Tuesday, August 9, 2011

Istikharah Cinta Ilahi (Sinopsis)




Nur Insyirah Solehah seorang gadis yang tenang perwatakannya. Sesuai dengan namanya Insyirah yang bermaksud ketenangan. Bagai sentiasa terlukis ketenangan di ruang wajahnya. Biar apa jua yang melanda dirinya tidak akan dibiarkan kekalutan menguasai dirinya. Dia tenang dengan dakapan Rahmat Ilahi..

         Insyirah seorang gadis yang lembut. Wajahnya yang manis dipandang bertambah lembut dengan sepasang mata yang redup kurniaan Yang Maha Agung. Dalam kelembutannya jangan ada yang tersalah sangka bahawa dia seorang yang lemah! Dirinya bukan bahan bulian apatah lagi bahan mainan yang mudah diguling-gulingkan!

         Sifat tegas yang ada dalam dirinya bagaikan menjadi satu sifat dominan. Dalam tenang dan lembut Insyirah sangat tegas orangnya. Dia tegas terutama dengan perkara yang melibatkan syariat Islam. Ada di kalangan sahabatnya yang ‘gerun’ akan dirinya. Ketegasannya umpama Umar Al-Khattab versi srikandi. Dia adalah Srikandi Umar!  

         Dalam meniti usia remaja, Insyirah seperti gadis lainnya juga teruji dengan pelbagai ‘kerenah’ kaum Adam. Silih berganti dia teruji. Ujian hati dan ujian iman yang melanda dirinya itu dianggap hadiah berharga dari Allah untuk mentarbiah dirinya menjadi insan yang lebih tegar berdiri sebagai hamba-Nya dan juga sebagai Khalifah-Nya di persinggahan sementara ini.. 

         Kekadang dia rasa tidak tertahan menghadapi ujian hati. Dia juga manusia biasa yang turun naik imannya. Namun, biar lelah biar penat dia yakin dengan janji Yang Esa. Segalanya disandarkan kepada Rabbnya. Di situlah tempat dia mengadu. Di situlah tempat dia merayu. Kerana apa yang didambakannya hanyalah Redho Kekasihnya…   


"Ya Allah..
jika bukan masanya lagi aku berjumpa 
dengan pilihan-Mu untukku 
maka janganlah engkau buka pintu hati ini...
aku takut Ya Allah..
aku takut tersalah melabuhkan cintaku.. 
aku sangat yakin dengan pilihan-Mu..
kerana di situ letaknya cinta Agung-Mu.."



Srikandi Al-Azwar
10 Ramadhan 1432H
Teratak Cinta Baiti Jannati

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

1 comment:

  1. insyirah??? manis namanya.. anak akak athirah.. akak suka adik2 yg manis sopan dan baik2 macam adik.. dr luaran akak lihat cr penulisan blog adik aa, .. kan kan... bleh tolog translate tulisan kat header apa maksudnya.. tq

    ReplyDelete