101 HADIS PENGUBATAN RASULULLAH SAW (daripada Sahih Imam al-Bukhari)
“Allah
bersih dan suci dan Dia tidak menerima melainkan yang bersih dan suci.” Riwayat
Muslim.
Tentang
pengarang
Nama
penuh pengarang buku yang bertajuk 101 Hadis Pengubatan Rasulullah s.a.w
(daripada Sahih Imam al-Bukhari) ini ialah Ahmad Adnan Bin Fadzil. Anak
kelahiran Tambun Tulang, Arau, Perlis ini mendapat pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau (1986-1989). Kemudiannya, beliau
melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1992 sehingga
memperoleh ijazah pertama dalam Fakulti Syariah Undang-undang (Bahagian
Perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997.
Beliau merupakan pengamal Thib Nabawi
(pengubatan sunnah Nabi SAW). Menurutnya, penglibatannya dalam Thib Nabawi
(pengubatan Nabi SAW) bermula sejak beliau mengenali Tuan Haji Ismail bin Ahmad
iaitu seorang pakar dalam bidang herba pengubatan Melayu dan pengasas Herba
Penawar Al-Wahida (HPA) Sdn. Bhd. Melalui kuliah-kuliah pengubatan yang diikuti
dikenali sebagai Kuliah Pengubatan Jawi (KPJ), di sana banyak mengupas tentang
kelebihan kaedah rawatan dan ubat-ubatan yang ada dalam Al-Quran dan as-Sunnah
seperti bekam, madu, habbatus-sauda’, zaitun dan sebagainya[1].
Apa yang
menambahkan lagi komitmen penulis dalam bidang Thib Nabawi ini adalah kerana
dia seringkali dijemput untuk mengisi slot-slot di dalam kursus Sijil Herbalis
anjuran HPA Industries Sdn. Bhd. Antaranya slot tentang adab-adab perawatan
dalam Islam, hadis-hadis pengubatan (at-Thib) daripada kitab-kitab hadis dan
pengubatan secara ar-Ruqyah asy-Syar’iyah (yakni pengubatan melalui ayat-ayat
al-Quran serta zikir-zikir dan doa-doa yang ma’thur daripada Nabi SAW). Atas
faktor inilah yang mendesak penulis untuk mengakaji secara serius hadis-hadis
Nabi yang berkaitan dengan pengubatan di samping membaca kitab-kitab karya
ulama yang khusus membahas tentang pengubatan Nabi terutamanya Kitab at-Thib
an-Nabawi tulisan Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah.
Antara
yang sedang diusahakan penulis adalah menghimpunkan hadis tentang Thib Nabawi
yang ada dalam kitab-kitab hadis yang muktamad merangkumi yang sahih, maudhu’.
Adapun hadis-hadis sahih untuk diamalkan manakala hadis dhaif untuk dijadikan
peringatan bersama. Selain menghimpun hadis-hadis, beliau juga berusaha untuk
membuat terjemahan dan membentangkan huraian ulama-ulama hadis tentang maksud
hadis untuk mengelak daripada berlakunya salah faham terhadap maksud sebenar
hadis.
Sebagai
langkah awal, penulis bertindak mengumpulkan hadis-hadis Thib Nabawi yang
terdapat dalam Sahih al-Bukhari kerana kedudukan kitab tersebut adalah yang
paling muktamad kesahihannya. Setelah berjaya mengumpul, menterjemah dan
menghurai hadis-hadis (terdapat lebih 100 hadis), beliau bacakannya pula di
hadapan guru yang membimbingnya yakni Khadim al-Fiqh wa al-Isnad Syeikh
Muhammmad bin Abduh bin Sulaiman al-Ahdal, seorang ulama dari Yaman. Ini
merupakan satu langkahnya untuk menyemak lafaz-lafaz hadis dan pembetulan
terjemahannya. Beliau juga telah memohon sanad gurunya itu bagi Sahih
al-Bukhari dan telah diperkenan kepadanya untuk diijazahkan kepada sesiapa yang
inginkannya. Di hujung buku ini, penulis tidak lupa untuk sertakan sanadnya.
Penerbit
buku
Penerbit
bagi buku 101 Hadis Pengubatan Rasulullah SAW ini adalah Telaga Biru Sdn. Bhd.
Cetakan pertama buku ini adalah pada April 2013. Ianya dicetak oleh Times
Offset Malaysia Sdn. Bhd., Shah Alam.
Kandungan
Buku
Antara
yang menarik dalam buku setebal 240 halaman ini adalah “Fakta tentang kesihatan
Rasulullah SAW” dan semestinya yang utama adalah kandungan hadisnya. Terdapat 103
hadis semuanya yang terdiri daripada hadis-hadis sahih. Ianya dibahagikan
kepada lima bahagian besar:
Bahagian
Pertama:
Hadis-hadis
tentang Amalan Pemakanan Nabi.
Amalan
Pemakanan Nabi.
Bahagian
Kedua:
Hadis-hadis
tentang Makanan Pilihan Nabi.
Makanan
Pilihan Nabi-Sunnah Seiring Manfaat.
Bahagian
Ketiga:
Hadis-hadis
tentang Sakit dan Orang Sakit
Membina
Tasawwur Positif
Bahagian
Keempat:
Hadis-hadis
Tentang Kaedah dan Amalan Pengubatan Nabi (ath-Thib an-Nabawi)
Pengubatan
Kenabian
Konsep
Pengubatan Nabi
Bahagian
Kelima:
Hadis-hadis
Tentang Pengubatan Ilahiyah
Pengubatan
Ilahiyah; Ruqyah Syar’iyah
Selain
itu, terkandung dalam buku ini juga Sanad Kitab Sahih al-Bukhari
(ada 28 rantaian perawi termasuk penulis) dan juga Sanad ‘Ali r.a kepada Imam al-Bukhari (ada 15 rantaian perawi).
(ada 28 rantaian perawi termasuk penulis) dan juga Sanad ‘Ali r.a kepada Imam al-Bukhari (ada 15 rantaian perawi).
Sisi
pandang daripada buku
Buku
mengenai pengubatan Islam ini sangat segar bagi cara penulisan hari ini. Ianya
mesra pembaca dengan cara penulisan yang mudah difahami berserta elemen
penyampaian yang menarik mata untuk memandang. Bagi saya penyampaian cara ini
harus diperbanyakkan. Hal ini kerana hakikat insan-insan di luar sana bukanlah
daripada latar belakang pendidikan agama. Ada yang ingin berjinak-jinak namun
melihatkan sokongan sekeliling daripada keluarga, rakan dan persekitaran yang
tidak banyak membantu membuatkan usaha murninya terbantut. Ditambah pula dengan
koleksi bahan bacaan yang sangat tinggi jangkauan akalnya membuatkannya berasa
gerun untuk berubah. Islam itu mudah, dan seharusnya ahli-ahli akademik cuba
meringankan beban perasaan insan-insan di luar sana.
Selain
daripada aspek penyampaiannya, buku ini sangat berguna kepada kita kerana ia
menyajikan;
·
Hadis-hadis pilihan yang
menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna.
·
Maklumat-maklumat saintifik
berkaitan hadis tersebut disampaikan secara ringan dan mudah untuk difahami
awam.
·
Memudahkan pemahaman pembaca
dengan gambar rajah, carta dan tip-tip yang berguna.
Pada
perkiraan saya, buku ini sangat sesuai menjadi bahan rujukan pembaca. Usah lagi
terlalu banggakan dan mengangkat bahan-bahan bacaan barat tentang pengubatan
dan diet yang baik untuk kesihatan. Sedangkan sudah jelas lagi terang dalam
Islam sendiri punya sumber yang kukuh daripada Nabi SAW tentang aspek pemakanan
dan pengubatan ini. Sebagai contoh ilmu barat yang bertentangan dengan ilmu
Islam adalah pemakanan pencuci mulut terutama buah-buahan. Menurut sumber barat
kita harus makan buah-buahan selepas makan makanan berat. Sedangkan dalam ilmu
Islam ianya bertentangan. Pengambilan buah-buahan haruslah sebelum bagi
mendapatkan khasiat yang maksima.
Sebenarnya
sangat banyak diet-diet pemakanan yang diajarkan Nabi SAW dan semestinyalah
makanan-makanan sunnah merupakan yang terbaik. Tidak perlu kita agung-agungkan
makanan barat seperti soya sedangkan dalam Islam kita dianjurkan untuk meminum
susu kambing. Terbukti secara saintifik bahawa pengambilan susu soya menambah
masalah penyakit terutama kepada wanita ianya melemahkan rahim. Manakala
pengambilan susu kambing membantu menguatkan imunisasi badan juga menghalang
penyakit kuning kepada bayi yang baru dilahirkan. Begitu juga tidak perlu kita
terlalu bangga-banggakan dengan collagen dan sebagainya. Sedangkan di
sisi Islam terdapat rawatan yang lebih baik iaitu dengan pengambilan minyak
zaitun dan rumman (buah delima) ianya insyaAllah dapat membantu dalam merawat
sel-sel kulit yang telah rosak.
Masya-Allah, indahnya Islam ini dipenuhi dengan elemen-elemen yang baik dari segenap aspek. Tinggal lagi kita sebagai umatnya untuk menghargai setiap khazanah ini dan mengamalkannya. Diharap penyampaian ilmu-ilmu Islam seiring dengan sunnah baginda ini dapat diperluaskan lagi penyampaiannya agar setiap umat Islam.
[1]
Ahmad Adnan b. Fadzil, 101 Hadis Pengubatan Rasulullah SAW (daripada sahih
al-Bukhari), 2013. Hlm. XIII-XIV.
Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com
No comments:
Post a Comment