Tuesday, May 10, 2016

Orientalisme: Ancaman terhadap orang Islam


Sesungguhnya, Orientalis menjadikan diri mereka sebagai pelopor kepada ilmu Islam dan kajian tentangnya. Kajian mereka hanyalah mengikut kehendak hati mereka semata-mata tanpa mengambil kira kebenaran kajian tersebut. Majoriti mereka yang mendokong pemikiran ini bermatlamat untuk merosakkan Islam dan mendustakan kebenaran yang ada pada agama Islam.


Justeru, golongan ini samada asal mereka dari Barat mahupun dari kalangan umat Islam sendiri amatlah merbahaya. Hal ini kerena mereka begitu komited dalam memainkan peranan mereka untuk mengubah fakta-fakta sebenar dalam Islam lalu menyebarkannya. Antara penyelewengan yang dilakukan mereka adalah:
1.           Menyebarkan pendapat bahawa agama Islam adalah ciptaan Muhammad. Pendapat ini disebarkan oleh orientalis yang bernama Ernest Renan. Beliau juga berpendapat bahawa: “Falsaf Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dengan huruf (tulisan) Arab”.[1]

2.           Telah dikeluarkan sebuah buku bertajuk “The History of Mankind Cultural and Scientific” oleh Biro Unesco PBB yang mana ianya berkisarkan propaganda buruk terhadap agama Islam dan bangsa Arab.[2]
3.           Satu senda buruk terhadap Nabi Muhammad SAW yang dikeluarkan oleh Gustac Le Bon dengan katanya: “Realiti daripada perkara yang pelik dalam sejarah adalah menerima sahutan (dakwah) daripada seseorang yang bersifat kegilaan dari kalangan bangsa yang degil lagi keras kepala. Tidak disangka di tangannya (kekuasaannya) dia menjadi seorang perwira lagenda. Tersebar namanya di negara terkuat di dunia (Rom dan Parsi)”.[3]
Segala penulisan dan dakyah pemikiran yang dibawa oleh mereka seperti itu amat bahaya dan memberi kesan negatif kepada jalan dakwah Islamiyah. Pastinya menjadi satu kesukaran bagi para pendakwah Islam untuk membersihkan segala kekotoran yang dipalit oleh mereka. Tujuan mereka (orientalis) berbuat demikian tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memporak-perandakan keharmonian di kalangan umat Islam. Justeru, menjadi satu kewajiban bagi kita untuk memperbetulkan keadaan dengan menyahut seruan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.



[1] Ibid, Gerakan Orientalisme & Kristianisasi Ancaman Terhadap Ummah, hlm. 71
[2] Ibid.
[3] Ibid, hlm. 72

No comments:

Post a Comment