Showing posts with label face oil. Show all posts
Showing posts with label face oil. Show all posts

Sunday, November 5, 2017

[Face oil Mary Jardin] Fungsi dan Kelebihan

Face oil Mary Jardin berwajah baru

Sesuai dengan perkataan ‘face oil’ jika diterjemahkan secara literal bermaksud minyak muka. Bila sebut muka maka sudah tentulah face oil digunakan khas di kulit muka.


Apa sebenarnya fungsi face oil ni?

Face oil Mary Jardin mempunyai fungsi tersendiri iaitu;
1. Mengawal kelembapan kulit
2. Membantu menghilangkan blackheads dan whiteheads
3. Membantu mencegah jerawat
4. Membantu mengelakkan kulit kusam dan tona kulit sekata
5. Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata


Kelebihan dan keistimewaan Face Oil Mary Jardin

1. Tidak membuatkan kulit menjadi berminyak
2. Boleh digunakan sebagai cleanser dan make-up remover
3. Berbau harum daripada bauan pelbagai campuran essential oil termasuklah lavender oil
4. Selamat digunakan oleh ibu hamil kerana bahan kandungannya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan organik
5. Sesuai dan selamat digunakan oleh semua peringkat golongan termasuklah kanak-kanak


Fungsi Face oil


Nadiah Mahzir
Mary Jardin Trusted Agent,


Wednesday, November 1, 2017

7 Petua Mudah Hilangkan Parut dan Jerawat





Dalam dunia ni, sebut saja jerawat semua orang tau apa kebendanya tu. Jerawat ni famous sangat sebab tak lainnya adalah suatu kejadian yang normal dan mudah nampak di mana-mana. Setuju?

Jerawat muncul seawal remaja dan selalunya melibatkan perubahan hormon. Oleh kerana seawal awal remaja ia muncul, jika tidak ditangani dengan baik sebab itulah mudah menjadi hal yang lain pula. Iaitu parut huhu.

Saya sendiri alami masalah parut jerawat yang sangat degil. Degil tahap ambil masa bertahun-tahun untuk hilang huhu. Memang boleh rasa down bila parut penuh di muka. Tambah-tambah kalau pekerjaan seharian kita perlu selalu berhadapan dengan orang ramai.

Baiklah, di sini saya ingin kongsikan beberapa petua yang saya sendiri pernah ‘eksperimen’ pada kulit ni hihi. Malah ada antara bahan-bahan ni mudah sangat nak kita dapati dari ceruk dapur.



Kunyit hidup

1. Kunyit
Tumbuk-tumbuk kasar kunyit hidup dan tepek di bahagian jerawat atau tempat yang berparut tu. Biarkan kunyit tersebut kering sendiri pada kulit. Cuma nanti akan memberi kesan kekuningan pada kulit. Jadi disarankan nak guna cara ni waktu hujung minggu la ya ;)




2. Serbuk Kulit Kayu Manis
Cara ni pun mudah. Ambil serbuk kulit kayu manis di dapur tu. Sesudu kecil sudah memadai. Boleh dicampurkan dengan bedak sejuk. Kacau-kacau sekata kemudian tepek di bahagian berjerawat dan berparut tu. Haa cara ni best tau, cumanya tak disarankan pakai semalaman. Nanti…kulit akan jadi kering sangat dan merah-merah. Jadinya kalau nak pakai tu cukuplah sekadar setengah jam ke sejam. It’s enough ;)




3. Tomato
Petua ni pun best tau. Tomato sebiji tu berapa sen sangat kan. Lagipun bukan nak pakai sampai sebiji. Cukup sekadar setengah biji tomato yang sederhana besar tu.

Bagaimana caranya? Mudah saja. Tomato yang dah dibelah separuh tadi, belah jadikan suku. Kemudian boleh sapu-sapu manja di kulit tu. Urut di wajah sampai la tomato tu jadi mengecut dan meleper. Sampai habis la isinya tu senang cerita. Suku lagi tu nak buat apa? Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian sejuk beku peti ais tu. Esok buat lagi pakai tomato ais pula. Best kan ;)



4. Lidah buaya
Haa cara ni rasanya ramai yang dah pernah buat. Tambah-tambah bebudak kampung. Lidah buaya yang tumbuh dekat dalam pasu mak tanam tu biasa dah kan kita patahkan kemudian lurut di kulit muka ni ;).

Sekarang ni siap mudah lagi ada yang jual pati lidah buaya. Import dari Pulau Jeju Korea tuuu. See, orang Korea pun guna cara tradisional macam kita kat sini. Tetapi kena hati-hati tau, pastikan cari yang pure dan original la ya. Say NO to barang Tiruan!



5. Lemon dan Vitamin C


Bahan ni pun mudah nak apply. Tetapi sesetengah tempat lemon agak mahal. Tapi okey la kan, bukan nak guna banyak. Cukup sekadar sehiris dua. Kemudian perahkan jusnya tu dan sapu di seluruh muka. Balance dari lemon tu boleh guna buat air detox. Untung kan ;)



Kalau tak nak guna lemon, anda boleh guna tablet vitamin c. Haa jangan tak tahu selain daripada kita telan tablet vitamin c, ianya juga boleh digunakan terus pada kulit. Caranya? Hancurkan dulu jadikan serbuk kemudian larutkan sikit dengan air dan tepek. Senang kan ;) 




6. Face Oil dan Face Steaming/ Wap muka
Mungkin ada yang terlintas di fikiran kaedah face steaming memerlukan alat face steamer. Ya betul tetapi kaedah ini juga boleh dilakukan tanpa menggunakan steamer tau.

Macam mana tu? Mudah saja, anda hanya perlu sediakan air panas di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, anda hanya perlu tekupkan wajah anda ke arah mangkuk yang penuh dengan wap panas tadi. Tapi tapi tapi… untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sapukan dan urutkan wajah anda terlebih dahulu dengan beberpa titik face oil. Kalau anda tiada face oil? Boleh saja gunakan minyak zaitun atau minyak argan. Kemudian, tekupkan wajah anda dengan tuala agar wap terus tertumpu kepada wajah anda.


Kaedah face steaming ini bertujuan untuk membuka liang-liang pori pada kulit wajah anda. Manakala penggunaan face oil dalam kaedah ini sebagai ‘pelincir’ bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori tu ;)






7. Yogurt dan Clay Mask
Petua terakhir ini memang best giler! Dengan mencampurkan yogurt (sila guna perisa natural) dengan clay mask kesannya memang superb! Bukan saja boleh bantu mengecutkan jerawat yang merah menyala tu, tetapi juga boleh buatkan kulit anda terasa licin macam kulit baby! Ni memang serius. Anda wajib cuba tau.

Bahan-bahan dalam clay mask sendiri memang sifatnya seperti ‘magnet’ yang menarik segala blackheads dan whiteheads yang tersumbat di liang pori. Jerawat yang tengah mendidih tu pun pastinya teransang untuk meletus dan mengecut. Seterusnya membantu membersihkan liang pori anda secara optimum. Bila liang pori bersih suci haruslah jerawat pun takut nak mendekat lagi kan ;) 

Mary Jardin clay mask of course is the best! 


SELAMAT MENCUBA!!


Nadiah Mahzir,