Monday, February 4, 2013

Sinopsis Drama Syahadat Cinta

  
Sedutan sinopsis dari TV Al-Hijrah:

Iqbal merupakan anak tunggal kepada Kamarul Ariffin dan Mazni. Iqbal memiliki segala kemewahan yang memungkinkan dia menikmati apa sahaja kehendaknya. Namun semuanya berubah apabila ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara sikap pemabuk Iqbal yang telah melanggar ibunya dengan tidak sengaja ketika memandu untuk keluar dari rumah.

Iqbal amat menyesali perbuatannya, dan akhirnya bersetuju untuk mengikut nasihat bapanya untuk ke pondok Al-Amin. Selama 2 bulan berada di sana, Ustaz Abdullah Sidiq hanya menyuruh Iqbal mengambil air di tasik dan penuhkan ke dalam kolah. Iqbal amat marah dan rasa hilang kesabarannya. Ustaz Abdullah menasihati Iqbal supaya bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian dari IMAN.




Pertemuan pertama Aishah dengan Iqbal di tasik membawa ke pertengkaran sehingga Iqbal melemparkan kata-kata kesat. Setelah mengetahui bahawa Aishah adalah anak kepada Ustaz Abdullah maka Iqbal merasa bersalah. Perasaan malu menyelubungi Iqbal. Namun mana mungkin dia mahu mengakui kesilapannya lantaran Iqbal menuduh Pondok Al-Amin tidak sesuai untuknya.

Iqbal mahu berhijrah ke Pasentren Tegal Jadin di Solo. Ustaz Abdullah sangat gembira mendengar Iqbal mahu berhijrah ke sana. Dia sama sekali tidak melarang apatah lagi menahannya kerana dia sangat percaya perjalanan itu nanti akan lebih banyak mengajar Iqbal erti kehidupan.

Apabila pulang ke rumah, Iqbal cuba untuk berubah. Satu hari Iqbal berjumpa dengan Khaura, seorang gadis kelahiran Kedah yang datang ke KL mencari kekasihnya yang meninggalkannya dalam keadaan dirinya hamil. Iqbal cuba menyelamatkan Khaura. Khaura amat terhutang budi kepada Iqbal. Tetapi nasib malang menimpa Khaura apabila dia keguguran ketika dilanggar sebuah kereta. Namun, Khaura selamat. Ibu dan bapa Khaura membawa Khaura pulang ke Kedah.
Semasa dalam perjalanan ke Solo (di Jakarta), Iqbal bertemu dengan Priscila seorang penuntut di Universiti Kristian Jakarta yang banyak mengetahui tentang ISLAM. Setibanya Iqbal di Solo, Priscila telah memberi nombor telefonnya kepada Iqbal. Dia amat menyenangi Priscila. Kemudian Iqbal, meneruskan perjalanan ke sebuah perhentian bas. Di sana Iqbal tersentuh hati ketika memberi sedekah kepada Jamilah seorang Ibu yang membawa anaknya mengemis. Dia ikut Jamilah hingga ke rumahnya. Dan Iqbal menawarkan diri untuk menyewa bilik di pondok buruk itu semata-mata untuk membantu Jamilah supaya tidak lagi perlu mengemis.

Iqbal melihat bagaimana kemiskinan tidak menjadi penghalang kepada keluarga ini untuk terus menghambakan diri kepada Allah SWT. Jamilah banyak mengajar Iqbal bersolat dan mengaji. Iqbal mendapat tahu bahawa selama ini Jamilah terikat dengan sindiket PENGEMIS yang mengaut hasil dari Jamilah. Iqbal mahu selamatkan Jamilah dan keluarganya. Ketua sindiket tidak puas hati dan membuat report palsu mengatakan yang Iqbal merupakan ahli kumpulan pengganas yang menyimpan senjata. Iqbal dipenjarakan. Selama 5 hari didalam penjara, Iqbal mendapat kawan-kawan baru dari kalangan banduan pula. Di sini Iqbal mempelajari bahawa hukuman dunia belum menjanjikan keadilan. Nasib menyebelahi Iqbal apabila terlepas dari tuduhan. Rupanya Priscila dan Jamilah yang mengusahakan untuk mendapatkan peguam untuk Iqbal.

Iqbal mengambil keputusan untuk pulang semula ke pondok Al-amin. Dia mula memahami mengapa ustaz Abdullah menggalakkan dia berhijrah ke Solo. Sebelum pulang Priscila meminta Iqbal menjadi saksi di majlis dia akan memeluk agama Islam. Iqbal sangat gembira. Kini nama barunya adalah Fatimah Priscila Az-Zahra.

Ustaz Abdullah Sidiq berbesar hati menerima Iqbal kembali dan dia percaya perjalanan Iqbal tempoh hari telah mengajar Iqbal mengenal diri serta mengenal kehidupan. Kini bermulalah perjalanan peringkat kedua untuk Iqbal di situ iaitu mengenal Allah.

Iqbal bertemu Aishah untuk memohon maaf atas kesalahannya tempoh hari dan bermulalah juga kisah persaudaraan tanpa cinta antara Aisyah dan Iqbal. Mereka sering bertemu di tasik tempat Iqbal memunggah air tempohari. Rachmat anaknya Kiai Subadra dari pasentren Tegal Jadin (PTJ) di Solo tempat awalnya Iqbal hendak menuntut ilmu agama tapi tak kesampaian datang ke pondok Al-Amin. Rachmat telah ditunangkan dengan Aisyah sejak kecil lagi. Dia dihantar untuk membantu bakal bapa mertuanya disitu. Hubungan baik antara Iqbal dan Aisyah menjadi fitnah sehingga mendatangkan cemburu pada Rachmat.

Sambutan Maulidur Rasul di pondok Al-Amin telah mencetus cinta pandang pertama antara Iqbal dan Zainab penghuni pondok Az-Zahra. Aishah menjadi orang tengah kepada hubungan cinta ini. Beberapa seketika Zainab dan Iqbal hanya berhubungan melalui surat sahaja hinggalah satu hari Iqbal memberanikan diri dengan bantuan Aishah ke Pondok Az-Zahra semata-mata untuk meluahkan perasaannya pada Zainab. Cintanya diterima Zainab dengan hati yang terbuka luas. Sedang mereka bersembang muncul Fatimah Priscila yang datang untuk berjumpa Iqbal.



##Diharap drama yang berunsur Islamik ini tidak tercemar dengan anasir-anasir hedonisme yang menyengat dunia hiburan kini. Moga drama dan cerita-cerita sebegini terjaga jalan ceritanya dan diperbanyakkan lagi. Moga Islam sentiasa dijulang tinggi!



No comments:

Post a Comment