Assalamu’alaikum
warahmatullah.
Alhamdulillah
wa syukur lillah.
Setelah
beberapa hari menyepi hari ini ingin saya kongsikan mengenai murabbi saya yang
amat saya segani. Segan pula bila mengatakan beliau adalah murabbi saya kerana
saya sebenarnya bukanlah salah seorang muridnya yang sempat bertalaqqi secara
berhadapan dengannya. Namun begitu, tetap ingin saya perkatakan sesuatu di sini
moga-moga menjadi peringatan dan ibrah kepada semua.
Travelog
ini bukan travelog biasa. Ia merupakan travelog tarbiyah diri. Perjalanan ini
bukan perjalanan biasa kerana ia membawa erti luar biasa. Perjalanan mendekati
ulama yang berjiwa murabbi.
Imam
At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah
berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Perjalanan
menemui Murabbi
Membawa
erti mengenal Rabbi
Murabbi dalam Islam membawa
maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk
kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa
yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk
menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru,
Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk
keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak
berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”.
Alhamdulillah
Allah telah memberi beberapa kesempatan kepada saya untuk menemui para alim
ulama’. Tetapi murabbi yang satu ini terasa sangat berliku perjalanannya. AllahuAkbar.
Sukar hendak saya ceritakan di sini bagaimana saya merasakan sukar untuk
menemui beliau. Banyak kali percubaan. Setiap kali pulang ke Kedah pasti hati
ini sangat kuat meronta-ronta ingin menemuinya. Tetapi, sangat sukar. Terasa
sangat kerdil diri ini berbanding orang lain yang Allah berikan peluang yang
besar untuk berdampingan dengan ulama’ sufi haraki ini.
Akhirnya,
tanpa diduga pada suatu malam Ramadhan yang lepas Allah memaqbulkan doa hati
ini. Alhamdulillah saya dapat menemuinya di Masjid Akar Peluru, Alor Setar. Kelibatnya
melalui tabir yang samar dapat saya kenali. Betapa terkejut dan terpakunya
saya. AllahuRabbi… terasa indah tarawikh malam tersebut berimamkan tuan guru
muda ini. Tetapi, itu hanyalah pandangan di sebalik tabir…dan saya hanya dapat
mendengar dengan jelas bacaannya dalam solat tarawikh tersebut.
Kemudian,
sekali lagi setelah sela masa tarbiyah diri yang panjang Allah benar-benar
memaqbulkan doa saya untuk melihatnya secara berhadapan. Dalam majlis yang
sangat indah. Majlis sambutan MaulidurRasul (Lantunan Mahabbah Rasulullah) di
Kedah. AllahuAkbar, kali ini lebih jelas di pandangan mata. Air mata ini terasa
bagaikan begitu teruja ingin berlari turun. Terima kasih Ya Allah!
Hati
ini tetap sentiasa berdoa ingin berdampingan dengan alim ulama. Ingin mendekati
mereka yang hati-hatinya sangat dekat dengan Allah dan Rasulullah. Alhamdulillah
kali terakhir saya menemui guru kecintaan ramai ini dalam satu majlis ilmu juga
Mukhayyam di Kedah. Bersama-sama dengan
sahabat seperjuangan di Kedah mengajar diri ini untuk lebih kuatkan tarbiyah
diri. Kali ini dalam majlis tarbiyah ini Allah benar-benar memberikan hadiah
yang sangat besar. AllahuAkbar! Betul-betul kali ini lebih dekat dan sangat
jelas di pandangan mata. Allah… syukur lillah…
Jika
dilihat dari episod perjalanan saya ini betapa sukarnya untuk menemui kekasih Allah
yang mana sangat kuat kecintaan kepada Rasulullah. Saya mengambil kesulitan
yang saya tempuh itu sebagai tempoh terbiyah daripada Allah untuk saya lebih
menyucikan diri dan mendekatkan diri kepadaNYA. Untuk menemui insan yang dekat
hatinya dengan Rasulullah s.a.w pun terasa sukar apatah lagi menemui baginda
Rasulullah di akhirat kelak. AllahuRabbi… terasa masih lemah diri ini. Moga-moga
Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan jalan tarbiyah ini.
SYEIKH ZAINUL ASRI
[Da'ie yang Murabbi]
[Da'ie yang Murabbi]
Murabbi
ramai Syeikh Zainul Asri
Inilah
murabbi saya. Beliau ialah Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi,
Kedah. Beliau juga dikenali dengan Pak Long Z.Asri dalam kalangan teman dan
rakan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Star. Kemudian
mendalami ilmu agama di Madrasah Al-Latifiah (Pondok Pak Teh, Kroh) sebelum
melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin
(Pengajian Hadis).
Di
Mesir beliau sempat berguru dengan beberapa orang Ulama Besar antaranya Syeikh
Ismail Adawi dan Al-Allamah Syeikh Zaki Ibrahim. Beliau juga sempat bertalaqqi
dengan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari yang pada ketika itu mengadakan pengajian
di Masjid Fatah, Mesir.
Antara
guru beliau di Malaysia yang banyak memberi kesan dalam kehidupan beliau ialah
Syeikh Nia'mat Yusuf yang mengasaskan Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud
suatu ketika dulu. Syeikh Nia'mat Yusuf adalah Murabbi utama beliau dalam
membimbing dari sudut Fiqh Dakwah. Ketika di Maktab Mahmud bersama Syeikh
Nia'mat, kehidupan beliau diasuh dengan Usrah, Qiyamullail, Daurah Tarbiyah,
Mukhaiyyam dan mencetus Biah Solehah dalam kehidupan para pelajar di asrama dan
rumah-rumah sewa. Di sinilah bermula kehidupan beliau sebagai Mutarobbi, dan
sehingga beliau kini menjadi Murabbi dalam gerakan Dakwah khusus bersama
pelajar dan mahasiswa.
Apa
yang sangat mengagumkan saya, setiap kali menuturkan sesuatu, mulutnya tidak
lekang daripada kalimah selawat dan zikrullah.
Antara
mutiara kata beliau:
" Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, ia akan tetap mengalir di celahan batu tersebut. Mungkin dari atas, bawah, kiri atau kanan. Hakikatnya dakwah pun begitu, walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan."
Pendidikan :
- Maktab Mahmud, Alor Setar
- Madrasah Al-Latifiah (Keroh)
- Universiti Al-Azhar (Fakulti Usuluddin - Hadis)
- Darul Ifta', Kaherah, Mesir.
Anugerah :
Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) oleh KDYMM Sultan abdul Halim Muadzam shah
- Maktab Mahmud, Alor Setar
- Madrasah Al-Latifiah (Keroh)
- Universiti Al-Azhar (Fakulti Usuluddin - Hadis)
- Darul Ifta', Kaherah, Mesir.
Anugerah :
Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) oleh KDYMM Sultan abdul Halim Muadzam shah
Srikandi
Al-Azwar,
14
Rabi’ulAkhir 1434H/ 25 Feb ‘13
Bayt
Mu’allimah Sri Al-Ummah
No comments:
Post a Comment