Teori
behaviorisme
Dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak,
terdapat beberapa teori utama, antaranya teori behaviorisme. Di dalam teori
berkaitan tingkah laku ini, teori pelaziman merupakan salah satu teori yang
amat penting untuk dikatahui dan diterapkan. Teori yang dimulakan oleh Edward
Thorndike (1879-1949) ini menitikberatkan penerapan sesuatu nilai baik
diberikan ganjaran pada permulaannya[1].
Melalui teori ini, Thorndike percaya bahawa setiap tindakan yang diikuti dengan keadaan yang memuaskan maka tindakan itu akan diulangi. Jika keadaan berlaku sebaliknya, tindak balas akan lenyap. Beliau juga terkenal dengan teori law of effect yang mana menekankan pengalaman yang manis akan diikuti dengan pengukuhan yang positif, manakala pengalaman pahit akan diikuti dengan pengukuhan yang negatif[2].
Melalui teori ini, Thorndike percaya bahawa setiap tindakan yang diikuti dengan keadaan yang memuaskan maka tindakan itu akan diulangi. Jika keadaan berlaku sebaliknya, tindak balas akan lenyap. Beliau juga terkenal dengan teori law of effect yang mana menekankan pengalaman yang manis akan diikuti dengan pengukuhan yang positif, manakala pengalaman pahit akan diikuti dengan pengukuhan yang negatif[2].
Kanak-kanak kebiasaannya akan mempelajari
tingkah laku dengan pengukuhan positif walaupun ganjaran tidak diberikan pada
setiap kali tingkah laku tersebut dilakukan. Seorang ahli behavioris, Tassoni
telah memberikan contoh orang yang membeli tiket loteri. Apabila orang itu
telah menang sekali, ia yakin akan menang pada waktu yang lain jadi tanpa jemu
dia akan bermain loteri. Begitulah keadaannya dengan kanak-kanak, apabila
diberikan ganjaran berbentuk pujian atas kejayaan melakukan sesuatu tindakan
yang baik akan bertindak mengulangi perbuatan tersebut.
Al-Ghazali juga amat mementingkan unsur
ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau menyatakan, apabila kanak-kanak menunjukkan
budi pekerti yang baik, mereka harus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan
hati mereka. Sebaliknya, jika mereka melalukan kesilapan, orang dewasa
hendaklah berpura-pura tidak nampak kesalahan tersebut. Malahan, tidak
sekali-kali memalukan kanak-kanak tersebut di hadapan orang lain dengan menyatakan
kesalahan yang dibuat. Sekiranya kanak-kanak itu mengulangi perbuatan yang
salah, mereka hendaklah ditegur secara tersembunyi serta menyatakan sebab
perbuatan itu tidak boleh dilakukan.[3]
Saya amat bersetuju dengan teori pelaziman ini,
hal ini terbukti di dalam pengurusan tingkah laku anak-anak murid di dalam
kelas. Sebagai contoh, di awal tahun sesi persekolahan bermula, guru memberi
ganjaran berbentuk hadiah kepada pelajarnya yang berjaya menyiapkan kerja
sekolah dengan lengkap. Ganjaran berbentuk ini tidak semestinya diberikan
selalu tetapi perlu diselangi dengan ganjaran berbentuk kata-kata positif.
Hasilnya, pelajar-pelajar di dalam kelas sentiasa berlumba-lumba untuk
melakukan kerja sekolah tanpa perlu diberi hukuman.
Penerapan teori ini dilihat besar kesannya
terhadap murid-murid kelas corot. Bagi saya, murid-murid ini amat perlu diambil
perhatian lebih kerana mereka masih tercari-cari identiti sendiri. mereka belum
begitu jelas target yang ingin diletakkan pada masa hadapan.
Tinta Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com
## Baca Penggunaan Kata-Kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (1)
[1] Azizah Lebai
Nordin, ibid, hlm. 49.
[2] Ibid.
[3] Ibid, hlm. 42.
No comments:
Post a Comment