Saturday, April 30, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur


Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur?

1. Orang yang mati syahid.

Dari Rasyid bin Sa’ad  dari beberapa sahabat Nabi, disebutkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah, mengapa orang-orang beriman akan diuji dalam kubur, kecuali para syuhada?” Baginda menjawab, “Kilatan pedang yang berkelibat di atas kepala mereka (para syuhada) sudah cukup menjadi ujian bagi mereka.”[1]

2. Orang yang ribath (berjaga di perbatasan wilayah kaum Muslimin untuk mencegah dari serangan musuh) di jalan Allah.

Salman berkata, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ribath sehari semalam lebih baik dari puasa dan solat malam sebulan. Kalau seseorang nati (dalam keadaan ini), amalannya akan mengalir dan dicurahkan rezeki ke atasnya serta dijamin bebas dari ujian (kubur)”.[2]


3. Orang yang meninggal kerana sakit perut.
          


Abu Ishaq as-Su’aiby berkata, “Sulaiman bin Sord berkata kepada Khalid bin Urfatah (atau sebaliknya), Khalid berkata kepada Sulaiman:

“Apakah kamu mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa meninggal kerana (sakit) perut, tidak akan diazab di dalam kuburnya.” Salah seorang daripada mereka menjawan, “Ya.”[3]


4. Bacaan Surah Al-Mulk



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Surah Tabaarak akan mencegah azab kubur.”[4]

5. Orang yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Tidak ada seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali Allah pasti akan menjaganya dari fitnah kubur.”[5]



[1] . Aidh al-Qarni, S. Muhammad Husain Ya’qub, Dr. Muhammad A.R. al-Uraifi, op.cit. hlm.156
[2] Dikeluarkan oleh Muslim (1913) bab Fadl Ribath fi Sabilillah.
[3] Dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1064) Kitab al-Janaiz ‘an Rasulillah, bab Ma Jaa fi as-Syuhada Minal Hamm. Dia berkata hadis ini hasan gharib.
[4] Dikeluarkan oleh Abu as-Syeikh dalam Tobaqat al-Asbahaniyyain (264) dari hadith Ibn Mas’ud dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (2/498) secara mauquf tetapi dihukumkan sebagai marfu’.
[5] Dikeluarkan oleh al-Tirmizi, op.cit. bab Ma Jaa fi Man Maata Yaumu al-Juma’ah. Dia berkata hadis ini gharib.

No comments:

Post a Comment