“Setiap
anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu
bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Maksud hadis di atas dapat difahami bahawa
pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui proses yang dipupuk. Asasnya
anak-anak yang dilahirkan adalah bersih daripada segala unsur negatif tetapi
melalui persekitaran seharian akan membentuk peribadi dan tabiat mereka.
Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku
dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan
aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah
sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.
Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila
seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas
tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat
di atas tempat tidurnya.
[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah...
1) Ayat Kursiy
2) Surah Al-Ikhlas
3) Surah Al-Falaq
4) Surah An-Nas
Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^
Allah... lama betul jari jemari ini tak
menukilkan sesuatu di ruang ini...
Kekangan masa untuk duduk dan buka laptop begitu
terasa akhir-akhir ini...
Sebenarnya kerinduan untuk menulis bukan sahaja
kerana suka-suka tetapi kerinduan untuk berkongsi sesuatu bagi mengubat jiwa
ini sendiri... Benarlah, dengan memberi kita banyak menerima sebenarnya...
Jika kita cuba merawat hati orang lain dengan
sedetik peringatan insyaAllah yakinlah DIA pasti merawat hati kita di segenap
ruang masa kita...
Gunalah sebaik mungkin ruang dan peluang yang ada…
sesungguhnya masa kita tidak lama di persinggahan ini… insyaAllah mulai detik
ini sama-samalah kita berlumba untuk beri peringtatan… semoga bermanfaat! Terimalah
kick-start dari saya;