Kanak-kanak amat suka dipuji. Mereka juga suka
nama mereka disebut. Selalu mendapat pujian kerana melakukan perkara yang betul
membantu kanak-kanak memahami bahawa perbuatan baik akan mendapat perhatian.
Teknik memanggil nama diikuti dengan pujian menambahkan lagi curahan jatidiri
positif kepada kanak-kanak tersebut.
i.
Pujian secara terbuka
Apabila memberi pujian, ianya perlu diberikan
secara terbuka dan kerap. Walaupun sekecil-kecil pujian diberikan, kanak-kanak
amat menghargainya. Sesetengah dari kanak-kanak tidak memberikan respons kepada
pujian yang diberikan kerana mereka tidak pernah meyedari kebaikan yang sudah
menjadi tabiat itu adalah satu perkara yang perlu dihargai. Malah,
sesetengahnya hanya menerima komen negatif daripada perbuatan baik mereka.[1]
Kebanyakan kanak-kanak seringkali diingatkan
dengan segala macam peraturan. Ini jangan dilakukan, ini tidak boleh dan itu
salah sehinggakan memberikan kesan yang buruk terhadap keyakinan diri mereka.
Lama kelamaan, apabila seseorang datang dan memperkatakan sesuatu yang baik
mereka menjadi keliru. Inilah kesan daripada pengulangan kata-kata. Seperti ada
satu teori barat menyatakan, sesuatu yang salah dan jahat jika dikatakan ianya
baik dan mulia secara berulang, maka lama kelamaan yang salah dan jahat itu
akan nampak benar-benar baik dan mulia.
Oleh kerana itu, pujian atau kata-kata positif
hendaklah diberikan secara kerap dan jelas. Perlu dinyatakan secara
terang-terangan apa kebaikan yang telah mereka lakukan. Ini akan memberikan
dorongan kepada kanak-kanak lain yang mendengarnya. Sebagai contoh, pada
permulaan guru masuk ke dalam kelas adalah menjadi kewajiban guru memastikan
semua pelajar dalam keadaan bersedia.
Perkara yang mudah untuk menarik
perhatian mereka untuk berdiri secara tegak adalah melalui pujian. Guru-guru
perlu meyatakan secara jelas nama dan perbuatan baik tersebut, “sila berdiri
tegak seperti…Al-Junaid!, seperti…Farhan! Seperti Anaqi!”. Sebut beberapa nama
untuk mendorong pelajar yang berdekatan pelajar yang disebut nama tersebut juga
melakukan perkara yang sama.
Namun, perlu dipastikan bahawa setiap ganjaran
sama ada melalui kata-kata atau material hendaklah diberi peluang secara
terbuka kepada setiap kanak-kanak yang berada di sekeliling. Ruang pujian haruslah
dimulakan dengan perkara yang senang dilakukan terlebih dahulu barulah
meningkat kepada perkara yang sukar.
Sebagai contoh di dalam kelas, guru
memulakan sesi pembelajaran dengan pertanyaan, “siapa di sini gosok gigi pagi
tadi sila angkat tangan!”, kemudian guru bertanya, “siapa di sini bersarapan di
rumah!”, “siapa di sini cium tangan ibu dan ayahnya sebelum datang ke sekolah?”
dan soalan terakhir, “siapa di sini yang bangun awal dan solat subuh?”. Setiap
soalan yang mendapat respon “ya” daripada pelajar hendaklah direspon dengan
kata-kata pujian seperti, “bagus”, “baiknya”, “bagusnya” dan “tahniah!”.
Lihat, ruang pujian yang diberikan merupakan
sesuatu yang mudah dan bersifat umum. Dengan keterbukaan tersebut ramai pelajar
dapat meyertainya dan berasa tidak terkecuali termasuk orang yang melakukan
kebaikan. Setelah, pertanyaan-pertanyaan dilontarkan dan respon telah diberikan
pelajar maka seharusnya tidak diabaikan tergantung begitu sahaja.
Orang yang
memuji tersebut haruslah membuat kesimpulan secara keseluruhan, “siapa yang
bangun pagi gosok gigi, bersarapan pagi, cium tangan ibu dan ayah dan
menunaikan solat ini merupakan pelajar yang sangat bijak..baik
sifatnya..cemerlang akhlaknya dan yang paling penting, Allah sayang!”.
Pujian-pujian yang jelas dinyatakan ini bukan sahaja menggembirakan hati yang
mendengar tetapi juga menaikkan semangat mereka untuk memberi tumpuan
sepenuhnya pada apa yang disampaikan oleh orang yang memuji.
[1] Griffiths
& Karen Jones, 101 Senarai Penting Menguruskan Tingkah Laku di Sekolah
Rendah, hlm. 65-69.
No comments:
Post a Comment