Assaalamualaikum..
Bagaimana
iman anda? Bagaimana dengan amalan kalian dalam persediaan untuk memasuki bulan suci tidak lama lagi? Harapnya tetap
teguhlah melangkah walau terlalu banyak dugaan dan cabaran yang merintang
perjalanan kalian. Bersabarlah menempuh semuanya…
Allah….
Tajuk
kali ini, “Bersabarlah Wahai Pendosa”. Apa ada dengan tajuk kali ini?
Bingkisan
ini khas untuk saya, kalian dan kita semua. Hakikatnya hari-hari perjalanan
kita pastinya tidak akan terlepas dari ujian. Ujian apa yang paling hebat? Saya
kira yang paling hebat adalah ujian hati!
Kenapa
begitu telahan saya? Ini bertepatan
dengan sabda baginda Rasulullah SAW:
كُلُّ
ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.[1]
Allah…
tidakkah ini satu gambaran yang cukup jelas buat diri kita bahawa diri kita ini
sudah pastinya tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Cuma, apa yang
boleh menjadi perbezaannya adalah sama ada dosa itu kecil atau besar.
Mengakui akan hal ini, pastinya rata-rata antara kita
punya hati yang tulus insaf dan taubat atas segala kesalahan. Cumanya sekali
lagi yang perbezaan adalah taubat kecil atau taubat besar.
Bagaimanakah itu?
Ini
adalah terma dan definisi yang saya sendiri kelaskan:
Taubat
kecil ini bolehlah
dikatakan sebagai orang yang bertaubat namun hatinya tidak begitu
bersungguh-sungguh menginsafi kesalahannya. Kecenderungan hatinya masih berada
di pertengahan. Tidak sukakan kemaksiatan, namun dalam masa yang sama sukar
melawan kehendak hatinya sendiri dari menjauhi kejahatan.
Bagaimana
pula taubat besar?
Taubat
besar adalah yang
saya maksudkan sebagai orang yang bertaubat dengan sepenuh hatinya. Betul-betul
insaf. Hatinya penuh kecenderungan untuk terus berada di atas jalan kebaikan.
Tidak sukakan kemaksiatan dan dalam masa yang sama punya hati yang utuh
melawan kehendak hatinya dari melakukan sebarang bentuk kejahatan. Inilah
dinamakan taubat nasuha..
Sekarang,
tanya iman anda. Kategori yang manakah anda berada? Taubat kecil atau taubat
besar?
Bersabarlah
wahai pendosa...
Dalam
kategori manapun kita satu hakikat yang perlu kita akui adalah ianya tidak
semudah yang kita sangka. Mujahadah untuk melawan segala godaan dunia yang
mendatang itu terlalu kuat dan ianya pasti berbeza dalam setiap tingkatan iman.
Semakin kuat ingin mendekati Allah, hakikatnya semakin kuat kita akan
diuji-Nya. Sesuai dengan firman Allah:
أَحَسِبَ
النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?[2]
Oleh
itu, bersabarlah wahai pendosa…
Tetaplah
melangkah menuju Allah… jangan mudah kecewa dengan diri sendiri. Jangan pernah
berkata negatif “beginilah diriku”
seolah-olah diri tidak punya potensi untuk menjadi insan yang benar-benar
bertaqwa. Sedangkan Allah berfirman:
وَلاَ
تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ
الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"[3]
Lihat,
adanya harapan daripada Allah. Berdoalah dan berharaplah kepada-Nya untuk
ditetapkan hati ini. Ya, memang sukar sebenarnya untuk kekalkan tingkatan iman
dan taqwa. Kita manusia biasa ini, iman sentiasa berombak. Naik dan
kadangkalanya turun. Justeru, berdoalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah:
اللَّهُمَّ
ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”
Berharaplah
dan teruslah berharap kepada-Nya. Sesungguhnya tiada tempat lain dapat
disandarkan hati kita ini melainkan hanya kepada-Nya. Moga Allah menetapkan
hati kita di atas jalanNya. Moga Ramadhan kali ini menjadi satu medan terbaik
untuk pertingkatkan dan kukuhkan keimanan kita. Amin…
Srikandi Al-Azwar,
7 Rejab 1437H,
Baiti Jannati
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com
[1] Hasan:
Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat……). al-Hakim
mensahihkannya sebagaimana di dalam kitabnya al-Mustadrak ‘ala Shahihin –
hadis no: 7617, namun berkata al-Zahabi: “(Di dalam isnadnya terdapat) ‘Ali bin
Mas‘adah dan beliau tidak mantap (dalam penyampaian hadisnya).” Selain itu
hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Darimi di dalam Sunannya – hadis no:
2727 dan Ibn Majah di dalam Sunannya – hadis no: 4251.
[2]
Surah Al-Ankabut: 2
[3]
Surah Yusuf: 87
No comments:
Post a Comment