“AllahuAkbar Allahuakbar…”
Azan Subuh berkumandang membelah kesunyian pagi. Aku bersiap-siap untuk turun ke surau.
‘Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau masih membangunkan aku untuk terus menjadi hamba yang taat akan perintahMU..’, hati kecilku berbisik.
Udara pagi mengelus lembut wajahku setelah pintu aras blok dibuka. Terasa sejuk dan segar. Suasana sunyi sepi.