Sunday, July 31, 2011

Hope for Syahrul Barakah



Assalamualaikum. 

Apa persaan sahabat-sahabat sekarang?

Semakin menggebukah rindu untuk bertemu Ramadhan?

Ternanti-nantikah dengan bulan keberkatan ini?

Sudahkah terasa kehangatannya?

Kurang satu jam lagi bagi penduduk Malaysia untuk menginjak masuk suatu fasa yang dikira amat tinggi nilainya bagi umat Islam. 

Ramadhan Kareem. Bulan yang sudah semestinya ditunggu-tunggu bagi pencinta Ilahi.


Tinggi pengharapan!

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman: ‘Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa.
Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.’”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi pencinta Ilahi, sudah tentu merasakan ini tawaran yang hebat dipromosikan oleh Allah Ta’ala. Ingin melakukan apa sahaja amal yang disukai oleh-Nya. Kerana di situ terdapatnya redho Ilahi.


A Big Hope!

Allah berfirman:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”
 (Surah Al-Baqarah: 183)

Diakhiri ayat ini dengan perkataan “la’allakum” atau “agar kamu”, sekilas membacanya kita dapat memahaminya sebagai satu pengharapan. Sepatutnya bagi kita menjadikannya  satu harapan untuk menjadi orang yang bertakwa.

Tidakkah kita mahu menjadi hambanya yang bertaqwa? Sedangkan terlalu banyak kepentingan menjadi insan yang bertaqwa. (Klik sini)

Dari segi istilahnya takwa itu bererti waqa (berhati-hati) atau wiqayah (pencegahan. Jadi insan yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya dari melanggar hukum Allah Ta’ala secara lahir mahupun batin! 

Inilah yang menjadi pengharapan besar bagi kita. Mana tidaknya, tidakkah kita terfikir bila berakhirnya Ramadhan nanti jika kita tidak mencapai target takwa ini apakah kiranya puasa kita yang sebulan berkesan? 

Bukankah jaminan serta pengharapan yang difirmankan Allah jelas sekali menunjukkan takwa dan berpuasa itu bagaikan kembar yang sepatutnya tidak dipisahkan?  


Ayuh sahabat-sahabat,

Kita kejar TAQWA dari bulan tarbiyyah ini.

Moga dari TAQWA membuka jalan kita untuk menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat!

Bermula Maghrib sekejap lagi jom kita transform diri kita! Transform menjadi insan yang berTAQWA dan lebih berTAQWA dari sebelum ini!  


Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
29 Sya'ban 1432 H/ 31 Julai 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)


1 comment: