Filem ini merupakan sebuah
adaptasi dari novel Trilogi Islami "Ma'rifat Cinta" iaitu Syahadat
cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta karya Taufiqurrahman
Al-Azizy. Filem arahan sutradara
Indonesia, Gunawan Paggaru, ini sebenarnya sudah lama berada di layar perak iaitu sekitar Ogos 2008.
Apabila drama bersiri mengenai novel ini turut release di Malaysia di TV Al-Hijrah saya merasakan teruja untuk berkongsi mengenai novel dan filem ini. Mana tidaknya, sebagai peminat hiburan berunsur Islami ini, saya merasakan ianya satu perkembangan yang baik dalam industri hiburan tanah air. Justeru itu, rasanya tidak salah jika kita cuba hayati juga filemnya ini. Apatah lagi filem ini jalan ceritanya tidak banyak bezanya dengan jalan cerita di novel tersebut. Moga drama Syahadat Cinta juga tidak mengecewakan hati penonton! ^_^
Barisan pelakon yang membintangi filem:
(Artis Indonesia)
Arif Rahman, Imel Putri Cahyati, Cantika
Atmenagara, Muchtar Sum, Adhitya Putri,
Hengky
Kurniawan, Ricky Harun, Minati
Atmanegara, dan Donna Harun.
Movie Trailer:
Sinopsis Filem Syahadat Cinta
Ianya berkisah tentang
Iqbal (Arief Rahman) yang mendapat penyesalan kerana telah memperlakukan
ibunya, Ibu Dewi (Minati Atmanagara), hingga menderita koma. Penyesalan
tersebut membuatkannya terjun ke dunia pesantren pimpinan Kyai Shidiq (H Muchtar
Sum). Di sanalah dia berusaha mencari serta mengenal Tuhan sekaligus ingin menewaskan
masa lalunya yang penuh kelam.
Ternyata perjalanan
pencariannya itu tidak mudah. Perilaku metropolis membuat dirinya tidak sabar dengan
aturan serta tata cara perilaku seorang pesantren. Iqbal akhirnya mengalami friksi
dengan pelbagai orang, di antaranya adalah Aisyah (Imel) yang tidak lain adalah
cucu dari sang Kyai.
Dirinya kemudian terusir
dari lingkungan pesantren, dan dia terdampar di Solo. Namun di kota inilah dia
bertemu dengan Ibu Jamilah (Donna Harun) yang miskin tapi sangat solehah orangnya. Di tempat ini jugalah
dia menemukan keagungan Islam, dan bertekad untuk menjadi seorang muslim yang
sejati. Tetapi di saat dia mulai menemukan Tuhan, dirinya ditaqdirkan tersangkut
dengan permasalahan teroris yang telah dibuat tuduhan ke atas dirinya. Namun,
hasil penyaksian beberapa orang yang mengenali dirinya, akhirnya dia bebas,
kemudian dia pun dijemput kembali masuk pesantren.
Filem Syahadat Cinta (full):
##Cuba baca pula bingkisan mengenai Drama Syahadat Cinta yang diterbitkan team produksi Malaysia. Tentunya ada
kelainan (dengan sedikit olahan) dengan penampilan barisan pelakon terkenal
Malaysia.
##Bagi mengetahui secara dekat cerita ini ada baiknya kita baca novelnya
sendiri. klik untuk baca sinopsis novelnya. Selamat membaca! ^_^
No comments:
Post a Comment