Bercakap tentang sakit itu sebuah kenikmatan, memutarkan minda saya kepada beberapa minggu yang telah berlalu. Allah beri sakit. Entah kenapa bila ingat kembali terasa sedih dan sebak. Tetapi tetap ingin saya kongsikan di sini.. Moga menjadi sebuah sandaran ingatan bersama.
Allah… DIA memang Maha Mendengar kan…
Satu hari tu tekak ni
terasa perit sangat. Susah suara nak keluar. Habis sahaja kelas berganti kelas
lain pula untuk diajar. Ya, memikul tanggungjawab guru bukannnya mudah. Walau
dalam keadaan bagaimana sekalipun perlu komited dalam melaksanakan tugas. Tekak
perit dan tak ada suara pun perlulah tetap mengajar anak-anak pelajar. Begitulah
rutin seharian. Kena pula mengajar kelas-kelas ‘belakang’ dan dengan ramai
pelajar lelaki haruslah suara ini bagaikan hilang dan terus menghilang.
Sakit tekak yang tak
lega-lega kemudiannya disusuli dengan batuk-batuk pula…
Kemudiannya diikuti dengan
selsema pula…
Allah…hampir 2 minggu
sakit memang rasa tak tahan. Dengar pula sahabat-sahabat yang cakap ada saudara
mereka yang dijangkiti kuman pada paru-paru teruslah pergi check doktor. Alhamdulillah
takda apa-apa…
Dengan izin Allah diri ini
semakin pulih kemudiannya. Hampir sahaja lega sikit kotak suara ni, sakit ‘migrain’
pula menyerang. Allah…
Kemudiannya sampailah
masanya untuk turun ke PRK Sungai Limau. Alhamdulillah sihat wal’afiat sahaja
sepanjang tempoh turun ke medan perang itu. Namun still lagi kesan batuk-batuk
belum sembuh sepenuhnya. ‘Ala kulli hal Alhamdulillah…
Tetapi, selesai sahaja
pilihanraya pada jam 5 petang Isnin yang bersejarah itu,. kepala ni terasa
sakit dan sedikit bengkak di tengah-tengah kepala. Sakit mula menyerang. Mula-mula
ingat migraine menyerang. Tetapi tak terasa sakit pun kepala. Cuma rasa berat
kepala sahaja. Balik sahaja ke rumah badan ni dah mula terasa panas bahagian
dalam badan. Luar sejuk. Demam mula terasa.
Esoknya cepat-cepat pergi
ke klinik coz tak nak lagi sakit lama-lama macam batuk tempoh hari. Pergi check
doktor taklah panas sangat badan. Balik sahaja dari klinik terus sahaja suhu
badan mula menaik. Allah…memang dah lama tak rasa sakit macam tu. Panas sangat
badan. Alhamdulillah mak tuamkan kepala dan Alhamdulillah panas turun sedikit.
Mak cakap tak payah balik
la dulu. Balik esok ke, lusa ke Jumaat ke…
Emm…terus dalam kepala
masa tu tak lain fikir pasal persiapan Ihtifal dan program hujung minggu yang
menanti... yang tu sahaja dalam kepala. Sakit yang terasa macam mana pun perlu
letak ke tepi. Terlalu banyak amanah menanti! Lalu bangunlah juga. Dalam keadaan
sangat tak larat balik ke KL.
Sampai sahaja di KL Subuh terus
baringkan badan. Tak mampu pun nak ke sekolah hari tu. Petang sikit baru rasa
segar sikit badan. Malam tu sepatutnya kena hadir ke meting akhir program. Tetapi
memandangkan badan still tak berapa sihat jadi meeting pun tak pergi… moga
Allah ampunkan… rasa sedih sangat dengan diri sendiri. Rasa berdosa sebab tak
kuat semangat nak lawan rasa sakit. Berbekalkan semangat yang Allah tiupkan
dalam diri esoknya Alhamdulillah dapat ke sekolah. Allah… tapi still tak berapa
sihat. Sebelah petang saja mula rasa semakin merosot kekuatan diri.
Malam tu ada kelas mengaji. Mula-mula rasa kuat, tapi dok fikir pasal program esoknya dan dengan master plan program yang tak siap lagi jadinya minta excuse dengan pelajar untuk cancel class. Alhamdulillah ada adik timbalan yang sangat komited memberi bantuan untuk siapkan pembetulan master plan…
Bila malam semakin memekat
kesihatan turut semakin merosot. Still tak lalu makan sejak beberapa hari. Makanan
housemate belikan pun asyik tak berusik. Tak mampu nak telan pun. Sakit hanya
Allah sahaja yang tahu… tidur dalam keadaan sakit maka bangun pun dalam keadaan
yang sama. Pagi Jumaat tu sepatutnya hadir ke raptai penuh Ihtifal anak-anak
pelajar. Tetapi kesihatan memang tak mengizinkan. Bangun sahaja sekejap
kemudian collapse semula. Memang tak larat. Nak makan ubat pun tak larat. Dalam
kepala asyik fikir pasal program yang akan start petang tu. Dan sepatutnya
bertolak dengan kakak seprogram tengah hari tu. Entah dapat pergi ke tak ni. Badan
ni….still sangat tak larat nak bangun. Hampir sahaja jam 12 tengah hari. Fikir
takleh jadi ni. Kena paksa juga diri untuk bangun! Demi sebuah amanah! Demi sahabat-sahabat!
Air 100 PLUS yang memang
dah lama beli sejak Selasa tapi tak minum-minum terus diambil dan diteguk. Sedikit
demi sedikit. Paksa juga walaupun macam-macam rasa di tekak tu. Alhamdulillah
betullah pesan kakak-kakak tu minumlah 100 PLUS tu. Supaya regain tenaga
semula. Tapi kan….diri ni yang degil. Alhamdulillah lepas minum tu rasa lebih
segar. Baru dapat bangun dan kemas-kemas barang untuk ke program. Alhamdulillah
bertolak dan sampai ke program di Melaka dengan baik. Namun, sekejap sahaja. Menjelang
malam badan mula merosot kembali. Jadinya
masuk sahaja slot ceramah kedua tak dapat tahan lagi. Terus baringkan diri di
belakang surau. Tidur lambat dalam program tu biasa la…
Hari Sabtu. Bila kulit ni
kena panas sahaja nampak ruam-ruam merah. Berbintik-bintik. Ya Allah…apa pula
ni, demam baru nak kebah muncul benda lain pula… Rasa risau. Tetapi Allah kan
ada… takpe cool saja la…
Petang tu, bila di pantai
kulit terasa jadi semakin kesat, memerah dan sedikit membengkak. Gatal-gatal
terasa di kulit tangan dan kaki. Allah…gatal pula…sabar saja la…mulai saat itu
gatal-gatal terasa sampailah hari Ahad. Sehinggalah sampai di KL pun tak hilang
lagi gatal-gatal. Dah sehari lebih jadinya. Sampai sahaja di KL terus baringkan
diri. Gatal-gatal yang terasa betul-betul mengganggu. Rasa macam nak potong
tangan ja…huhu… Tidur dalam keadaan sedih.
Namun benarlah, Allah itu
terlalu rindukan rintihan hamba-NYA sebab itu DIA turunkan rasa gundah dan
resah di hati hamba-NYA. Kesusahan dan kesakitan yang dihantar adalah untuk
kita hampir dengan-NYA. Sentiasa merintih dengan-NYA. Supaya dapat menghapus
juga dosa-dosa yang lalu insyaAllah…
Bangun sahaja pagi tu, Alhamdulillah
dengan izin-NYA kesakitan yang dirasa selama beberapa ketika hilang begitu
sahaja. Tiada lagi gatal-gatal, tiada lagi demam, tiada lagi batuk-batuk. Hilang
semuanya setelah hampir sebulan sakit-sakit... Alhamdulillah pergi buat
pemeriksaan darah pagi tu pun menunjukkan takda apa-apa. Everything normal. Alhamdulillah…
benar-benar pertolongan Allah….
Nikmatnya Sakit.
Nikmat. Ianya tentang apa
yang kita fikirkan. Jika kekayaan itu dirasakan nikmat maka ianya terasa manis
sekali. Jika miskin dan susah itu tetap dirasakan satu nikmat maka ianya tetap
sebuah kemanisan.
Maka begitu juga dengan
nikmat KESIHATAN. Sakit itu boleh jadi nikmat jika yang merasakan sakit itu
meletakkan sakitnya itu sebagai satu jalan untuk menghampirkan diri kepada
Allah. Azab kesakitan yang dirasa terasa bagaikan angin lalu bilamana rasa
dipeluk rahmat dan kasih-NYA. Moga Allah hadiahkan hati yang lapang tatkala sakit...amin.
No comments:
Post a Comment