Tuesday, January 1, 2013

Janji Yang Pasti (bab 6)






Tika kaki mereka jejak sahaja di ruang rumah mereka, Jasmin terus bertanya semula dengan riak wajah tidak sabar.

“Hah Qila, tentang apa sebenarnya yang korang serius sangat tadi tu?”

“Awak ni Min…sabar-sabarlah kejap...belum pun sempat kita masuk bilik kan..” Aqilah menyabarkan teman sebiliknya itu sambil membuka pintu bilik mereka dengan kunci yang sedia tergantung di lehernya. Jasmin hanya menyeringai kepada temannya itu menampakkan giginya yang tersusun kemas.


Setelah tudung yang tersarung di kepalanya dibuka dan disangkutkan di belakang pintu bilik, Aqilah pun menyelesakan duduknya di atas permaidani di tengah-tengah bilik mereka. Tangannya menjangkau bantal kecil berbentuk penyu yang terletak di atas katilnya. Jasmin pula setelah menanggalkan selendangnya terus meniarapkan dirinya ke atas tilam katilnya.

“Ok ok dah ready!!” tidak sabar lagaknya menanti butir bicara Aqilah.

“Baiklah, sebelum tu Qila nak Min bentangkan dulu kes Min kelmarin.” Akibat sedikit padat jadualnya kelmarin Aqilah tidak sempat hendak menemuramah Jasmin kelmarin. Sejurus sahaja pulang dari surau pada Subuh kelmarin mereka Aqilah terus bergegas menyiapkan diri untuk ke kuliah. Jadual kuliah Aqilah sehingga petang seterusnya perbincangan kumpulan pada malamnya membantutkan semuanya. Alhamdulillah malam semalam ‘peristiwa’ itu tidak berulang lagi.

“Nak bentangkan kes apa plak ni?” tergaru-garu kepala Jasmin kebingungan dengan permintaan Aqilah.

“La…takkan dah lupa cik Min sayang oii….yang ‘tengah malam’ kelmarin tu la...” dijuihkan bibirnya ke arah tingkap bilik apabila menyebutkan perkataan ‘tengah malam’.

“Oh, yang ‘tu’ ke?” Tanya Jasmin semula sambil menunjukkan memek muka sedikit berkerut dan pelik. Aqilah hanya menganggukkan kepalanya sambil memperkemaskan sedikit silanya.

“Emm… macam mana nak cite ek...” Jasmin menggaru-garu kembali kulit kepalanya yang tidak gatal.

“Begini…” dia pun mengimbas kembali detik tersebut kepada Aqilah. Bermula dengan saat-saat dia merasakan bulu romanya bagaikan meremang tika jarum jam sudah melewati satu pagi.

*************

Ketika itu Aqilah belum lagi pulang dari bermesyuarat JAKMAS. Dia yang sedang leka membaca novel Bumi Cinta semacam tidak sedar pantasnya masa berlalu. Ralit sekali menghayati bait-bait tulisan novelis tersohor Indonesia tersebut. Tiba-tiba Jasmin merasakan sedikit sejuk. Didongakkan kepala memandang kipas yang melekap di siling. Sekilas matanya memandang pula suis kipas berhampiran pintu bilik.

‘Emm…taklah laju pun. Satu saja pun.’ Getus hatinya. Dipandang pula ke arah tinngkap bilik yang sedikit terbuka langsir. Tidak dapat dia lihat dengan jelas sama ada tingkap itu sudah ditutup rapat atau tidak.

‘Aduhh…ni yang tak suka ni, aku nak kena bangun gi jenguk ke. Aduh…’ Berulang kali dia mengaduh dan mengeluh keras dalam hatinya. Hendak dikata dia penakut sangat tidaklah juga. Dahulunya dia dah biasa ‘berhadapan’ dengan benda ‘itu’.

‘Emm…aduh…Min, gi je la jenguk. Dahlah kau tak tau Qila tu balik jam berapa.’ Batinnya berperang lagi. Akhirnya, dengan agak keberatan dia melangkah juga menuju ke tingkap bilik yang bertentangan dengan laluan menuju ke blok pelajar lelaki. Terkumat-kamit bibirnya membaca apa sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu. dijenguk sedikit langsir yang terbuka itu, didapati tingkap sedikit terbuka. Pantas sahaja tangannya menarik tingkap tersebut agar tertutup rapat.

Baru sahaja ingin dia ingin memusingkan badannya, tiba-tiba dia terdengar sesuatu. Kaku sebentar dia. Tidak bergerak. Kakinya dirasakan terpaku kuat di lantai bilik. Hendak digerakkan kaki tidak terdaya rasa. Lemah dirasakan segala urat sendinya. Sesuatu yang didengarnya sayup-sayup tadi semakin lama semakin mendekat dan jelas. Sepertinya sangat hampir dengan bloknya. Suara hilaian?! Telinganya dibuka lebih luas. Diamatinya suara itu. Kemudian suara itu seperti bercampur-campur.

Suara garau? Lelaki?

“Woi, sudah-sudahlah korang… tak tahan wei perut aku, nak pecah rasa!” sedikit menjerit suara seorang perempuan kedengaran.

Pantas sahaja tangan Jasmin menyelak sedikit langsir tersebut. Meliar matanya mencari kelibat ‘mereka’ itu. Setelah diamatinya, dia dapat melihat sekitar lima orang teruna dan daranya sedang berkumpul di bawah tiang lampu antara kafe dan blok lelaki.

“Fuh…alhamdulillah..” spontan kata hamdalah terpacul dari bibirnya. Lega teramat rasanya! “Mujurlah bukan benda pelik-pelik. Aduh…diorang ni pun satu, kalau ya pun tak cukup masa siangkah nak berborak bergelak ketawa mengilai bagai…adui…” Dia membebel-bebel sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Cepat-cepat dia merapatkan semula langsir dan meluru ke tandas. Berwuduk. Tidak lupa pesan Aqilah yang satu itu, dia pun tidak ingin terjebak kembali dengan perkara ‘itu’ lagi setelah kerap kali dirawat dan dirasakan dirinya semakin pulih sekarang ini.

Kira-kira sampai 20 minit tubuh langsingnya direbahkan, dia mendengar pintu rumah dibuka. Kemudian kedengaran suara Aqilah dan Kak Miftah berpapasan. Jasmin mengukir senyum kelegaan. Rasa seram tadinya sudah beransur pergi tetapi perasaan cuak itu tetap ada jika terpaksa tidur bersendirian.

Setelah Aqilah pulang ke bilik, Jasmin bagaikan sudah terlupa dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kembali menyambung bacaannya yang terganggu tadi dengan begitu khusyuk sekali. Ditambah pula apabila Aqilah memasangkan media player bacaan Surah Al-Baqarah membuatkan dia bertambah tenggelam dalam ketenangan malam.

Malam Jumaat seperti itu memang seringkali Jasmin peruntukkan untuk hobinya yang satu itu. Membaca novel. Kuliahnya yang tidak ada pada hari Jumaat semestinya menjadi satu hari yang dia pasti akan guna semaksima mungkin. Penat berkejaran ke sana ke mari empat hari sebelumnya terasa berbaloi apabila dapat bergolek-golek di atas katil kekadang sehingga sehari suntuk hari cutinya dengan hanya membaca! Ya, minatnya itu bukan hanya tertumpu untuk novel berunsurkan cinta tetapi boleh dikatakan semua jenis. Asalkan ianya berkonsepkan cerita. Hal ini mungkin kerana bahan penulisan sebegitu lebih santai dan ‘catchy’!

Jasmin mengerling ke arah jam mejanya. Jam menunjukkan 3.50 pagi. Tubuhnya diregang-regangkan sedikit. Aduh, rasa sengal pula duduk statik sedari tadi. Dikerlingnya pula ke arah katil di sebelahnya. Aqilah nampaknya tidur dengan culas sekali. Dadanya yang ditutupi selimut kelihatan turun naik perlahan. Jasmin leka sebentar. Rasa damai menyelubungi diri.

Di luar sana tiba-tiba kedengaran deru angin yang agak kuat menampar-nampar bidai tingkap. ‘Macam nak hujan aje’ getus hatinya. Terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang hitamnya. Emm..lambat juga hujan turun malam ni, selalunya pada malam-malam Jumaat yang lepas hujan turun di awal malam. Anjing yang banyak berkeliaran di sekitar kolejnya kedengaran mula bersahut-sahutan melolong.

Dia berkira-kira untuk bangun ke tandas. Rasa ingin terkucil pula sejuk-sejuk begini. Dah lewat malam begini rasa malas pula nak tidur. Takut liat pula nanti hendak bangun Subuh. Baru sahaja dia menjulurkan kakinya ingin ke tandas tiba-tiba dia seperti terperasankan sesuatu di sebalik tingkap biliknya. Seperti sesuatu yang bercahaya. Pandangannya beku di tempat yang sama. Tiba-tiba telinganya seakan-akan menangkap bunyi daun bergeseran. Sepertinya ada bukan dedaunan itu bukan bergeser antara satu sama lain. Jantungnya seperti berhenti berdegup. Kaku seluruh tubuhnya. Apa tu? Takkanlah…

Daripada terdengar bunyi benda bergeseran dengan dedaun pokok dia terdengar pula bunyi tingkap biliknya seperti berdentum. Terbeliak matanya. Jantungnya mula mengepam laju. Mencacak romanya. Ya Allah, apa tu? Takkanlah dahan pokok? Daun pokok lagilah tak logik! Kemudian sayup-sayup di telinganya mendengar bunyi seperti… Hilaian?!!

“Qi…qi…la…” seperti tersekat di kotak suaranya. Tidak terkeluar. Jasmin tercungap-cungap. Serasa tidak cukup oksigen. Badannya bagaikan digari. Tidak mampu bergerak. Ya Allah….hatinya merintih. Allah…Allah…Allah… diulang menyebut kalimah Allah walaupun tidak mampu terkeluar rasanya.

Dicubanya sekali lagi memanggil Aqilah yang langsung tidak berkutik. “A………..” payah sekali. Masih tidak terkeluar. Serasa ingin menangis sahaja. Ya Allah…dicybanya lagi, “Aq……..ilah!” akhirnya terkeluar juga suaranya walau hanya kedengaran di telinganya. Dipanggil lagi dan ditekankan sedikit suaranya. Kemduian tubuhnya terasa sedikit longgar dari ikatan penuh azab. Lemah sekali. Digagahkan juga dirinya bergerak turun mendekati Aqilah yang masih tidak berkutik. “Qila….Qila…” sambil menuju ke pembaringan Aqilah dia menyeru berulang kali nama Aqilah dengan suaranya yang sangat lemah. Dia mengesot. Terasa jauh sekali jarak katilnya dengan katil Aqilah.

Setelah hampir dengan katil Aqilah dia terasa tubuhnya yang seperti melayang-layang tadi seperti mendapat tenaga semula. Disentuh bahu Aqilah dengan lembut. “Qila….bangun Qila.”

***********

“Haa, begitulah alkisahnya…got it?” Jasmin tersenyum manis kepada gadis di hadapannya itu. Kelihatan Aqilah seperti mencernakan sesuatu di fikirannya. Terkerut-kerut wajahnya selepas tamat cerita Jasmin.

Jasmin merasakan sedikit tidak puas hati dengan reaksi Aqilah. Diam tidak berkutik. “Qila…so? Min dah cerita bahagian Min tau, yang Qila senyap je ni kenapa, risau pulak rasa. Qila, are you ok?

“Aaa, sorry sorry, apa Min cakap? Qila tengah fikir sesuatu ni tentang ni”

“Emm…takdelah, so? Any respone to my story? Ada yang boleh membantu ke dengan ‘kes’ yang Qila cakap-cakap dengan Fateh tadi?” Jasmin mengangkat-angkat keningnya kepada Aqilah.

“Sebelum tu nak tanya sikit ni, Min ada nampak tak selain dari something yang bercahaya tu?”

“Emm…rasanya takde kot…Qila rasa ‘benda tu’ seperti yang boleh Min nampak sebelum ni ke?”

“Pada pandangan Qila la, rasanya ya benda seperti itu-itulah” Jasmin terus mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia perlu memaklumkan segera perkara ini kepada Fateh.


Bersambung….

No comments:

Post a Comment