1. Buah yang tinggi kandungan
vitamin C
Bicara tentang vitamin C yang ada di
fikiran kita pastilah buah-buahan sitrus seperti buah oren dan lemon. Padahal
sebenarnya masih banyak buah dan sayur yang mengandungi lebih banyak vitamin C
dibandingkan dengan buah oren dan lemon, antara lain betik, lada benggala,
brokoli, dan lainnya.
2. Kadar vitamin C menurun jika
disimpan
Berdasarkan keterangan pakar di University
of Maryland Medical Centre, memasak dan menyimpan makanan yang mengandungi
vitamin C dalam waktu yang lama boleh mengurangkan kadar vitamin C di dalamnya.
Untuk itu, sangat baik untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C
ketika masih segar dan mentah.
3. Vitamin C mempengaruhi berat badan
Kebanyakan dari kita tahu vitamin C sangat
berkait rapat dengan sistem imunisasi. Namun, tahukah kita vitamin C juga memberi
kesan terhadap berat badan? Kajian di Arizona State university mendapati bahawa
kekurangan vitamin C pada aliran darah boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk
membakar lemak. Orang yang cukup vitamin c dalam badan mampu membakar lemak
hingga 30% lebih banyak dibandingkan mereka yang kekurangan vitamin C!
4. Melindungi kulit
Tidak hanya vitamin E sahaja yang baik
untuk kesihatan kulit. Sebuah kajian dari Sweden yang diterbitkan dalam jurnal
Acta Derm Venerol juga mengungkap bahawa vitamin C juga efektif untuk
melindungi kulit dari sinar matahari. Terutama jika digandingkan dengan vitamin
E.
5. Berhenti merokok
Orang yang merokok berkemungkinan lebih
tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin C. Hal ini disebabkan oleh radikal
bebas oleh asap rokok. Rokok akan membuat tubuh menggunakan lebih banyak
vitamin C yang terkandung dalam badan dengan lebih cepat. Dengan itu perokok
akan lebih cenderung untuk mengalami kekurangan vitamin C.
Nadiah
Mahzir,
9
Oktober 2018
No comments:
Post a Comment