Murid-murid yang kurang cemerlang dalam
pelajaran selalunya mempunyai persepsi negatif pada diri sendiri malah juga pada orang di
sekeliling. Hal ini kesan daripada situasi negatif yang mereka terima saban
hari secara pengulangan. Sebagai contoh, pelajar corot seringkali tidak
melakukan kerja sekolah dengan lengkap. Ganjaran yang mereka seringkali terima
apabila berkelakuan sedemikian adalah mendapat kata-kata negatif daripada
sesetengah guru ditambah pula menerima hukuman seperti berdiri di atas kerusi.
Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts
Wednesday, April 20, 2016
Friday, April 15, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (5)
d) Memberi penghargaan
Di samping itu, pujian juga
bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak. Seperti yang dihuraikan
ringkas dalam teori pelaziman, pujian juga mampu mencetus kebaikan demi
kebaikan untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Pujian ini merupakan salah satu
metod memberi ganjaran dalam bentuk kata-kata. Jika dilakukan berterusan,
kanak-kanak akan rasa sangat dihargai hasil usahanya.
Thursday, April 14, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (4)
Matlamat untuk mendorong ke
arah kebaikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam memberi pujian
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini bersifat bersih dari kejahatan. Mereka
lebih cenderung ke arah perkara yang baik. Namun demikian, ada kanak-kanak yang
suka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Hal ini disebabkan ada dorongan
ke arah kejahatan oleh orang dewasa yang berada di sekelilingnya.
Tuesday, April 12, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (3)
b)Meningkatkan keyakinan diri
Selain itu, pujian juga
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ada benarnya apa yang
disampaikan oleh Griffiths dan Karen Jones berkaitan pujian yang boleh
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan pujian yang boleh memberi perasaan
sinis di hati mereka. Sebab itu, pujian harus dilakukan secara kerap dengan
hati yang ikhlas supaya kanak-kanak ini terdidik dengan keyakinan diri yang
tinggi.
Monday, April 11, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (2)
ii. Jelas
matlamat pujian
Pujian ada pelbagai metod dan boleh disampaikan
dalam banyak situasi. Namun, perkara yang tidak kurang penting adalah perlu
bermatlamat. Jika sesuatu yang dibuat dengan bermatlamat barulah dibuat dengan
bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal memuji, pujian yang diberikan kepada
kanak-kanak ada banyak matlamat antaranya;
Thursday, April 7, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (1)
Kanak-kanak amat suka dipuji. Mereka juga suka
nama mereka disebut. Selalu mendapat pujian kerana melakukan perkara yang betul
membantu kanak-kanak memahami bahawa perbuatan baik akan mendapat perhatian.
Teknik memanggil nama diikuti dengan pujian menambahkan lagi curahan jatidiri
positif kepada kanak-kanak tersebut.
Wednesday, April 6, 2016
Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (2)
Teori
behaviorisme
Dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak,
terdapat beberapa teori utama, antaranya teori behaviorisme. Di dalam teori
berkaitan tingkah laku ini, teori pelaziman merupakan salah satu teori yang
amat penting untuk dikatahui dan diterapkan. Teori yang dimulakan oleh Edward
Thorndike (1879-1949) ini menitikberatkan penerapan sesuatu nilai baik
diberikan ganjaran pada permulaannya[1].
Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (1)
Kanak-kanak
di awal usia
“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Maksud hadis di atas dapat difahami bahawa
pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui proses yang dipupuk. Asasnya
anak-anak yang dilahirkan adalah bersih daripada segala unsur negatif tetapi
melalui persekitaran seharian akan membentuk peribadi dan tabiat mereka.
Wednesday, September 11, 2013
FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR
Seringkali
anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam
pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi
dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu
juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan
sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya
anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya
kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya
kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik.
Selamat mencuba!
Nombor, Perpuluhan dan Masa
Jarak,
Jisim dan Isipadu
Luas, Isipadu dan Perimeter
Purata dan Peratus
Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini sila tinggalkan alamat e-mail anda di dalam ruangan komen di bawah.
Moga bermanfaat! Syukran!
Srikandi Al-Azwar,
nur_mylp@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikat...
-
▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا و...
-
Alhamdulillah wa syukur lillah… Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini at...
-
Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. San...
-
Sinopsis Novel Syahadat Cinta “Mahukah kamu menciumku?” “Masya-Allah, kenapa?” “Sebab ciuman adalah bukti kewujuda...