebentar tadi.
Telekung
sembahyang yang tergantung elok di tepi katilnya dicapai. Sakeena ingin
menghadap Penciptanya. Moga gelora hati ini tidak merusuh lagi. Solat sunat
Taubat dua rakaat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tunduk kepada Allah Tuhan
Sekalian Alam.. Buat sekian kalinya empangan air matanya tidak mampu dibenteng
lagi. Pecah dan deras sekali. Dia merintih dan merayu kepada Tuhannya. Tanpa jemu
dan penuh mengharap…
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap syurga Allah
Carilah keredhoan Allah
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulallah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang Esa
Menjadi idaman kalbu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap syurga Allah
Carilah keredhoan Allah
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulallah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang Esa
Menjadi idaman kalbu
p/s: Sebuah intro kepada cerpen yang bakal menyusul sempena
MaulidurRasul. Moga sahabat-sahabat pembaca sudi untuk meluangkan masa untuk
membaca. Nantikan full cerpen ini nanti! Salam MaulidurRasul..^_^
Album : Puji-Pujian
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Saturday, January 12, 2013
I’tirafkan Pengampunan Buatku Ya Allah
Wahai
Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Assalamu’alaikum warahmatullah…AllahuAkbar, pejam celik
pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Bagaikan tidak terasa. Begitu juga
sehari-harian kita ini kekadang bagai tidak terasa dosa yang acapkali kita
ulangi. Biarpun sekecil mana pun dosa yang kita lakukan ianya tetap akan
diperhitngkan. Buku catitan ‘amal pula serasa seperti dipenuhi calitan noda
berbanding pahala kebaikan.
Allahu Rabbi… moga Engkau tetap menghulurkan nusrahMu
kepadaku. Aku pastinya tidak mampu untuk mengatur langkah biarpun sejengkal jika
hanya berbekalkan ‘amal solehku…
Ya Allah… malunya aku terasa...
Ya Rahman… rasa betapa jauhnya diriku denganMu…
Ya Rahim… masih adakah ruang buatku untuk kembali
kepadaMu…
Thursday, December 27, 2012
Nafsu, Jangan Sampai Tidak Kenyang!
Assalamu’alaikum.
Salam
menempuh penghujung Tahun 2012.
Salam
bukaan lembaran baru 2013!
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Dapat
lagi tika ini, detik ini kita merasa segarnya nikmat Iman juga kesihatan
yang baik.
2
perkara inilah antara elemen yang sangat penting untuk kita syukuri dalam
kehidupan yang fana di dunia ini. Tanpa iman dan kesihatan yang baik percayalah
kita tidak akan mampu menjalankan kehidupan perhambaan kita kepada-Nya dengan
sebaiknya. Justeru, bersyukurlah!
Pejam
celik pejam celik cepatnya rasa masa berlalu. Serasa terlalu lama jari-jemari ini tidak menari-nari
di atas papan kekunci. Seringkali perhambatan waktu dan tuntutan tanggungjawab
menjadi alasan. Benarkah?
Sunday, August 7, 2011
Lenturlah hatimu..
Assalamulaikum.
Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah... kerana memberikanku peluang untuk Ihya’ Ramadhan @ Menghidupkan Ramadhan lagi pada hari ini...
Subhanallah Maha Suci Allah... Segala nikmat aku syukuri ya Allah. Tidak termampu untukku nilai dan ukur betapa banyaknya nikmat kurniaan-Mu... Segalanya terasa nikmat jika dipandang dari kaca mata iman... (klik sini)
Menginjak masuk madrasah Ramadhan ini, pelbagai ragam dan iktibar dapat diambil.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikat...
-
▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا و...
-
Alhamdulillah wa syukur lillah… Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini at...
-
Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. San...
-
Sinopsis Novel Syahadat Cinta “Mahukah kamu menciumku?” “Masya-Allah, kenapa?” “Sebab ciuman adalah bukti kewujuda...