Dalam
dunia ni, sebut saja jerawat semua orang tau apa kebendanya tu. Jerawat ni
famous sangat sebab tak lainnya adalah suatu kejadian yang normal dan mudah
nampak di mana-mana. Setuju?
Jerawat
muncul seawal remaja dan selalunya melibatkan perubahan hormon. Oleh kerana
seawal awal remaja ia muncul, jika tidak ditangani dengan baik sebab itulah
mudah menjadi hal yang lain pula. Iaitu parut huhu.
Saya
sendiri alami masalah parut jerawat yang sangat degil. Degil tahap ambil masa
bertahun-tahun untuk hilang huhu. Memang boleh rasa down bila parut penuh di
muka. Tambah-tambah kalau pekerjaan seharian kita perlu selalu berhadapan
dengan orang ramai.
Baiklah,
di sini saya ingin kongsikan beberapa petua yang saya sendiri pernah
‘eksperimen’ pada kulit ni hihi. Malah ada antara bahan-bahan ni mudah sangat
nak kita dapati dari ceruk dapur.
|
Kunyit hidup |
1.
Kunyit
Tumbuk-tumbuk
kasar kunyit hidup dan tepek di bahagian jerawat atau tempat yang berparut tu.
Biarkan kunyit tersebut kering sendiri pada kulit. Cuma nanti akan memberi
kesan kekuningan pada kulit. Jadi disarankan nak guna cara ni waktu hujung
minggu la ya ;)
2.
Serbuk Kulit Kayu Manis
Cara
ni pun mudah. Ambil serbuk kulit kayu manis di dapur tu. Sesudu kecil sudah memadai.
Boleh dicampurkan dengan bedak sejuk. Kacau-kacau sekata kemudian tepek di
bahagian berjerawat dan berparut tu. Haa cara ni best tau, cumanya tak
disarankan pakai semalaman. Nanti…kulit akan jadi kering sangat dan
merah-merah. Jadinya kalau nak pakai tu cukuplah sekadar setengah jam ke sejam.
It’s enough ;)
3.
Tomato
Petua
ni pun best tau. Tomato sebiji tu berapa sen sangat kan. Lagipun bukan nak
pakai sampai sebiji. Cukup sekadar setengah biji tomato yang sederhana besar
tu.
Bagaimana
caranya? Mudah saja. Tomato yang dah dibelah separuh tadi, belah jadikan suku.
Kemudian boleh sapu-sapu manja di kulit tu. Urut di wajah sampai la tomato tu
jadi mengecut dan meleper. Sampai habis la isinya tu senang cerita. Suku lagi
tu nak buat apa? Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian sejuk beku peti
ais tu. Esok buat lagi pakai tomato ais pula. Best kan ;)
4.
Lidah buaya
Haa
cara ni rasanya ramai yang dah pernah buat. Tambah-tambah bebudak kampung.
Lidah buaya yang tumbuh dekat dalam pasu mak tanam tu biasa dah kan kita
patahkan kemudian lurut di kulit muka ni ;).
Sekarang
ni siap mudah lagi ada yang jual pati lidah buaya. Import dari Pulau Jeju Korea
tuuu. See, orang Korea pun guna cara tradisional macam kita kat sini. Tetapi
kena hati-hati tau, pastikan cari yang pure dan original la ya. Say NO to
barang Tiruan!
5.
Lemon dan Vitamin C
Bahan
ni pun mudah nak apply. Tetapi sesetengah tempat lemon agak mahal. Tapi okey la
kan, bukan nak guna banyak. Cukup sekadar sehiris dua. Kemudian perahkan jusnya
tu dan sapu di seluruh muka. Balance dari lemon tu boleh guna buat air detox.
Untung kan ;)
Kalau
tak nak guna lemon, anda boleh guna tablet vitamin c. Haa jangan tak tahu selain
daripada kita telan tablet vitamin c, ianya juga boleh digunakan terus pada
kulit. Caranya? Hancurkan dulu jadikan serbuk kemudian larutkan sikit dengan
air dan tepek. Senang kan ;)
6.
Face Oil dan Face Steaming/ Wap muka
Mungkin
ada yang terlintas di fikiran kaedah face steaming memerlukan alat face steamer.
Ya betul tetapi kaedah ini juga boleh dilakukan tanpa menggunakan steamer tau.
Macam
mana tu? Mudah saja, anda hanya perlu sediakan air panas di dalam sebuah
mangkuk. Kemudian, anda hanya perlu tekupkan wajah anda ke arah mangkuk yang
penuh dengan wap panas tadi. Tapi tapi tapi… untuk mendapatkan kesan yang
terbaik, sapukan dan urutkan wajah anda terlebih dahulu dengan beberpa titik
face oil. Kalau anda tiada face oil? Boleh saja gunakan minyak zaitun atau
minyak argan. Kemudian, tekupkan wajah anda dengan tuala agar wap terus
tertumpu kepada wajah anda.
Kaedah
face steaming ini bertujuan untuk membuka liang-liang pori pada kulit wajah
anda. Manakala penggunaan face oil dalam kaedah ini sebagai ‘pelincir’ bagi
mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori tu ;)
7.
Yogurt dan Clay Mask
Petua
terakhir ini memang best giler! Dengan mencampurkan yogurt (sila guna perisa
natural) dengan clay mask kesannya memang superb! Bukan saja boleh bantu
mengecutkan jerawat yang merah menyala tu, tetapi juga boleh buatkan kulit anda
terasa licin macam kulit baby! Ni memang serius. Anda wajib cuba tau.
Bahan-bahan
dalam clay mask sendiri memang sifatnya seperti ‘magnet’ yang menarik segala
blackheads dan whiteheads yang tersumbat di liang pori. Jerawat yang tengah
mendidih tu pun pastinya teransang untuk meletus dan mengecut. Seterusnya membantu
membersihkan liang pori anda secara optimum. Bila liang pori bersih suci haruslah
jerawat pun takut nak mendekat lagi kan ;)
|
Mary Jardin clay mask of course is the best! |
SELAMAT
MENCUBA!!
Nadiah Mahzir,