Tuesday, April 12, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (3)


         b)Meningkatkan keyakinan diri 

Selain itu, pujian juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ada benarnya apa yang disampaikan oleh Griffiths dan Karen Jones berkaitan pujian yang boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan pujian yang boleh memberi perasaan sinis di hati mereka. Sebab itu, pujian harus dilakukan secara kerap dengan hati yang ikhlas supaya kanak-kanak ini terdidik dengan keyakinan diri yang tinggi.



Teringat kisah seorang ibu kepada saya, anak bongsunya begitu yakin semua kakak dan abangnya menyayangi dirinya. Hal ini kerana anak kecil tersebut dibesarkan dalam situasi yang membina bukan situasi yang sekejap membina sekejap pula membinasa seperti arus ombak. Sebab itu perlu jelas bahawa matlamat pujian sangat penting untuk membina semula keyakinan diri yang dibinasa. Kanak-kanak yang hilang keyakinan diri sebenarnya telah melalui situasi gagal dalam sesuatu perkara. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak membantu membina semula semangat mereka, ini akan membuatkan perasaan kurang keyakinan itu akan terpendam dan terbuku di hati.
 
dilema kanak-kanak membawa kemurungan akibat tidak konsisten dalam membina keyakinan diri

Menjadi satu dilema sebenarnya, guru-guru di sekolah perlu berhadapan murid yang hilang keyakinan diri. Mereka di rumah rasa direndah-rendahkan oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Datang ke sekolah pula, guru cuba menaikkan semangat mereka. Ya, keyakinan diri mereka boleh meningkat sebentar kemudian jika situasi membinasa berlaku di rumah pastilah itu akan memusnahkan semula semangat mereka. Keadaan ini jika berterusan pasti akan memberatkan lagi keadaan. Kanak-kanak itu berpotensi untuk menghadapi kemurungan dan kecelaruan fikiran. Perlu ditekankan di sini bahawa, kesan didikan yang konsisten baik adalah lebih baik untuk membina keyakinan diri kanak-kanak berbanding tidak konsisten dalam mendidik.



Saya pernah mengahadapi pelajar yang asalnya seorang yang bijak dan berkeyakinan diri tinggi. Apabila satu ketika berlaku konflik antara ibu bapanya sehingga membawa kepada perceraian. Apa yang dapat dilihat adalah, ketika tempoh konflik itu berlaku, kanak-kanak tersebut pernah menyusup keluar dari kawasan sekolah dan cuba untuk pulang ke rumahnya. Kenapa situasi ini berlaku? 

Konflik rumahtangga turut menyumbang kepada jatidiri anak-anak
Jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang asalnya seorang yang berkeyakinan tinggi juga boleh celaru fikirannya. Dia sukar untuk memilih tinggal bersama ayah atau mengikut ibunya pulang ke kampung. Dia suka untuk datang ke sekolah, tetapi tidak mampu langsung untuk memberi perhatian di dalam kelas. Akhirnya, apa yang boleh dibuat adalah pihak sekolah terpaksa memanggil ibu bapa pelajar tersebut untuk diberi nasihat. Setelah itu Alhamdulillah kerumitan masalah keluarga dan pelajar itu dapat dirungkaikan dengan baik. Pentingnya di sini sebenarnya menerapkan sesuatu yang membina dalam diri kanak-kanak. Jangan sesekali melibatkan mereka dengan masalah yang tidak mampu mereka fahami keadaannya. 

Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com

Baca: 

No comments:

Post a Comment