Sunday, January 6, 2013

Cerita Diariku dan Azamku




Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2013!
Happy New Year 2013!

Alhamdulillah, kita sudah menginjak ke dalam tahun baru sekali lagi. Segala rencah kehidupan pada tahun yang lepas bagaimana? Pengalaman yang manis bagaimana kita sematkannya dalam memori kita? yang pahit pula bagaimana? Adakah kita perlu kuburkannya sahaja?!

Jawapan bagi setiap persoalan tersebut saya pulangkan kepada anda semua. Bagaimana caranya anda ingin kelolakan sejarah silam anda itu adalah hak anda. Namun, ingin sekali saya kongsikan di sini tentang Diari dan planner saya!  

Haa kawan-kawan, semua kamu dah ada ka Diari masing-masing?



Emm, bagi rakan-rakan lelaki mungkin tidak berapa berminat apabila menyentuh tentang perkara ini. Mungkin juga bagi segelintir wanita tidak berapa minat.
Sebenarnya pembaca sekalian, saya bukanlah seorang yang setia dengan penulisan diari ini. Planner mungkinlah kadang-kadang saya gunakan untuk catatkan perancangan saya. Terutama ketika zaman memegang jawatan di kampus dulu.


Dairi dan plannerku!

Inilah Diari Muslimah dan Planner Islamiah saya! Boleh dapatkan di mana-mana bookstore i.e Popular dan sebagainya.

Sahabat-sahabat,  
  
Menginjak tahun baru 1434 Hijriy hampir 2 bulan yang lalu terdetik di hati ini bahawa detik-detik dalam hidup kita ini sangatlah berharga. Takkan semudahnya kita mahu abaikan semua yang berlaku dalam hidup kita ini tanpa merakamkannya dalam simpanan diari kehidupan kita?

Bila diingat-ingat kembali secara sekilas, adakah kita ingat semua perkara yang kita lalui? Terutama peristiwa-peristiwa penting. Saya amat yakin pasti rata-rata antara kita tidak dapat ingat secara terperinci. Apatah lagi apabila peristiwa yang kurang penting dalam hidup kita. Kita pasti akan lebih mudah melupakannya. Perkara ini membuatkan hayat kita yang sememangnya singkat ini bertambah pendek jadinya. Mana tidaknya, kita tidak dapat mengimbas kembali pun keseluruhan hidup kita. Hanya detik-detik tertentu sahaja yang kuat melekat dalam memori kita. Yang selebihnya takkan hanya sia-sia berlalu?  



Graf amal, adakah sia-sia?

Baiklah, mungkin ada hari-hari yang kita lalui dengan begitu sahaja. Kosong. Tiada yang menarik barangkali. Nah, di situlah silap kita! Kita telah tersilap langkah membiarkan masa kurniaan Allah ini dipenuhi dengan perkara sia-sia. Diari/ planner kita sebenarnya boleh menjadi kayu ukur terbaik buat kita! Apabila kita mencatat secara ringkas ataupun details mengenai perbuatan2 serta amal kita setiap hari kita akan nampak secara tidak langsung graf kehidupan kita.
Bagaimana?

Untuk menjadikan diari kehidupan kita sesuatu yang sangat-sangat berharga jadikanlah ia sebagai diari amal kita. Boleh juga jika kita kenali ia sebagai mutaba’ah ibadah kita. Hari-hari yang kita lalui tanpa sebarang catatan amal akan menjadikan hidup kita ini suatu yang sia-sia! Percayalah, apabila kita tidak punya sebarang penanda aras dan goal (matlamat) dalam hidup bukankah ia sia-sia?


Bukankah sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis:

“Dunia adalah ladang bagi akhirat”
(Riwayat Bukhari)

Kehidupan kita hanya sementara di dunia ini perlu kita seimbangkan antara DUNIA dan AKHIRAT. Ketidakseimbangan boleh membawa kita tersasar dari landasan hidup yang sebenar. Jika dunia dilebihkan akan menyebabkan kita lalai dengan akhirat. Manakala melebih-lebihkan amal akhirat pula boleh membawa kita mundur dalam arus kehidupan. Kerana itu ajaran Islam itu sangat indah. Kita diajar agar mensetara kedua-duanya yang membawa kita berjaya di kedua-dua negeri ini. Apa yang penting, jangan pernah kita lupakan hakikat sebenar hadaf (matlamat) kita yang paling utama. Iaitu, untuk menjadi hamba-NYA yang sebenar-benarnya dan akhir sekali kembali kepada-NYA dengan bekalan yang terbaik. Sepertimana firman Allah:  

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembaliyang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah ali-Imran 3:14)

Begitu juga dalam firman Allah, yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia...” 
(Surah al-Qasas: 77)




Azamku pada Tahun 1434H/2013M

Sebelum saya mengakhiri entry kali ini ingin sekali saya kongsikan tentang azam dan perancangan saya. Mudah-mudahan dengan dorongan dan doa ikhlas daripada semua menjadikan impian saya satu reality!

Ø  Saya berazam untuk lebih taat, khusyuk serta istiqamah dalam beribadah juga lebih gigih menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Mudah-mudahan sekurang-kurangnya separuh dari isi al-Quran berada dalam dada. Amin…
Ø  Saya berazam untuk menuntut ilmu dengan lebih gigih baik ilmu agama juga ilmu akhirat. InsyaAllah mudah-mudahan harapan besar untuk menyambung pelajaran akan dimaqbulkan Allah..
Ø  Saya berazam untuk menajamkan lagi mata pena. Mudah-mudahan dapat release sebuah novel pada tahun ini..
Ø  Saya berazam untuk bekerja dengan bersungguh. Mudaha-mudahan kelak apabila sudah mendapat pekerjaan ianya pekerjaan yang baik, majikan yang baik juga suasana kerja yang baik.. insyaAllah….

Mudah-mudahan semuanya tercapai! Biiznillah!!! Amin…


Konklusi, Kepentingan DIARI dan PLANNER

Terdapat beberapa kepentingan diari dan planner dalam kehidupan kita; antaranya:

1)    Sistematik. Ini lebih merujuk kepad planner yang mana kita boleh mencatatkan terlebih dahulu perancangan dan tarikh-tarikh penting.

2)    Simpanan memori. Ini lebih merujuk kepada diari, yang mana perkara yang lepas boleh kita rujuk semula. Setidak-tidaknya insyaAllah kita akan merasakan hidup kita terisi dengan sesuatu perkara.

3)    Graf amal. Baik diari atau planner boleh dijadikan sebagai buku catatan amal seharian kita. Di sini kita dapat melihat kembali indeks kemajuan amal. Adakah graf semakin menurun? Adakah hanya sama buat beberapa lama? Adakah meningkat?

4)    Motivasi. Baik diari mahupun planner boleh menjadi bahan motivasi yang baik. Jika kita mencatat sesuatu saya percaya ramai antara kita ingin mencatatkan perkara-perkara yang indah. Malahan, semua kita suka ke arah yang lebih positif. Jika suka kekayaan, sudah pasti kita ingin lebih kaya. Jika suka ilmu, pasti kita ingin catatkan apa kemajuan ilmu yang sudah digapai. Bukankah begitu? Ya, sekurang-kurangnya dengan diari dan planner kita lebih termotivasi untuk menjadikan catatan kehidupan kita lebih baik!

5)    Matlamat yang jelas. Melalui gabungan diari dan planner kita akan nampak lebih jelas azam dan halatuju kita. Adakah kita on the track azam kita tahun ini? Adakah melencong? Sekurang-kurangnya dengan kita terjemahkan apa yang ada dalam minda kita ke atas sekeping kertas kita akan lebih nampak kemajuan diri kita. InsyaAllah perjalanan hidup kita pada tahun ini lebih terarah menuju redha Ilahi…

Moga sama-sama kita jadikan detik ini hari ini tahun ini lebih baik 
dari yang lepas…^_^


Srikandi Al-Azwar,
Baiti Jannati
23 Safar 1434H/ 6 Jun 2013
nur_mylp@yahoo.com, nadiahmahzir@gmail.com

1 comment:

  1. assalam akhi...

    Mudah-mudahan segala apa tercatat dan terbuku yang menjadi objektif tempoh hari sudah pun termakbul kini.

    Insyallah, perkara yang baik pastinya ada cabarannya... begitu juga perbuatan yang buruk....Dan lebih baik memilih jalan yang baik daripada yg jahat, kerana disitulah letakknya Syurgawi..

    ;)

    ReplyDelete