Showing posts with label BiCaRa CINTA. Show all posts
Showing posts with label BiCaRa CINTA. Show all posts
Monday, February 4, 2013
Monday, November 26, 2012
Rindu Yang Menggebu
Kaifa halukum alyaum? Sihatkah?
Sakitkah? Bahagiakah? Berdukakah?
Apa pun keadaan kita hari
ini di saat ini jangan lupa panjatkan kesyukuran yang teramat tinggi kepada
Allah ‘azza wajalla. Biarpun kita sakit, ingatlah dalam kesakitan itu tandanya
Allah amat rindukan suara rintihan kita. Jika kesulitan yang dirasa saat ini
percayalah bahawa kesenangan dan kemudahan akan tiba jua. Percayalah dan berpeganglah
kepada Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6;
Friday, September 2, 2011
Hubbul Furqan -Siri 1-
Assalamualaikum
sahabat-sahabat.
Salam Eid Mubarak!
Bagaimana dengan bekalan
dari madrasah Ramadhan?
Sudah penuhkah dengan amal
soleh?
Moga keluar dari
sekolah Ramadhan ini kita masih kuat malah bertambah kuat untuk menyemai
benih-benih amal. Semaian yang baik pasti membuahkan buah yang sangat ranum!
Hubbul Furqan. Apa tu?
Jom kita jelajah sebentar.
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Kalau nak bercinta dengan DIA…
Menyingkap tirai hati..
Menyemai relung rasa..
Memetik ranum cinta..
Assalamualaikum. Salam ukhwahfillah. Salam Mahabbatullah..
1) Siapa DIA di taman hati ini..
“Awak..sedalam mana cinta awak pada saye?”
“Sayang..awak tahu kan tiada tandingannya cinta saye pada awak..”
Monday, August 15, 2011
Janji Yang Pasti (Bab 5)
Usai solat subuh berjemaah, Aqilah mencapai tiga naskhah kecil yang tertulis Al-Ma’thurat di hadapannya lalu melabuhkan dirinya berdekatan dua orang sahabatnya. Ruwayda dan Hakimah tidak ketinggalan turun ke surau pagi itu.
Mereka mula mengalunkan wirid tersebut dengan membaca Surah Al-Fatihah. Kemudiannya dilanjutkan dengan lima ayat pertama Surah Al-Baqarah, ayat kursiy dan ayat-ayat seterusnya. Alunan secara sederhana yang tidak kuat juga tidak terlalu perlahan itu dilafazkan lancar oleh tiga gadis itu. rutin yang sudah menjadi kewajiban pada setiap pagi bagi mereka.
Sunday, August 14, 2011
Stanza Cinta: Hidup bukan untuk hidup..
Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk Yang Maha Esa
Hidup bukan untuk mati
Mati sebenarnya untuk hidup…
Salam Maghfirah.
Salam 14 Ramadhan.
Moga kita masih tidak lelah untuk beramal demi merebut cinta Ilahi..
Sahabat-sahabat,
Hidup bukan untuk hidup..
Tuesday, August 9, 2011
Istikharah Cinta Ilahi (Sinopsis)
Nur Insyirah Solehah seorang gadis yang tenang perwatakannya. Sesuai dengan namanya Insyirah yang bermaksud ketenangan. Bagai sentiasa terlukis ketenangan di ruang wajahnya. Biar apa jua yang melanda dirinya tidak akan dibiarkan kekalutan menguasai dirinya. Dia tenang dengan dakapan Rahmat Ilahi..
Insyirah seorang gadis yang lembut. Wajahnya yang manis dipandang bertambah lembut dengan sepasang mata yang redup kurniaan Yang Maha Agung. Dalam kelembutannya jangan ada yang tersalah sangka bahawa dia seorang yang lemah! Dirinya bukan bahan bulian apatah lagi bahan mainan yang mudah diguling-gulingkan!
Friday, December 10, 2010
CINTA atau NAFSU?
“Saya benar-benar cintakan awak” bicara si lelaki.
“Emm.. Apalah buktinya?” duga si gadis.
“Awak…saya sanggup korbankan segalanya demi awak..lautan api sanggup saya redah..” sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.
Situasi lain:
“Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?”
“Aku tak dapat terima cinta dia la coz hati aku ni tak de feel langsung kat dia..”
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikat...
-
▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا و...
-
Alhamdulillah wa syukur lillah… Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini at...
-
Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. San...
-
Sinopsis Novel Syahadat Cinta “Mahukah kamu menciumku?” “Masya-Allah, kenapa?” “Sebab ciuman adalah bukti kewujuda...