Monday, November 26, 2012

Rindu Yang Menggebu


Assalamu’alaikum..

Kaifa halukum alyaum? Sihatkah? Sakitkah? Bahagiakah? Berdukakah?

Apa pun keadaan kita hari ini di saat ini jangan lupa panjatkan kesyukuran yang teramat tinggi kepada Allah ‘azza wajalla. Biarpun kita sakit, ingatlah dalam kesakitan itu tandanya Allah amat rindukan suara rintihan kita. Jika kesulitan yang dirasa saat ini percayalah bahawa kesenangan dan kemudahan akan tiba jua. Percayalah dan berpeganglah kepada Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6;


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”


Lihatlah sahabat-sahabat, Allah mengulangi ayat tersebut sebanyak dua kali, tidakkah ianya merupakan suatu penekanan kepada kita untuk memasakkan secara kukuh dalam diri kita bahawa Allah tidak pernah menyia-nyiakan kita? setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiapnya merupakan jalan terbaik buat kita. Teringat pesanan Buya Hamka bahawa;


“Apa yang ada dalam genggaman kita sekarang inilah 
merupakan HARAPAN kita!”


Justeru itu sahabat-sahabat, jangan pernah kita lupa untuk mengucapkan syukur dalam apa jua keadaan; klik (Indahnya Ibtila’) ^^


Rindu Itu Luar Biasa…
Adanya Nusrah-NYA bagi yang tidak berputus asa…

Sebenarnya rakan-rakan,

Saya amat rindu untuk menarikan jari jemari ini setelah sekian lama menyepi. Alhamdulillah setelah melalui detik-detik yang agak mencemaskan di semester akhir pengajian di universiti, tugas sebagai pelajar berserta amanah-amanah berat yang digalas, Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah!!^^



Alhamdulillah… syukur tidak terhingga kepada Allah… dan sekarang ini setelah sekian lama dihimpit due-date2, Allah memberikan sedikit masa lapang buat saya dan insyaAllah pasti digunakan anugerah masa ini sebaiknya di jalan yang bermanfaat. InsyaAllah…

Terlalu banyak ingin dikongsikan sebenarnya. Dan saya harap rakan-rakan maya tidak pernah rasa jemu untuk membaca entry-entry saya! ^_~


Masihkah punya ruang buatku…
Menarikan jemari dari membeku…

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Dalam masa freelance ini saya berharap sangat dapat menggiatkan kembali karya kreatif saya dan saya harap sangat rakan-rakan sekalian akan terus menyokong saya ya ~_~ (Kalau dapat baca komen you all mesti lagi best kan^^)

##Rasa rindu nak hidupkan semula watak Nur Annisa Zinnirah dalam Setulus Hati Zinnirah.
##Rasa teruja nak ceritakan kisah lanjut Aqilah dalam cerpen Janji Yang Pasti.
##Rasa tak sabar nak buka cerita Nur Insyirah Solehah dalam Istikharah Cinta Ilahi ^^.
##Dan.. Rasa excited nak teruskan mainan watak Yusra dalam Titisan Embun Calleryana.

Ohh….rindunya!!!

InsyaAllah mudah-mudahan rasa lebih bersemangat untuk berkarya semula..Amin.

Terima Kasih semua!!!

شكرا (Syukran)! ありがと (Arigatō)! 감사합니다 (Gamsahabnida)!^_^

No comments:

Post a Comment