“Ok, meeting kita sampai setakat ni dahulu, harap semua jelas ya. Kita tangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah an-Nas. Assalamu’alaikum.” Pengerusi majlis merangkap Yang Di-Pertua kolej menangguhkan mesyuarat.
Usai mesyuarat ‘tergempar’ malam itu, Aqilah tanpa lengah lagi mengemaskan barang-barangnya. Rasa ingin terbang sahaja supaya lekas sampai. Hanya terbayang “katil” di kepalanya. Otaknya terasa bagai tidak dapat berfungsi lagi. Letih. Agenda utama dan ‘tergempar’ hanya satu tetapi disebabkan ada hal berbangkit yang perlu disegerakan maka mesyuarat itu berlarutan hingga menghampiri jam 1.30 pagi. Hal sebegitu sebenarnya perkara biasa bagi mereka yang menguruskan badan pelajar tetapi oleh kerana badannya yang terlalu exhausted Aqilah tidak mampu bertahan lagi. Hari ini jadualnya terlalu pack dari pagi hingga ke malam.
‘Alhamdulillah esok Sabtu’ bisik hati Aqilah. Baru menyarung sandalnya,
“Qila, jalan sekali.” Ujar Kak Hanisah, Exco HEWI (Hal Ehwal Siswi) cuba menyaingi Aqilah.
Baru beberapa langkah mereka menapak,
“eh, tunggu-tungu, nak jalan sekali gak..” laung Kak Miftah Exco Keusahawanan dan Kepenggunaan (E2K) dan Kamarul Exco Sukan dari belakang.
‘Hai diorang ni..ni mesti kes ‘itu’ tu.” Getus hati Aqilah.
Aqilah memperlahankan langkah. Dia bagai sudah tidak terfikir hal ‘itu’. Mereka berempat berjalan bersama. Diam. Selalunya masing-masing berceloteh itu dan ini. Organisasi mereka seramai 10 orang. Mereka berempat sehaluan. Selebihnya Sakinah, Kak Siti dan Melin tinggal di blok Kabsyah bintu Rafi’ yang berdekatan dengan pejabat JAKMAS. Manakala Fateh YDP, Afham Bendahari JAKMAS dan Raj Exco Akademik dan Kepimpinan belum balik ke bilik. Mereka akan buat sedikit rondaan sekitar blok. Begitulah rutin setiap malam bagi mana-mana JAKMAS lelaki Kolej Seri Angsana seperti yang mereka telah putuskan bersama saat awal naik ‘takhta’.
“Kau ni Kamarul, tak gi ronda sekali dioghe ko?” ujar Kak Miftah dengan sedikit loghat Kelantannya walau cuba dikawalnya.
“Aku kena handle budak-budak kayak kan esok. Lagi pun kesian pulak tak ada lelaki jadi ‘bodyguard’ korang..” Ditekannya perkataan ‘bodyguard’ dengan sedikit senyuman.
“Ha, ya la tu, jangan cakap kemah (kemas) sangat Kamarul” sampuk Kak Hanisah dengan loghat utaranya.
“Korang ni, tu pun fikir serius, main-main ja pun” gumam Kamarul.
Kebanyakan bilik sudah gelap. Ada yang nampak samar-samar cahaya di sebalik langsir yang tertutup. Tanda lampu meja terpasang. Suasana sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah suara mereka bertiga. Aqilah diam membisu. Hanya menjadi pendengar setia.
Sampai di bawah blok Zainab Al-Ghazali, Kak Hanisah bersuara, “aku dah sampai ni, hangpa tunggu kat bawah ni sat nah tengok aku naik, aku cakap ok baru hangpa pi”. Laju Kak Hanisah membuka langkahnya ke tingat satu. Rumahnya yang bertentangan dengan laluan kami memudahkan pandangan kami.
“Ok!! Aku dah sampai” Kak Hanisah menjengukkan sedikit kepalanya di langsir biliknya. Tidak dihiraukan Kamarul yang tahu biliknya terletak di mana. Begitulah mereka masing-masing sudah tahu kedudukan blok dan bilik sesama mereka. Mungkin keakraban mereka bekerjasama sudah terasa bagai sebuah keluarga. Yang penting, antara mereka masih menjaga batas pergaulan. Tidak terlalu mesra antara lelaki dan perempuan. Lagipun, bukan semua mereka berpewatakan Islamic. Antara mereka sepuluh orang hanya empat orang yang giat melibatkan diri dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di universiti mereka iaitu Fateh, Afham, Kak Miftah dan Aqilah.
Sampai di blok Nailah Al-Farafisyah, Aqilah dan Kak Miftah berpecah dengan Kamarul yang meneruskan langkah ke blok Khalid Al-Walid yang terletak di sebelah blok Salman Al-Farisi. Dua blok lelaki di kolej itu terletak paling hujung selepas blok Nailah Al-Farafisyah.
“Hati-hati Kamarul. Assalamualaikum” Aqilah memberi sedikit pesan sebelum sebelum meneruskan langkah.
Naik ke tingkat satu, mereka menuju ke rumah bernombor 08. Aqilah menghantar Kak Miftah di muka pintu biliknya.
“Ok kak, Qila masuk bilik dulu ya. Rasa letih sangat ni. Assalamulaikum” ujar Aqilah sambil meregangkan badannya sedikit. Bilik mereka bersebelahan sahaja. Mereka tinggal dalam satu rumah. Kediaman mereka berkonsepkan rumah yang mempunyai tiga bilik, satu bilik air dan ruang tamu yang sederhana besar. Setiap aras blok terdapat antara sembilan hingga sebelas buah rumah. Bilik pula ada untuk dua orang, tiga orang dan empat orang. Rumah mereka untuk bilik dua orang.
“Ok kak, Qila masuk bilik dulu ya. Rasa letih sangat ni. Assalamulaikum” ujar Aqilah sambil meregangkan badannya sedikit. Bilik mereka bersebelahan sahaja. Mereka tinggal dalam satu rumah. Kediaman mereka berkonsepkan rumah yang mempunyai tiga bilik, satu bilik air dan ruang tamu yang sederhana besar. Setiap aras blok terdapat antara sembilan hingga sebelas buah rumah. Bilik pula ada untuk dua orang, tiga orang dan empat orang. Rumah mereka untuk bilik dua orang.
“Assalamualaikum” Aqilah mengetuk pintu perlahan dan memberi salam kepada Jasmin teman sebiliknya. Kelihatan Jasmin belum tidur lagi. Tengah berbaring di atas katilnya sambil membaca novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El Shirazy milik Aqilah. Kedengaran laptopnya terpasang dan memainkan lagu-lagu nyanyian Opick.
“Waalaikumussalam, ingat Qila tak balik bilik malam ni. Tengok Kak Miftah pun belum balik tadi. Meeting ek?” Aqilah sedikit tersenyum dan mengangguk menjawab soalan teman sebiliknya itu. Jasmin sangat memahami walaupun dia bukanlah terlalu aktif seperti mereka. Tidak banyak soalnya jika Aqilah kerap pulang lewat lantaran kesibukannya.
“Qila, macam mana student yang kena rasuk tadi?” bingkas Jasmin bangun dan duduk menghadap Aqilah.
“Alhamdulillah dah baik..dia baru ja kena ganggu sebegitu” jawab Aqilah sambil menanggalkan jubah yang berwarna unggu terang yang dipakainya tadi. Tinggal baju berlengan panjang dan seluar track yang biasa dipakai sebelah dalam berlapis dengan jubahnya. Senang begitu. Tudung labuh yang berwarna unggu muda dan jubah itu dimasukkan ke dalam bakul baju.
“Macam mana dia kena?” soal Jasmin lagi. Semangat ingin tahu.
“Dia kata tadi mungkin sebab dia selalu duduk sorang-sorang sebelum ni, fikir ibu dia sakit. Pastu, dia baru nak jinak-jinak tambah amalan. Sebelum ni dia buat cukup-cukup amalan fardhu saja itu pun kadang-kadang kurang. Alhamdulillah musibah kecil yang menimpa keluarga dia buat dia sedar dari lagho. Tapi, itulah dalaman dia belum kuat jadi dia rasa itu mungkin sebab benda tu senang masuk. Memang jika rohani kita tidak kuat pertahanan kita akan lemah untuk elak benda-benda macam tu..” Aqilah menyampaikan serba sedikit yang dikhabarkan oleh Siti sebagai pengajaran.
“Untuk kuatkan rohani kita ni tak perlu imagine nak kena buat amalan-amalan yang terlalu banyak. Cukup kita tambah sikit demi sikit tapi istiqamah. Di samping menjaga amalan wajib, amalan sunat seperti zikir al-Ma’thurat dan bacaan Al-Quran jika diistiqamahkan insyaAllah mampu menguatkan benteng diri kita ni dari diganggu” tambah Aqilah agar Jasmin mudah memahami.
Setelah beberapa minit bersoal jawab, Aqilah meminta diri untuk ke bilik air. Bersugi dan berwudhuk. Terasa segar air wudhuk bagai mengalir masuk ke dalam liang romanya. Hilang sedikit kantuknya. Jam di atas meja belajarnya menunjukkan jam 2.10 pagi. Sejadah dihampar menghadap kiblat. Takbiratul Ihram diangkat perlahan. Cukup hanya didengar pendengarannya. Solat sunat Istikhoroh didirikan dengan penuh khusyuk. Selesai berdoa, Aqilah bangun lagi mengangkat takbir. Solat sunat witir didirikan. Selesai dua rakaat dan memberi salam, dia bangun lagi menyambung satu rakaat lagi solat Witir.
Selesai solat sunat, Al-Quran dicapai dan Surah al-Mulk dibaca secara al-tadwir. Ia merupakan peringkat bacaan Al-Quran yang pertengahan. Dilaksanakan dengan sifat pertengahan antara bentuk at-tartil dengan al-hadr serta tetap menjaga hukum-hukum tajwid. Setelah selesai membaca, Al-Quran dikucup dan diletakkan di atas mejanya.
“Min, Qila tukar pasang ayat Al-Quran ya.” Surah Al-Baqarah dipasang di laptop Jasmin. Menggantikan lagu-lagu nyanyian yang diperlahankan semasa dia solat tadi. Volume dilaraskan supaya dapat didengar di seluruh bilik mereka. Tidaklah terlalu kuat sebenarnya. Hening pagi memudahkan ia didengar jelas.
Aqilah mendekati katil, bantal dan tempat pembaringannya ditepuk sedikit sebelum merebahkan badannya. Dibaca ayat Kursiy dan tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah an-Nas. Dihembuskan ke tapak tangannya dan disapukan ke seluruh tubuhnya.
“Min, dah sampai dekat mana tu? Rusia ke? Ayyas sihat? Khusyuknya dia baca..tak nak tidur lagi ke?” usik Aqilah sambil tersengih kepada Jasmin. Novel terbaru Habiburrahman El Shirazy itu sudah habis dibacanya. Menceritakan pemuda bernama Muhammad Ayyas seorang muslim yang menghadapi pelbagai cabaran dan godaan dalam mempertahankan imannya di bumi Rusia.
“Hehe..khusyuk sangat ke nampak? Qila tidur la dulu. Tak pe, esok kan cuti. Tidur lambat sikit la..” dipandang Aqilah sekilas sebelum menumpukan pandangannya semula ke arah baris-baris ayat pada novel setebal 546 halaman itu.
Selang beberapa minit, mata Aqilah pun terpejam. Hanyut rohnya dalam dakapan rahmat Allah..
“Qila, bangun Qila.” Jasmin menggerakkan badan Aqilah sedikit. Terpisat-pisat Aqilah bangun. Dilihat jam di tangannya. 4.30 pagi. Jasmin dipandang dengan sedikit kerutan di dahi. Nampak cemas dan pucat.
“Kenapa Min?” soal Aqilah kehairanan. Tidak pernah Jasmin sebegitu rupa.
“Tadi…tadi…” tersekat-sekat pula Jasmin bersuara. Bertambah berkerut dahi Aqilah.
“Kat luar tingkap tu…” bergetar suara Jasmin menyambung ayatnya.
Bersambung….
P/S: Suka cerita JANJI YANG PASTI bahagian 3 ini? Kalau suka sudi-sudikanlah diri untuk ‘like’ dan beri sedikit komen. Suka sangat orang yang komen! (^_^) Sama-sama kita sebarkan da’wah. Kredit untuk anda dan kredit juga untuk insan yang dhoif ini. Syukran. Wallahu a’lamu a’lam…
“Tiada Erti Tanpa Redho Ilahi”
12 Sya’ban 1432H/ 13 Julai 2011
Berkelana Mencari RedoNYA..
Bestnye dapat KLIK sini.
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
mmg suspen pengakhiran citer ni..
ReplyDeletefaiz: memang suspen! saya sendiri yang menulis terasa suspen + seram sejuk. anyway, thanks for reading..
ReplyDelete