Matlamat untuk mendorong ke
arah kebaikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam memberi pujian
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini bersifat bersih dari kejahatan. Mereka
lebih cenderung ke arah perkara yang baik. Namun demikian, ada kanak-kanak yang
suka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Hal ini disebabkan ada dorongan
ke arah kejahatan oleh orang dewasa yang berada di sekelilingnya.
Anak-anak dilahirkan bersih fitrahnya. Orang sekelilingnya yang mendorong corak peribadinya. |
Saya datangkan satu contoh
seorang pelajar saya. Seorang pelajar tahun satu. Pada permulaan sesi
persekolahan pelajar ini nampak seperti biasa-biasa sahaja. Setelah lebih
kurang beberapa bulan sesi pembelajaran, nampak pelajar ini semakin menurun
dalam prestasinya. Dia sudah mula pandai mengambil barang-barang rakan
sekelasnya kemudian menyatakan itu barangnya, meminjam duit rakannya kemudian
berkata itu duitnya dan suka mengganggu rakan-rakannya. Apa yang lebih
mengejutkan adalah pada satu hari didapati terdapat kotak rokok di dalam
begnya. Apabila ditanya, pelajar itu mengatakan bahawa terjumpa di tepi jalan.
Kemudiannya, apabila disoal lagi oleh guru disiplin dia mengatakan ayahnya
minta dibelikan.
Dalam situasi ini, dapat
dilihat bahawa pelajar ini mula merasakan dirinya kurang bernasib baik seperti
rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia tidak dapat apa yang diinginkan seperti
alat tulis yang menarik dan sebagainya. Justeru, dalam menghadapi pelajar ini
harus bijak. Ransang dia untuk melakukan kebaikan sebanyak yang mungkin dengan
bentuk pujian yang berterusan walau sekecil-kecil perkara. Apa yang dapat saya
perhatikan adalah, pelajar ini kembali ingin memberi tumpuan dalam kelas saya.
Kemudian apa yang paling menyeronokkan adalah dia mengeluarkan buku latihan
dengan sendirinya tanpa perlu disuruh-suruh. Seterusnya membuat kerja-kerja
sekolah yang diminta untuk dilakukan. Inilah kesan daripada kata-kata positif
seperti pujian yang mampu mendorong pelajar kembali melakukan perkara kebaikan.
a.
Srikandi Al-Azwar
No comments:
Post a Comment