Tuesday, October 15, 2013

Bila Hati Berbicara




Hati kata: “Wow….suka la benda ni, nice!! Nak, nak!!!”

Hati kata: Sambil tersipu-sipu “sebenarnya saya suka dia…”

Hati kata: “Wei, ko jaga sikit ek, tengoklah apa aku buat ko nanti” menggelegak terbakar hatinya.

Hati kata: “Astaghfirullah… sungguh, aku benar-benar menyesal atas segala perbuatanku…”

Hati kata: “Aish, tak baik la dia ni…asyik mengumpat ja dia, baik aku jauh-jauh sikit, bahaya ni”



Salam EidulAdha. Salam tadhiyyah.

Macam-macam benar monolog hati kita ni sebenarnya. Kekadang hati kita berbisik perkara baik, kekadang pula yang tak baik.


Kenapa ya begitu?


Puncanya iman & amalan.

Jika baik amal soleh kita maka insyaAllah baik jugalah iman kita. Maka baiklah dalaman kita.
Jika sudah kotor atau kurang baik amalan kita pada hari itu maka hati kita pun turut jadi kurang baik bicaranya. Hati jadi  gersang dengan zikrullah, selawat dan berfikiran yang baik. 



Turutkan hati mati

Sudah kita tahu bukan bahawa kita ini tidak menentu baiknya. Baik dia bila iman & amal kita baik. Justeru, tidak seharusnya kita selalu turutkan kata hati. Jika mahu mendengar bicara hati pun biarlah ketika iman kita terjaga baik. Benarlah pepatah orang dahulu "Ikutkan hati mati". Tetapi, biar saya tambah sedikit, "Ikutkan hati mati, ikutkan iman dan taqwa insyaAllah selamat". ^_~


      Jadi apa yang perlu kita buat?
  1. Segera lari sejauhnya dari amalan yang tidak elok.
  2. Betulkan semula amalan. Top up semula amalan yang kemungkinan cacat akibat amalan yang kurang baik.
  3. Mendekati perkara kebaikan. Dengar yang baik-baik, lihat juga yang baik-baik, malah ingat yang baik-baik…
  4. Sedaya upaya istiqamah. 
  5. Selalulah check hati kita dengan menggunakan stateskop iman ya. InsyaAllah moga sihat selalu... 


InsyaAllah boleh!!!



Srikandi Al-Azwar,
10 ZulHijjah 1434H, 
Teratak Jannati...

No comments:

Post a Comment