Monday, February 25, 2013

Perjalanan Menemui Murabbi Mendekatkan Diri Kepada Rabbi




Assalamu’alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah wa syukur lillah.

Setelah beberapa hari menyepi hari ini ingin saya kongsikan mengenai murabbi saya yang amat saya segani. Segan pula bila mengatakan beliau adalah murabbi saya kerana saya sebenarnya bukanlah salah seorang muridnya yang sempat bertalaqqi secara berhadapan dengannya. Namun begitu, tetap ingin saya perkatakan sesuatu di sini moga-moga menjadi peringatan dan ibrah kepada semua.

Travelog ini bukan travelog biasa. Ia merupakan travelog tarbiyah diri. Perjalanan ini bukan perjalanan biasa kerana ia membawa erti luar biasa. Perjalanan mendekati ulama yang berjiwa murabbi.

Tuesday, February 19, 2013

Muslim Style vs Gangnam Style







Assalamu'alaikum. Salam kebangkitan ruh Islam.

Rasanya tidak perlu saya terjemahkan kepada Bahasa Melayu keseluruhan lagu Oppa Gangnam Style ini. Sepertinya tidak tersanggup hendak teruskan menaip dengan maksud-maksud yang tidak elok dari liriknya itu. Namun, di sini saya rasa sangat-sangat terpanggil untuk berkongsi kepada semua sebahagian lirik tersebut. Amat menarik dan wajib kita sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain. 

Friday, February 15, 2013

Aku Tahu Siapa Aku



Assalamu’alaikum warahmatullah..

Bukan sebuah cerita kali ini. Bukan juga sebuah petikan daripada lagu. Tetapi satu pernyataan dan kenyataan.

Ya, sebuah pernyataan daripada saya sendiri. Sedikit kelainan entri kali ini. Kerana ia lebih berbentuk coretan hati. Sebuah puisi hati.

Insya-Allah moga sahabat-sahabat sudi membaca sehingga ke akhir tinta kali ini. Moga kita dapat bermuhasabah diri bersama.


Sebuah Puisi:

"Aku Tahu Siapa Aku"


Diri disingkap Hati dibelah

Hari meniti hari. Bulan berganti bulan. Tahun menginjak tahun. Usia diri pastinya semakin bertambah. Usia hidup juga pastinya semakin memendek. Hakikat makhluk itu pasti terbatas hayatnya. Justeru semakin memendek usia bermakna semakin dekat kita dengan Sang Pencipta.

Menyingkap tabir diri. Menjengah kamar hati. Kurasakan aku kenal benar akan diriku. Ya, aku memang kenal benar diriku sendiri. Siapa lagi yang lebih mengenali diriku jika bukan aku sendiri? Aku tahu siapa aku.