Monday, July 4, 2011

1 Hari + 1. Mudah Sahaja


“Hayya ‘alassolah…”

“Hayya ‘alalfalah…”

Sahabat-sahabat, apa khabar? Iman ok? Amalan?

1 Hari + 1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan term ini?

Bagi yang allergic kepada angka. ana tolong translatekan: 

Friday, July 1, 2011

SETULUS HATI ZINNIRAH (Prolog)




Angin pagi menderu perlahan. Mengelus lembut wajahnya. Hembusan bayu itu bagaikan mencengkam ke seluruh urat nadi. Sejuk. Beku. Serasa bagai tidak dapat menggerakkan badannya untuk bangun dari bangku kayu itu.

Nur Annisa Zinnirah berjalan perlahan sambil mengalunkan zikir al-Ma’thurat. Kelihatan tompok-tompok putih menghiasi pandangan. Nipis sahaja. Walaupun musim dingin hanya tinggal beberapa hari lagi tetapi ianya seakan-akan berat untuk pergi. Ianya tidak “dingin” dengan alam ciptaan Tuhan. Bahkan erat mendakapi bumi dan melaksanakan tugas dengan baik sekali selari dengan apa yang diperintahkan.

Thursday, June 30, 2011

Janji Yang Pasti (Bab 1)



AllahuAkbar AllahuAkbar..
AllahuAkbar AllahuAkbar..

“Min, dah azan tu, jom turun surau sekali” laung Aqilah kepada teman sebiliknya yang sedang ralit menghadap laptop.

“Kau turunlah dulu, aku solat di bilik ja..ada keje sikit ni..”