Thursday, August 25, 2011

Destinasi Cinta, positifkan persepsi



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan



 
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?



Destinasi Cinta kita..

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

 
Sesungguhnya, cinta hakiki yang kita cari-cari itu sangat hampir dengan kita. Apabila terkabur dengan gelap dosa dan noda membuatkan mata hati kita terus menerus membuta. Gelap teraba-raba lalu kita semakin menjauh dari cahaya cinta Allah yang hakiki. Dosa itu umpama penjara yang memenjara diri kita dari memaut hidayah Allah. Beristighfarlah. Moga-moga kita terlepas dari syurga dunia yang membuatkan kita terpenjara di neraka akhirat..

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Cinta dunia yang diburu tanpa berpandukan hidayah Allah pasti akan menemukan jalan mati. Termati di suatu daerah yang penuh dengan kealpaan. Dunia dilihat penuh asyik. Seolah-olah tiada istilah akhir, tamat, stop dan time’s up! Keseronokan menikmati cinta dirasakan kebahagiaan yang tiada terucap. Hakikat sebenarnya kebahagiaan itu palsu semata!  

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Biar sebelumnya berada dalam kegelapan cinta palsu namun percayalah bahawa Allah itu Maha Pengampun. Tundukkanlah wajahmu. Bersujudlah kepada-Nya. Bersungguh-sungguhlah.. Pasti akan kembali kau temui cahaya cinta Rabb-Mu yang menyuluh menuju destinasi cinta-Nya destinasi yang hakiki…


Positifkan persepsi? 

Mungkin ada antara pembaca tulisan ini terlintas di benak fikiran:

      1)   ‘Kenapa la dia ni asyik cakap pasal cinta? 
            Ala-ala Islamik pulak tu, boring la baca..


Bagi para mujahid fid deen di luar sana pula mungkin juga ada yang terlintas:
      2)    ‘Asyik cakap pasal cinta je dia ni, 
             banyak lagi tulisan pasal perjuangan boleh tulis’

      3)   ‘La, lirik lagu lagi, apasal la dia ni..
            tak de benda ke nak tulis..baik tak yah tulis blog’



Mari saya jelaskan persoalan-persoalan ini

  1. Bagi persoalan pertama:

Islam ini agama yang indah. Segala perkara secara fitrahnya  di sekeliling kita ini sangat unik solusinya di sisi syariat Allah. Termasuklah dalam persoalan cinta. Soal cinta ini jika dipisahkan dari garis panduan Islam maka kesannya adalah kehancuran! Sepertimana bait lagu di atas, destinasi cinta kita adalah cinta Ilahi. Bukannya aim kita adalah memburu cinta bertunjangkan nafsu. Jika nafsu yang menjadi leader maka lihatlah apa yang telah terjadi dewasa kini. Bayi dibuang di sana sini, bunuh membunuh dan macam-macam lagi keaiban yang tidak mampu disebut. Terasa jijik. Terasa sedih!

Bagi hati yang sentiasa rasa ingin enjoy, mungkin akan cepat merasa bosan dengan tulisan-tulisan berunsur Islamik. Perlu dipasakkan di minda kita bahawa kita ini bukan selama-lamanya akan hidup. Pasti suatu saat Malaikat Izrail akan datang menjemput kita kembali kepada Allah Taala Yang Maha Kekal. Jadi, lapang-lapangkanlah dirimu walau sebentar untuk mengingati Allah dengan sesuatu yang baik agar diri kita ini mendapat Redha-Nya.

Lihatlah sirah hidup baginda Rasulullah dan para sahabat radhiallahu ‘anhum, itulah singkapan kisah yang paling baik untuk diteladani. Tulisan yang tidak seberapa disampaikan lewat blog ini hanyalah secoret kecil rakaman Ilham dari Allah yang cuba diadunkan sebaik mungkin supaya hasilnya bisa menjadi terjemahan dari sirah Rasulullah..


  1. Bagi persoalan kedua:

Sebagai pejuang agama Allah, kekadang mungkin kita terlepas pandang bahawa di luar sana wujudnya pelbagai peringkat fikrah manusia. Ada yang tinggi ilmu ukhrawi. Ada yang sederhana kefahamannya dan ada juga yang baru bertatih-tatih untuk mengenal ma’rifat Allah. Sesungguhnya golongan yang celik ilmu agama ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan yang biasa-biasa sahaja dan yang baru membuka mata hatinya.

Golongan kebiasaan inilah yang sepatutnya para daie jangan sekali-kali abaikan. Seperti mana peringatan Allah Ta’ala dalam surah ‘Abasa kepada Rasulullah s.a.w agar tidak mengendahkan Abdullah Ibn Maktum seorang insan buta yang datang kepada baginda minta diajar tentang agama Allah. Inilah praktikalnya bagi kita yang mengaku sebagai pejuang agama Allah. Dakwah yang disampaikan perlulah ada variasi dan warna-warninya. Agar ianya tidak nampak statik sahaja.

Lantaran inilah yang membuatkan diri ini cuba mempelbagaikan metod da’wah agar ianya mudah sampai ke hati para pendamba redha Ilahi. Usaha yang tidak seberapa ini hanyalah ingin disesuaikan melalui titipan kalam Allah dalam Surah An-Nahl agar berhikmah dalam menyampaikan sesuatu yang Haq: 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan 
dan nasihat pengajaran yang baik
 dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; 
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, 
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." 

(Al-Nahl: 125)



Hakikatnya, golongan yang celik IT dan 24 jam suka beronline adalah kebanyakannya dari golongan belia dan remaja. Mereka ini termasuklah diri yang menulis punya fitrah yang sama, suka bicara tentang hati dan cinta. Cumanya, bagaimana kita membicarakannya itu yang patut kita semak kembali. Adakah bicara hati yang sekadar menurut kata hati. Adakah dialog cinta yang hanya membuntuti kata nafsu. Atau adakah coretan hati dan cinta yang dibiaskan dari Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Semua ini berbalik kepada kita corak yang bagaimana kita inginkan.

Sesungguhnya sangat sedikit insan yang ingin menyumbangkan ideanya dalam penulisan memperbetulkan persepsi cinta yang berlandaskan syariat Islam. Usaha seperti SaifulIslam.com (Ustaz Hasrizal) , Fatimah Syarha (novelis Tautan hati)  dan Zaid Akhtar (novelis Salju Sakinah) amat dikagumi dan ingin dituruti!


  1. Bagi persoalan ketiga:

‘Aik, yang atas tu bukan lirik lagu 
Destinasi Cinta kumpulan Mestica ke?’

Ya, tepat sekali! Bagi yang peka pasti akan mudah menekanya. Kenapa saya seringkali meletakkan post lirik lagu terutamanya lagu nasyid? Hal ini kerana, bait-bait itu sungguh indah!

Tidak salah rasanya jika kita menyukai puisi dan kata-kata yang indah. Sepertimana Al-Quran ianya mengandungi puisi dan kisah-kisah yang indah sekali susunan ayatnya. Sehinggakan masyarakat Arab Jahiliah yang sangat mahir berpuisi tika itu sangat teruja dengan keindahan ayat Al-Quran. Mereka tidak mampu untuk menandingi bahasa Al-Quran. Apatah lagi ingin menirunya.

Lantaran itu, lirik nasyid yang mengandungi mesej da’wah yang baik seharusnya kita sama-sama hayati. Bukan sekadar kita menjadikan lagu-lagu sebagai halwa telinga kita tetapi kita cuba ambil nasihat-nasihat itu untuk dipraktikkan dalam hidup kita. Terkadang salah memilih bentuk hiburan membuatkan kita menjadi insan yang lalai. Lalai untuk mengingati Allah. Lalai untuk menjalankan kewajiban. Dan lalai sehingga menjadikan kita insan yang lagho!

Terdapat pelbagai bentuk media yang menyalurkan segala bentuk hiburan. Di hujung jari sahaja kita sudah boleh beroleh semuanya. Tinggal lagi kita untuk memilihnya. Hiburan yang bagaimana yang anda mahu? Tepuk dada tanyalah iman. Biarlah iman yang menjawabnya. Jika salah memilih itu pastilah angkara iman yang tidak mampu membentengi nafsu dari lepas bebas ke perangkap kepura-puraan dunia! Cumanya, ingatlah wahai sahabat-sahabat, syurga itu tidak ada di dalamnya perkara yang melalaikan. Seperti dalam Surah Al-Waqi’ah:

"Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia 
mahupun yang menimbulkan dosa" 
(Al-Waqi'ah:25)

Kita semua mendambakan syurga Allah. Jika di dunia ini kita sudah berlagak dan berlaku lalai apakah kita berpeluang bersama ahli syurga yang sentiasa menyibukkan diri dengan perkara kebaikan? Adakah kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa berusaha untuk tidak lalai dari mengingati Allah? sekali lagi, tanyalah iman anda. 

 
Berhibur itu tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah..
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah..




Srikandi Al-Azwar
25 Ramadhan 1432H/ 25 Ogos 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati

2 comments:

  1. like...like...like...mne butang like fb?hehe

    ReplyDelete
  2. Wan Nornajwa, belum sempat lagi nak letak demo dh baca..express betul! alhamdulillah kalau suka(^_^)

    ReplyDelete