Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ana mulakan.
Terasa lama jejari kurniaan Allah ini tidak memainkan peranan menyampaikan secebis tinta da’wah.
Siapa bilang tidak rindu untuk berblog?
Siapa kata tidak kangen untuk menyampaikan kalam da’wah?
Sepinya ana tidak bermakna terus menghilang dan menyembunyikan diri dari medan da’wah ini.
Uzlah ana beberapa hari ada kisah dan secarik memori menarik untuk dirungkai.
Ikhtibar fil mustasyfa
or
Pengalaman di hospital
Wad Bersalin 2B Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Wad yang terletak di aras dua ini untuk pesakit yang menghidapi sakit puan sahaja. Jadi ini bermakna ianya khas untuk kaum hawa sahaja.
Pelbagai ‘ibrah yang ana dapat ketika berada di sana hampir seminggu. Selama tempoh itu walau rasa letih tetapi rasa berbaloi dengan hikmah di sebaliknya.
InsyaAllah ana akan ceritakan sedikit melalui beberapa pesakit yang sempat ana berjumpa.
Perkongsian Pengalaman Dengan Beberapa Pesakit
-Pesakit Pertama-
Pada mulanya dia dimasukkan ke hospital adalah untuk menjalani pembedahan atas penyakit endometriosis. Antara symptom yang selalu dialaminya adalah senggugut atau istilah perubatannya premenstrual syndrome (PMS) yang sangat teruk.
Apa itu endometriosis?
Ini adalah keadaan di mana terdapatnya tisu yang sepatutnya tumbuh di dinding uterus (rahim) telah tumbuh di bahagian lain seperti pada ovari dan juga pada pundi kencing seterusnya menyebabkan:
- rasa sakit
- pendarahan di luar kebiasaan dan
- berkemungkinan mengalami infertility (kemandulan).
Kerapkali di kalangan wanita yang mengalami PMS beranggapan bahawa ianya suatu perkara normal. Sedangkan ianya kemungkinan terdapat masalah pada rahim kita.
Tragis
Tragisnya, pesakit yang mengalami endometriosis ini setelah dibedah dan dibuang sedikit darah beku dalam rahimnya, masalah lain pula timbul. Rahimnya bengkak.
“Rahim puan ni bengkak. Jadi nasihat saya puan harus bersedia dari segi mental kemungkinan rahim puan akan dibuang” kata specialist O&G.
Pesakit tersebut hanya mengangguk dan tersenyum pahit.
Ana yang hanya mendengar dapat memahami apa yang bersarang di relung hatinya.
“Puan masih mengharap untuk mengandung?” sambung pakar sakit puan itu lagi.
“Jika masih ada harapan, ya saya masih mengharap itu.” balas wanita yang usiaya hampir mencecah 40 tahun itu. Tuturnya kedengaran tegas.
Usai lawatan doktor lelaki tersebut, ana menghampiri wanita tersebut.
Rasa belas di hati ini. Rasa gusar juga bersarang. Belaskan wanita tersebut. Gusarkan bagaimana jika perkara itu diri sendiri yang alami.
‘Allah….beratnya jika difikirkan hal ini. Berilah kekuatan kepada kakak itu’ getus hatiku.
Cuba Membantu
Walaupun sebagai individu yang lemah ana cuba membantu. Ana bukanlah pakar. Tetapi sekadar qudrat dan kefahaman yang ada.
Laptop dibuka. Broadband dipasang. Perkataan ayat-ayat al-Quran bagi mengubati masalah rahim ditaip. Ana sangat yakin dengan ayat-ayat cinta Allah. Ianya merupakan syifak (penawar) bagi segala penyakit. Bukankah firman Allah:
“Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.”
(Surah Al-Isra’:82)
Hasil Pencarian Untuk Penyakit Berkaitan Rahim
Setelah search beberapa ketika dengan line internet yang agak perlahan di dalam wad ini, Alhamdulillah ana temui sesuatu:
2) Surah Maryam
3) Surah Al-Anbiya’
Setakat pencarian ana, tidak pula ana terjumpa ayat ke berapa surah-surah di atas. Sekadar surah dinyatakan.
Setakat apa yang ana mampu itulah yang ana kongsikan.
Setakat apa yang ana mampu itulah yang ana kongsikan.
‘Ibrah @ pengajaran
Terasa sangat terkesan dari apa yang dialami oleh kakak ini. Sebagai insan yang sihat sekarang ini ana tetap merasakan ianya adalah teguran buat diri ana juga. Teguran dari Allah Ta’ala.
Dalam keadaan kita sihat sekarang pun apa salahnya kita lazimi ayat-ayat tersebut. Bermakna jangan loloskan diri untuk tidak membaca al-Quran setiap hari setiap waktu.
Seluruh ayat al-Quran boleh menjadi syifak bagi kita jika kita benar-benar amalkannya. Jangan hanya diamalkan tika sakit sahaja.
Pernah berjumpa seorang ustaz yang mengubati pesakit dengan hanya membaca Surah Yasin. Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit-pesakit yang mengalami sakit stroke, sakit terkena gangguan dan sebagainya sembuh.
Tidak mustahil bagi kita dikurniakan oleh Allah Ta’ala kelebihan dalam mengamalkan ayat-ayat Al-Quran. Apa yang penting kita istiqamahkan diri dalam mengamalkannya!
Selamat mentadabbur Al-Quran!
Selamat bercinta dengan Al-Furqan!
Salam Ramadhan Kareem!
Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
29 Sya’ban 1432H/ 31 Julai 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati
Bestnye dapat KLIK sini.
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
No comments:
Post a Comment