AllahuAkbar..AllahuAkbar..
Azan
Maghrib berkumandang membelah atmosfera merah petang hari. Suara seruan itu
kedengaran jelas sekali menerombosi pembesar suara yang terletak di tingkat
tiga blok Fatimah Az-Zahra. Memalu hati-hati manusia yang dekat dengan-NYA agar
segera menyahut panggilan Yang Maha Esa.
Jari
jemari milik gadis bermata coklat tua yang tadinya menari lincah di atas keyboard
terus tehenti. Document yang diolah lebih dari sejam itu ditekan butang
‘save’ dan laptop ditukar kepada mode sleep.
Yusra
bingkas bangun. Kerusi berwarna hijau yang didukinya tadi disorong rapat ke
meja belajar. Kain tuala kecil yang tersidai di tepi pintu diambil dan diletakkan
di atas kepalanya. Bilik air yang terletak bersebelahan biliknya terus sahaja
dituju.
Seusai
membersihkan diri dan berwudhu’, dengan pantas Yusra merapikan dirinya. Meyarungkan
jubah berwarna coklat gelap dan mengenakan tudung Cempaka berbidang 60 yang
berwarna coklat muda dan berlatarkan abstrak bunga-bungaan. Kemudiannya dia meletakkan
sedikit bedak talkum dan dua calitan wangian 1 Drop Perfume. Pantas sahaja dia
menyiapkan dirinya.
Kemudian
sarung kaki berwarna coklat dicapai. Perkara ini menjadi kemestian buat Yusra
sebelum melangkah keluar. Mukena yang tersidai di penyangkut tepi almarinya
digapai dan diletakkan di lengan kirinya.
“Kak
Mai, Yusra turun ke surau dulu ya. Anyone calls just pick it up for me yea…”
pesan Yusra sambil memakai sarung kakinya itu.
“Alright
then..hati-hati..” Kak Maisara membalas dengan senyuman.
*******
Usai
sahaja berjemaah di surau Yusra tidak menunggu solat Isyak seperti
kebiasaannya. Dia bergegas naik ke biliknya. Di awal-awal semester begini
sungguh banyak perkara perlu dicaturkan. Dari hal akademik sehinggalah hal-hal
persatuan. Deadline yang diletakkannya sendiri perlu dipatuhi demi
kelancaran semua tanggungjawab dipikulnya. Bukan mudah baginya yang sudah tentu
amat jauh beza kehidupan pelajar daripada kebanyakan pelajar biasa. Namun,
cabaran yang ditempuhinya tidak sesekali dirasakan suatu bebanan. Malah, dia
merasakannya sebagai satu anugerah terbesar dari Allah.
Sesampainya
di bilik terus sahaja dia membuka tudungnya. Kak Maisarah tidak ada. Tetapi pintu
bilik tidak berkunci. Mungkin di tandas la tu gamaknya. Tanpa melengahkan masa
lagi punggungnya terus dihenyakkan di atas kerusi. Monitor laptop Acer
Aspire 4920 miliknya yang tadi berada dalam keadaan tidur ditegakkan ke atas.
Butang power ditekan. Skrin yang dibiarkan tidur sebentar tadi bangun
kembali menyalakan dirinya. baru sahaja jarinya ingin mencecah ke atas papan
kekunci pintu bilik dibuka. Yusra menoleh sebentar. Kelihatannya Kak Maisarah
menjinjit bakul peralatan mandian dan kepalanya berbalut dengan tuala.
“Eh
Yusra, dah balik? Dah tengok phone? Ada mesej rasanya tadi.”
“Oh
ye? Tak tengok pulak lagi, akak dah boleh solat?” Yusra menyoal Kak Maisarah
yang sedang membentangkan sejadah.
Kak
Maisarah mengukir senyuman di bibirnya, “Alhamdulillah dah boleh ni, baru ja
mandi tadi.”
Tidak
mahu mengganggu Kak Maisarah yang ingin mengerjakan kewajibannya kepala Yusra
dialihkan semula menghadap komputernya. Dokumen yang ditinggalkan tadi dibuka
kembali. Perkataan ‘Case Study 1: RAMSAR Management Plan’ terpampang. Tugasan
tersebut telah diberikan oleh Dr. Amanda kepada seluruh pelajar kelasnya
menerusi Student Learning System (SLS). Baru sahaja tugasan tersebut dimuat
naik di SLS petang tadi. Walaupun kelas petang tadi dibatalkan kerana pensyarah
tersebut perlu menghadiri satu Konvensyen Alam Sekitar di Putrajaya. Namun,
gempar seluruh kelasnya petang tadi dek kerana mesej berangkai yang diterima daripada
ketua kelas mereka memberitahu bahawa Dr. Amanda mahu mereka bersedia untuk
bentangkan case study tersebut di dalam kelas minggu hadapan! Aduh,
terasa berat pula kepalanya. Tidak dapat tidak memang kena siapkan sesegera
mungkin tugasan ni.
Sudah
la minggu ni sangat padat jadualnya. Program Daurah Akhlaq Islami (DA’I) akan
berlangsung hujung minggu ini. Sudah tentulah berderet-deret mesyuarat
penyelarasan program menanti. Ya, setiap malam! Malam ini? Semestinya juga ada.
Aduh! Sekali lagi keluhan bergema dalam benaknya. Dia hampir terlupa untuk
melihat mesej. Entah-entah mesej mengenai mesyuarat. Yusra menjangkaukan
tangannya untuk mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas bantal. Mesej
dari Yazid Saifullah.
Salam
‘alaik Yusra. Enti, meeting DA’I malam ni cancel ya. Ana baru tau ada meeting
Perhimpunan Agung pulak. Enti tolong bagitau s/u. Maaf lambat kabo. Ana rush
sikit ni. Sebaiknya mintak unit2 buat meeting sendiri terutama pengisian. Kalu
bole enti tlg pantau pengisian meeting ya. Meeting keseluruan esok ana nak tau progress.
Syukran.
Allah,
jam tangannya dilihat. Jarum pendek menunjukkan angka lapan. Manakala jarum
panjang angka satu. Alhamdulillah, ada masa lagi ni. Risau pula kalau sudah
hampir Isyak. Jika hampir Isyak maka hampirlah juga kepada mesyuarat yang sudah
dipersetujui diadakan pada jam 9.00 malam. Tanpa berlengah lagi jari-jemari Yusra
pantas menaipkan mesej memaklumkan akan pembatalan mesyuarat. Mesej tersebut
dihantarkan secara berkumpulan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) program
termasuklah Wahida iaitu Setiausaha program. Kemudian laju jemarinya
memaklumkan secara individu kepada Wahida supaya tidak perlu lagi kehadapankan
mesej tersebut. Kebiasaannya jika ada sebarang pemberitahuan daripada Pengerusi
program iaitu Yazid dia akan maklumkan kepada Yusra sahaja. Kemudian menjadi
tugas Yusra untuk maklumkan kepada Wahida. Tetapi dalam keadaan kesuntukan masa
seperti ini Yusra tidak berani bertindak begitu. Takut jika Wahida lambat
membaca mesej tersebut pula.
Yusra
yang dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Pengerusi bukan hanya bertindak sebagai
penolong kepada Pengerusi. Tetapi yang paling penting adalah tugas sebagai
pemantau unit-unit penting dalam organisasi mereka. Dia perlu turut sama turun
ke dalam mesyuarat unit tersebut dan melakukan brainstorm secara
bersama. Unit Pengisian contohnya sangat penting dalam sesebuah organisasi
program. Unit tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada otai-otai KRI
membuatkan Yusra kekadang terasa segan berada dalam kalangan mereka. Pemantau
unit tersebut sahaja merupakan pimpinan-pimpinan Lajnah Pembangunan Insan (LPI)
bagi KRI. Manakala ketua dan timbalan ketua unit pula merupakan ketua nuqaba’ bagi
Intelligent Circle (IC) di bawah LPI. Boleh dikatakan semua ahli unit pengisian
program merupakan seniornya! Aduh, Yusra berasa segan sekali. Mujurlah ada Kak
Amni dan Kak Salwa yang banyak membimbingnya. Tidaklah terlalu kekok bilamana
masuk mesyuarat mereka.
Sambil
menunggu masuknya waktu Isyak Yusra kembali menatap skrin komputernya. Papan
kekunci ditekan dan tetikus digerakkan. Masa yang ada walau sebentar perlu
digunakan semaksima yang mungkin. Dia tekun mencari bahan dari internet. Paperwork
yang berkaitan tajuk tugasan dicari sebayak yang boleh dan kemudiannya semuanya
dimuat turun.
Ketika
leka Yusra melakukan pencarian maklumat menggunakan bantuan abang Google,
laungan azan yang agak kuat kedengaran melalui corong pembesar suara
komputernya. Terkejut jadinya Yusra. Dia terlupa memperlahankan volume
komputer. Selang lebih kurang seminit azan daripada surau pula kedengaran.
Terus Yusra memberhentikan laungan azan digital yang telah diset dalam
komputernya itu. Kemudian dia bangun ingin menuju ke tandas untuk memperbaharui
wudhuk.
Kak
Maisarah kelihatan culas sekali lena di atas katil tanpa menanggalkan telekung
sembahyangnya. Yusra menggeleng kepala dan tersenyum melihatnya.
“Kak…
dah masuk Isyak ni.” Seraya Yusra mengejutkan secara perlahan teman sebiliknya
itu sebelum melangkahkan kaki ke tandas. Kak Maisarah yang baru tersedar terus
sahaja bangun dan menggeliatkan sedikit tubuh kurusnya.
Selesai
bersugi dan berwudhuk Yusra kembali ke biliknya. Maisarah kelihatannya masih
termangu-mangu di katil.
Yusra
mendekatinya dan menggawangkan tangannya di hadapan Kak Maisarah dan menepuk
sedikit bahunya lantas berkata “Kak Mai, kenapa?”.
Maisarah
yang sepertinya baru tersedar menghalakan pandangan ke arah Yusra “Aapa apa,
Yusra nak gi surau ke? Tunggu akak kejap. Nak gi sekali.” Lantas dia bangun
dari duduknya dan terkocoh-kocoh ke tandas.
“Ok
kak, tapi cepat sikit tau.” Yusra sedikit melaung. Sambil menunggu Kak
Maisarah, Yusra menghadap komputernya. Dia meneliti semula bahan-bahan yang
telah dicarinya sebentar tadi dan memastikan semuanya telah disimpan. Kemudian
dia membuat satu folder baru di Desktop komputernya yang bertajuk
‘Ramsar Management’. Semua bahan-bahan yang telah dimuat turun tadi kemudiannya
dimasukkan ke dalam folder tersebut agar mudah dia ingin meneruskan
kerjanya nanti.
‘Rasanya
sekejap lagi ada mesyuarat unit pengisian ni’. Hatinya terdetik. ‘Baik aku shutdown
komputer. Habis meeting boleh sambung balik kerja ni. InsyaAllah…’.
Yusra menanam azam dalam dirinya untuk segera menyambung kerjanya selepas
pulang dari mesyuarat unit. Setelah Kak Maisarah sudah siap dia menggapai
telefon bimbit dan naskhah al-Qurannya. Mereka sama-sama beriringin menuju ke
surau kolej kediaman mereka.
menarik! teruskan...
ReplyDelete