Tika
kaki mereka jejak sahaja di ruang rumah mereka, Jasmin terus bertanya semula
dengan riak wajah tidak sabar.
“Hah
Qila, tentang apa sebenarnya yang korang serius sangat tadi tu?”
“Awak
ni Min…sabar-sabarlah kejap...belum pun sempat kita masuk bilik kan..” Aqilah
menyabarkan teman sebiliknya itu sambil membuka pintu bilik mereka dengan kunci
yang sedia tergantung di lehernya. Jasmin hanya menyeringai kepada temannya itu
menampakkan giginya yang tersusun kemas.