Menyingkap tirai hati..
Menyemai relung rasa..
Memetik ranum cinta..
Assalamualaikum. Salam ukhwahfillah. Salam Mahabbatullah..
1) Siapa DIA di taman hati ini..
“Awak..sedalam mana cinta awak pada saye?”
“Sayang..awak tahu kan tiada tandingannya cinta saye pada awak..”
Setelah bertahun lamanya menyulam kasih, ombak yang dahulunya penyeri taman istana cinta dirasakan semakin berorak badai. Setiap tingkah kekasih menjadi mainan curiga di ruang hati. Hari-hari yang dilalui bergantian suram.
Setelah bertahun lamanya menyulam kasih, ombak yang dahulunya penyeri taman istana cinta dirasakan semakin berorak badai. Setiap tingkah kekasih menjadi mainan curiga di ruang hati. Hari-hari yang dilalui bergantian suram.
“Aku gaduh lagi dengan dia…” sahabat karib menjadi tempat meluah rasa.
“Korang ni aku tak tau la, senang-senang korang clash la” sahabat karib pun tidak membantu. Macam nak kebas kekasih kawan dia saja.
“Ish, mana boleh aku hidup tanpa dia… aku terlalu cintakan dia…”
Spontannya elus bicara yang meniti di bibir apabila ditanya tentang siapa si dia di hati ini. Namun, begitu jugakah lagak spontan kita apabila soal status Dia di hati kita diduga:
“Sejujurnya, siapakah Dia di hati awak?”
Seringkah kita menyelak laman diari cinta yang terbuku di hati? Selalukah ruang ingatan kita menjadi taman indah untuk Dia dan kekasihNya Al-Amin?
Jika persoalan asas ini kita tergagap-gagap untuk menjawabnya, nampaknya jauh lagi kita perlu berlari di atas trek cinta-Nya. Namun begitu, itulah lumrahnya hidup ini. Setiap yang baharu pasti ada mulanya. Hanya Dia yang tiada awal dan tiada akhir. Soal cinta kita juga begitu, jika kita tidak mulakan orakan langkah kita mengejar cinta-Nya adakah mungkin kita bisa mengakhiri kisah cinta kita dengan-Nya dengan baik?
2) Kenalah TAHU apa yang Dia SUKA dan apa yang Dia BENCI..
Tahu apa yang kekasih kita suka dan benci merupakan kemestian bagi menguatkan ikatan kasih yang terpetri. Acapkali kita temui seorang kekasih yang sangat pakar akan perihal kekasihnya. Kegemarannya, hobinya, cita-citanya dan macam-macam lagi. Rasanya sangat jarang yang kurang arif tentang buah hatinya bukan?
Tertanam sudahkah di kotak memori kita setiap kesukaan-Nya?
Untuk menyenaraikan setiap apa yang Dia Yang Maha Esa suka dan benci di sini adalah terlalu banyak. Formula mudahnya di sini adalah Dia amat menyukai kekasih-Nya yang taat akan segala perintah-Nya. Selaklah setiap titipan-Nya untuk kita melaui kitab suci-Nya Al-Furqan. Kuatkanlah kefahaman melalui sunnah Rasul-Nya. Jika benar-benar kita menggenggam dua amanah-Nya ini pasti api cinta kita untuk-Nya tidak pernah akan malap!
Apabila kita sudah menyelidiki kesukaan dan kegemaran-Nya seharusnya kita lanjutkan dengan turut menyukai juga apa yang Dia sukai. Sekadar tahu kemudian mengendahkannya sahaja amatlah tidak patut tambah-tambah kita telah akui bahawa Dialah cinta hati kita. Jika kita ingin bermain kayu tiga dengan ciptaan-Nya tidak mengapalah tetapi dengan Dia Yang Maha Mengetahui tidak mungkinlah kita bisa!
3) Kenalah SETIA pada Dia Yang Satu..
Cuma kekadang pernah atau tidak kita terfikir yang kita ini mungkin melebihkan orang yang kita sayang berbanding Dia..
- Menyayangi ibu bapa melebihi rasa sayang dan cinta kepada-Nya dan Rasul-Nya?
- Terlalu cintakah suami kepada si isteri melebihi cinta kepada DIA?
- Agungnya cinta isteri sehingga tiada ruang untuk cinta-Nya?
- Sayang sangatkah kepada anak-anak sehingga sanggup untuk melupakan-Nya?
Persoalan-persoalan ini marilah sama-sama kita jadikan koreksi dan muhasabah diri walau sesaat. Betapa tiada tandingannya cinta-Nya apabila walau sesaat kita ingat akan Dia pasti Dia akan balas lebih hebat dari itu! Mana mungkin kita bisa menemukan kekasih yang begitu hebat cintanya melainkan Dia! Sesungguhnya Dia Yang Maha Mulia itu tidak mendambakan cinta kita. Tetapi kitalah yang mendambakan cinta agung-Nya!
Dialah yang mengurniakan rasa cinta yang indah dalam hidup kita selama ini. Dialah pemilik segala rasa cinta yang wujud di atas muka bumi ini maka selayaknya kepada Dialah dikembalikan segenap bunga-bunga cinta yang kembang memekar!
Cinta Allah Cinta Agung!
Srikandi Al-Azwar
23 Ramadhan 1432H/ 23 Ogos 2011
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com
Teratak Cinta Baiti Jannati
selagi tiada lafaz aku terima nikahnya..selagi itulah susahnya utk sy mpercayai seorg lelaki..cinta tanpa ikatan yg sah sudah cukup mmeritkan hati ini..sedikit emosi..huhu
ReplyDelete