Assalamualaikum.
Alhamdulillah siap satu entri yang sudah lama sangat rasanya nak
sambung tapi tak tersambung-sambung dek kerana komitmen yang berantaian. Entri sempena Ramadhan insyaAllah..
Diharap sambungan cerpen ini membuka peluang dan ruang yang lebih besar
buat saya untuk terus berkarya. Saya amat mengharapkan sebarang komentar (positif atau negatif) insyaAllah demi sebuah hasil penulisan yang lebih mantap.
Baca Siri 1 (intro)
Baca Siri 1 (intro)
SELAMAT MEMBACA!!!
___________________________________________________________________________
“Sakinah…”
“Sakinah……”
Tubuh itu kaku tidak
berkutik.
“Sakinah………”
dengan penuh sabar pemilik suara itu terus menyeru. Gadis itu tetap tidak
berganjak daripada hujung kaki tubuh insan yang terbaring lemah di hadapannya. Dengan
perlahan-lahan tangannya menguis sedikit hujung kaki yang bertutup dengan kain sembahyang
itu. Akhirnya tubuh itu mengunyai juga bergerak. Menggeliat sedikit. Namun
matanya masih terpejam rapat.
“Sakinah….bangun
dik… Sakinah dah solat ke? dah masuk subuh ni”. Seperti baru tersedar tubuh
itu. Tergesa-gesa sahaja badannya melantun bangun dari pembaringannya.
“Pukul
berapa dah kak? Keena tak solat lagi ni.” Buru-buru dia membuka telekungnya
dan bergegas ke tandas.
“Eh
dik, awal lagi ni, baru ja masuk subuh… gelap lagi tu ha kat luar tu!” Sedikit melaung suara gadis yang sudah lengkap berjubah rona merah jambu itu.
Setelah
menyegarkan diri dengan air wudhuk, Sakeena segera keluar dari kamar mandi. Lantas
didapatinya Wardah sudah siap berteleku di atas tikar sejadah berserta sehelai
sejadah lagi terhampar di sebelahnya.
“Dah
siap dik? Kita solat sekali ya?” Insan yang bernama Wardah itu mengalihkan
sedikit badannya sambil tersenyum menampakkan lekukan kecil di pipi kanannya.
“Ya
kak, kejap ya nak pakai telekung” Sakeena menghadiahkan kembali senyuman yang dirasakan
paling menawan kepada kakak ‘angkatnya’ itu.
“AllahuAkbar….”
Hening
pagi itu dibelah dengan gemersik alunan suara Wardah. Ayat-ayat suci dari Surah
Al-Waqiah dibaca bagi solat dua rakaat itu. Sakeena tenggelam dalam lautan rasa.
Betapa kini baru dapat dia merasa satu kenikmatan yang tidak terkata. Berasa hampir
dengan Allah. Dirinya amat mensyukuri peluang yang Allah kurniakan kepadanya
untuk kembali berada di atas jalan putih bersih. Segala kenangan lama itu
pastinya tidak sekali-kali dapat dipadam dari kotak memorinya. Apa yang mampu
dilakukannya adalah mengambil iktibar dan membina benteng diri yang benar-benar
kukuh. Mudah sahaja hatinya tersayat pilu. Titik jernih itu mengalir kembali
dalam sujudnya mengahadap Ilahi…
Usai
sahaja solat, mereka teruskan pula dengan zikir ma’thurat sughra. Bibir
Sakeena terkumat-kumit cuba mengikut rentak bacaan Wardah. Biarpun Wardah
membaca secara lambat-lambat tetap sahaja lidahnya berasa begitu keras
tergeliat untuk menurut. Ini bukanlah kali pertama dia belajar membaca zikir
itu. Tetapi sudah hampir sebulan! Namun, tidak sekali-kali dia berasa putus
asa. Dia tahu inilah jalan yang terbaik buatnya. Apa yang pasti dia semakin
tenang setiap kali duduk berzikir kepada-NYA.
“Sakinah
tidur atas lantai ke sepanjang malam semalam?” Wardah memulakan bicaranya.
“Eh,
taklah kak. Saya tidur atas sejadah” Sakeena membalas dengan sedikit lelucon.
Ringan
sahaja tangan Wardah menampar peha Sakeena, “eei budak ni, orang tahu la atas
sejadah…”
“Hehe
sorry la Kak Da, saja je nak melawak…boleh kan…?” menyeringai Sakeena memandang
Wardah. Lalu kepalanya direbahkan ke pangkuan insan yang kini amat disayanginya.
Wardah yang sudah mula memahami karakter adik angkatnya itu membiarkan sahaja. Tangannya
perlahan bergerak mengusap rambut coklat keperangan yang panjang mengurai itu.
Rambut itu sangat cantik. Ya, sangat cantik seperti itu juga wajah pemiliknya. Rambut
lurus yang sebelum ini pernah terdedah itu Alhamdulillah kini bertambah cantik
tersembunyi di sebalik hijab iman dan taqwa.
“Alhamdulillah….”
Tidak semena-mena keluar kalimah hamdalah itu dari dua ulas bibir Wardah.
Sakeena
yang mendengar sedikit kehairanan, segera dipanggungkan kepalanya menghadap wajah
Wardah. “Apa? Alhamdulillah? Maksud akak? Keena tanya kak ada plan apa-apa tak hari ni kan...”
“Oh,
maaf-maaf… Kak fikirkan pasal Sakinah tadi”
“Ek?
Fikir pasal Keena?” tersenyum Wardah melihat gelagat Sakeena.
“Yela…
kak seronok tengok perubahan adik akak sekarang” dipautnya dagu Sakeena dan
digoyang-goyang wajah itu.
“Ye
kan kak, bila difikirkan memang Keena rasa macam tak percaya. Bersyukur sangat…alhamdulillah” "Ya dik...Sakinag tanya kak ada apa-apa tadi? Emm...ada, nak gi pasar pastu petang sikit nak gi ziarah Raudhah"
"Ye ke, bestnye, rindunya kat sana...boleh Keena ikut sekali?"
"Mestilah boleh sayang...kalau boleh lain kali tidur tu betul-betul ya, jangan suka tidur atas lantai, kena jaga betul-betul kesihatan tu..."
"InsyaAllah kak...Keena tak sedar sebenarnya semalam tu...Bila entahnya tertidur" Sakeena jujur sahaja menjawab sambil tersengih. Sebetulnya dia amat menyenangi cara layanan Wardah kepadanya. Sungguh mengambil berat akan dirinya. Sakeena akui itulah yang dia amat dambakan selama ini. Jiwanya sangat gersang dengan belaian kasih sayang insan-insan tersayang. Dan mungkin kerana itulah dulunya dia pernah mudah menjadi kabur dengan huluran kasih dari yang tidak sepatutnya. Ah, jangan diingat lagi semua itu!!!
"Em bila lagi next check-up Sakinah?” pertanyaan Wardah memecahkan lamunannya.
"Ye ke, bestnye, rindunya kat sana...boleh Keena ikut sekali?"
"Mestilah boleh sayang...kalau boleh lain kali tidur tu betul-betul ya, jangan suka tidur atas lantai, kena jaga betul-betul kesihatan tu..."
"InsyaAllah kak...Keena tak sedar sebenarnya semalam tu...Bila entahnya tertidur" Sakeena jujur sahaja menjawab sambil tersengih. Sebetulnya dia amat menyenangi cara layanan Wardah kepadanya. Sungguh mengambil berat akan dirinya. Sakeena akui itulah yang dia amat dambakan selama ini. Jiwanya sangat gersang dengan belaian kasih sayang insan-insan tersayang. Dan mungkin kerana itulah dulunya dia pernah mudah menjadi kabur dengan huluran kasih dari yang tidak sepatutnya. Ah, jangan diingat lagi semua itu!!!
"Em bila lagi next check-up Sakinah?” pertanyaan Wardah memecahkan lamunannya.
“Emm…...tak
ingat la” wajah itu kelihatan berubah sedikit muram.
“Nanti
check semula ya tarikhnya, insyaAllah lepas ni kak temankan Sakinah ok”.
“Alright…”
Ringkas sahaja jawapannya. Suasana terasa hening semula. Hujung minggu begini
memang lambat kawasan perumahan yang mereka duduki itu ‘terjaga’. Apatah lagi
kedudukan rumah mereka terletak di lorong paling hujung.
“Em…
kak nak gi pasar ni, Sakinah nak ikut?”
“Em
tak kut….” “Ok kalau gitu Kinah rehat-rehat ya, tak perlu banyak bergerak
sangat… tunggu akak balik tau” dicuitnya sedikit hidung mancung Sakeena. Tidak
ingin dia biarkan suasana terus-terusan muram. Dia memandang Sakeena lama. Mesti ada sesuatu yang mengganggu benaknya. 'Em, tak apalah. Biar dia tenang dulu' hati Wardah berkata-kata.
****************
Sakeena
bangun dari duduknya setelah Wardah telah keluar ke pasar. Perlahan-lahan dia
mengaturkan langkahnya menuju ke tingkap biliknya itu. Dari bukaan tingkapnya
dapat dilihat tepi masjid dengan jelas. Rumah sewa kakak angkatnya itu berada
di tingkat dua.
Rumah 4 tingkat yang dibina di atas tanah lot yang agak luas
itu sangat besar binaannya yang mana dijadikan oleh tuan rumah 2 buah rumah sewa,
2 buah homestay, dan 3 buah bilik sewa. Tuan rumah yang tinggal
di tingkat paling bawah itu sangat baik hati. Sakeena berasa tenang dapat bersama-sama
orang yang baik lagi soleh. Tetapi, seperkara yang dia akui adalah hatinya
kekadang tetap berkocak dari ketenangan.
Tidak
selamanya dia boleh hidup seperti pelarian bukan?
Tidak
selamanya dia dapat sembunyikan segala kenyataan bukan?
Tidak
selamanya dia harus mengharapkan ihsan insan-insan sekelilingnya bukan??
Pelbagai
lagi persoalan yang menujah-nujah benaknya. Persoalan yang tidak perlukan
jawapan. Tetapi satu tempelak provokasi yang sering menghantui diri setiap kali
dia memandang perutnya yang kian membesar. Ya, ianya kian menampakkan wajah
sebenarnya!
Perlahan-lahan
tangannya diletakkan ke perutnya. Tidak selamanya dia dapat bersembunyi dari
kenyataan sebenar. Dia tahu akan hakikat yang satu itu. Tetapi apakan daya
kekadang mindanya tidak dapat dikawal sepenuhnya. Peristiwa hampir dua bulan
yang lalu kembali terlayar di fikirannya….
Bersambung….