Assalamu’alaikum.
Salam
menempuh penghujung Tahun 2012.
Salam
bukaan lembaran baru 2013!
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Dapat
lagi tika ini, detik ini kita merasa segarnya nikmat Iman juga kesihatan
yang baik.
2
perkara inilah antara elemen yang sangat penting untuk kita syukuri dalam
kehidupan yang fana di dunia ini. Tanpa iman dan kesihatan yang baik percayalah
kita tidak akan mampu menjalankan kehidupan perhambaan kita kepada-Nya dengan
sebaiknya. Justeru, bersyukurlah!
Pejam
celik pejam celik cepatnya rasa masa berlalu. Serasa terlalu lama jari-jemari ini tidak menari-nari
di atas papan kekunci. Seringkali perhambatan waktu dan tuntutan tanggungjawab
menjadi alasan. Benarkah?
Persoalan
inilah yang kerapkali menjadi igauan dalam fikiran. Benarkah tuntutan di
sekeliling kita sering membuatkan kita seolah-olah tidak menang tangan? Emm…mari
sama-sama pejam mata sekejap.
Imbas
sebentar apa yang telah kita lakukan sejam yang lalu…
12
jam yang lalu…
Sehari
yang lalu…
Seminggu
yang lalu…
Sebulan
yang lalu…
Setahun
yang lalu…
Benarkah
tidak punya walau sedetik waktu yang berlalu tanpa lagho (perkara
lalai)?
Benarkah
semuanya terisi dengan sesuatu yang bermanfaat?
Dan
yang paling penting, benarkah seluruh waktu yang Allah kurniakan kepada kita
ini telah dikembalikan kepada-Nya dengan sepenuh tanda perhambaan?
Nafsu jangan sampai tidak kenyang
Teringat
akan kata-kata berkaitan nafsu ini oleh Almarhum Prof. Dr. Hamka dalam sebuah
ceramahnya 35 tahun dahulu. Jika direnungkan besar makna di sebaliknya.
Nafsu
bukan sahaja merujuk kepada makan tetapi merangkumi keseluruhan tabi’at
manusia. Jika baik tabi’at kita maka nafsu yang lahir juga insyaAllah baik. Tetapi
jika buruk tabi’at kita maka buruklah juga nafsu kita.
Pengertian
nafsu:
1)
Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang mendorongkan perlakuan yang
dikuasai oleh iblis la’natullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan syari’at dan hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati
manusia dengan Allah swt.
2) Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan qalbun manusia dalam arah tuju kepada martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal akan Tuhannya.
2) Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan qalbun manusia dalam arah tuju kepada martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal akan Tuhannya.
Martabat nafsu:
Adapun
Martabat (tingkatan) Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7)
nafsu sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran:
Nafsu AMMARAH
Nafsu LAWWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINNAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )
Nafsu AMMARAH
Nafsu LAWWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINNAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )
Hakikatnya,
memang sukar untuk membersihkan jiwa sepenjang masa. Namun, perlu bagi kita
untuk mendidik diri yakni nafsu kita agar sentiasa terdorong ke arah kebaikan. Didiklah
ia menjadi nafsu yang diredhai Allah. Ya bukan mudah, tetapi berusahalah!
Jangan
kita langsung tidak pedulikan apa pun yang terjadi kepada nafsu kita sehingga
ianya parah. Parahnya diri kita apabila dikuasai oleh nafsu ammarah. Tika
ammarah yang menguasai kita dikhuatiri kita tidak lagi menemukan jalan pulang
kepada kekasih abadi kita Allah s.w.t…
Walau
perit walau payah tetap perlu kita teruskan mentarbiah diri kita supaya yang
merajai diri kita ini merupakan nafsu yang baik-baik sahaja yakni nafsu
lawwamah dan seterusnya ke arah tingkatan nafsu yang lebih baik…
Konklusi,
yang terbaik buat kita!
“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu
dengan perasaan lapng dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah
dirimu di dalam syurga.”
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)
Sebaiknya
bagi kita orang awam ini tetap teguhlah agar menemukan nafsu al-Muthmainnah.
Moga kita tetap tenang setenangnya sehingga ke negeri yang abadi..
Wallahu
a’lam.
Salam
mujahadah.
No comments:
Post a Comment