Friday, September 2, 2011

Hubbul Furqan -Siri 1-


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Salam Eid Mubarak!

Bagaimana dengan bekalan dari madrasah Ramadhan?

Sudah penuhkah dengan amal soleh?

Moga keluar dari sekolah Ramadhan ini kita masih kuat malah bertambah kuat untuk menyemai benih-benih amal. Semaian yang baik pasti membuahkan buah yang sangat ranum!


Hubbul Furqan. Apa tu?

Jom kita jelajah sebentar.

Formula Cinta!

Ana yakin ramai yang bersetuju jika ana katakan:

“Untuk kuat mencintai sesuatu atau seseorang itu apa sahaja yang ia cintakan pasti kita juga ingin cintakannya..

Segala sesuatu yang berkaitan dengan kecintaan kita itu pasti kita ingin sekali dalaminya..”

Mudahnya ana jelaskan sedikit di sini. Untuk kita kuat mencintai Rasulullah s.a.w pastinya tidak cukup jika kita mencintai diri baginda sahaja. Kita mencintai segala yang berkaitan dengan baginda. Akhlak baginda. Ahlul bait baginda. Para sahabat baginda. Dan apa sahaja yang berkaitan pasti kita ingin selaminya!

Begitu juga dalam hal-hal lain. Jika kita sudah katakan cinta pasti ingin terus-terusan mencintai bukan separuh jalan mencintai!

Hubbul Furqan

Hubbul Furqan 
atau 
Mencintai Al-Furqan
 
Untuk mencintai manusia itu pasti lebih mudah kerana ada respon yang kita nampak di mata kita. Tetapi, tetap dan kukuh mencintai Al-Furqan atau nama lainnya Al-Quran ini pasti banyak cabarannya. Jika sekadar membaca sahaja ditambah dengan kurangnya kefahaman dalam maksud ayat Al-Quran, adakah kita mampu kuatkan rasa cinta kepada kalam Allah itu?

Justeru, untuk menambah rasa kecintaan kepada Al-Quran mestilah kita turut mencintai ilmu-ilmu dan perkara bersangkutan dengannya.

Terdapat banyak cabang ilmu Al-Quran.
Antaranya:
  • Ilmu Tafsir.
  • Ilmu Qiraat.
  • Ilmu Tajwid.
  • Dan ilmu Tarannum.

Di sini ana ingin kongsikan salah satu cabang ilmu Al-Quran yang ana sangat minati.
Iaitu ilmu Tarannum. Tarannum ini merupakan lagu-lagu dalam membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran dengan bertarannum ini indahnya kerana ia dapat membawa kita mendalami ayat-ayat Al-Quran secara tidak langsung. Alunan-alunan dari lagu tarannum haruslah sesuai dengan maksud ayat.

Ramai qari qariah yang baik bacaannya dengan bertarannum. Antaranya, Syaikh Mustafa Ismail, Syaikh Anwar Shahat, Dr. Naina, Syaikh Toha al-Fashni, Syeikh Abdul Basit dan Syaikh Raghib Mustafa Ghalwash.  Begitu juga tidak ketinggalan qari qariah Malaysia seperti Ustaz Ismail Hashim, Ustaz Radhi, dan Syarifah Khasif. Kepada yang belum lagi mendengar alunan indah mereka semua ini jangan lepaskan peluang untuk mendengarnya. Moga dengan kita menambahkan rasa minat kita dalam bidang ini akan menambahkan lagi rasa kecintaan kita kepada Al-Quran!



 Syaikh Mustafa Ismail


Dr. Naina


Syaikh Syahat Anwar


Syeikh Abdul Basit Abdul Samad


Syeikh Toha Al-Fashni


Sumayya Eddeb

No comments:

Post a Comment