“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(QS Ali Imran [3]: 14).
Allah
SWT menjelaskan dalam ayat diatas tentang penghias kehidupan manusia. Pertama, annisa,
(wanita-wanita). Allah SWT menjadikan mereka sebagai penenang jiwa, raga,
dan hati. Juga sebagai tempat yang menyenangkan dan penghibur nurani. (Arrum
[30]: 21). Dalam ayat lain, Allah SWT mengingatkan agar kita pun waspada
terhadap wanita. Sebab, wanita bisa menjadi musuh dan penyebab yang melalaikan
dari mengingat-Nya. (Attaghabun [64]: 14).
Wanita
sebagai penghias kehidupan ditempatkan pada urutan pertama, kerana wanita
merupakan bentuk ujian terberat, disamping harta dan takhta. Kecintaan kepada
wanita terkadang mendorong seseorang berbuat tercela, menghalalkan berkbagai
macam cara dalam mendapatkan harta dan tahta. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW
mengingatkan: “cubaan terbesar yang aku tinggalkan untuk umatku adalah wanita.”
(HR Ibnu Majah)
Justeru
itu, saya amat tertarik untuk menyediakan bingkisan mengenai Pesona Wanita yang
terdapat dalam Al-Quran. Ayat al-Quran yang sangat menarik dihuraikan tentang
pesona wanita ini boleh dirujuk dalam Surah Yusuf ayat 23 hingga 35.
Sebagaimana yang kita tahu, Surah Yusuf merupakan surah yang padat dengan jalan
penceritaan. Dikisahkan tentang cubaan-cubaan yang terpaksa dilalui Yusuf
‘alaihissalam (a.s) sedari kecil sehinggalah beliau dewasa. Apa yang menarik
tentang penceritaan mengenai pesona wanita ini adalah perkaitan tentang kisah
Zulaikha, isteri pembesar Mesir yang juga ibu angkat kepada Yusuf a.s.
Kisah
mengenai godaan, helah serta fitnah yang dimainkan oleh Zulaikha terhadap Yusuf
a.s ini sangat besar iktibarnya kepada kita umat akhir zaman yang terdedah kepada pelbagai cubaan dunia.
Bingkisan ini saya tekankan penaakulannya daripada Tafsir Ibn Kathir yang telah
diterjemahkan kepada Bahasa Indonesia. Moga ada manfaatnya atas usaha yang sangat
kecil ini.
Srikandi Al-Azwar,
nur_mylp@yahoo.com
Baiti Jannati, Bkt Mahkota.
No comments:
Post a Comment