Wednesday, June 18, 2014

KISAH Al-Ummah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? 
Moga dalam keadaan baik semuanya. Lama tak update blog ni. Rindu. Memang rindu nak update. Tapi selalu saja takda kelapangan masa untuk ini. Allah… benarlah bukan mudah rupanya untuk konsisten dalam blogging, apatah lagi untuk konsisten dalam penulisan. Perlahan-lahan ya kita menyusun masa kita. InsyaAllah, kita semua boleh!! ^^


Untuk kali ini insyaAllah ingin saya kongsikan bingkisan program “Kem Islah Anak-anak Hebat (KISAH)”  bersama anak-anak pelajar SRA Sri Al-Ummah pada awal cuti persekolahan baru-baru ini. Pengisian yang menarik, tempat yang menarik, makanan yang menyelerakan dan semuanya la…BEST!!!^^ Moga ada peluang lagi untuk turun berprogram bersama anak-anak yang ditarbiah. Kalau bukan di sekolah yang sama mungkin di sekolah lain pula kann ^__^  

Hari Pertama

Ketibaan di tapak kem. Kem Raudhah, Gombak.


Wednesday, April 23, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 4)


Bagaimana menghadapi ibtila’?

1.                  Mengucapkan kalimah istirja’

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
{iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA lah kami kembali)}[1]

Seringkali kita mendengar ucapan kalimah ini apabila adanya kematian. Sayang sekali tidak ramai yang mempraktikkannya dalam segala hal musibah yang melanda. Sakit, berita kemalangan, terjatuh barang dan sebagainya sepatutnya kalimah ini yang meniti di bibir terlebih dahulu berbanding melatah yang tidak sepatutnya.


Saturday, April 19, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 3)


Ibtila’ terhadap seluruh hamba Allah

Ujian di atas muka bumi Allah ini bukan sekadar kepada Nabi Allah bahkan kepada seluruh hamba-Nya. Hal ini kerana merujuk kepada satu ayat Al-Quran:       

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
{Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar}[1]

Perkara ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan itu sebenarnya perkara umum yang pasti menimpa manusia. Setiap manusia waima kaya dan miskin, waima tua dan muda pasti akan merasai ujian ini. Inilah yang dikatakan fitrah kehidupan. Cuma, apa yang berbezanya adalah tahap ujian yang menimpa seseorang. Lagi tinggi tingkatan imannya maka lagi tinggi ujian yang perlu ditempuhnya. Ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran berikut: