WELCOME FEBRUARY THE FEBULOUS!
Assalamualaikum.
Bismillah walhamdulillah menginjak kita ke bulan kedua tahun 2023.
Terasa semalam baru kita masuk tahun baru kan.
Dan masuk bulan 2 ini juga menyatakan bahawa kurang 2 bulan saja lagi kita akan memasuki madrasah Ramadan. MasyaAllah Tabarakallah tak lama dah… macam mana persediaan dah ready?
Apa Khabar Impian?
Baiklah, untuk entri kali ni kaknad nak share la dekat korang beberapa impian kaknad. Ini pertama kali kaknad nak share tentang impian dekat blog kaknad ni. Besar harapan dan impian kaknad tahun ni that’s why kaknad nak share sini.
Kaknad menyesal juga sedikit sebanyak 2 tahun sebelum ni kaknad macam tak ada target yang jelas, maksud kaknad target yang boleh menjadi push factor yang betul betul push diri ni. Tapi alhamdulillah ‘ala kulli haal penghujung 2022 kaknad ada kekuatan nak teliti semula target-target kaknad. Dan inilah hasilnya!
My Goals 2023:
1. Besarkan income & capai 5 angka income/month
2. Langsaikan semua komitmen kewangan personal
3. Sambung belajar ie. PHD
4. Uprank Master Coordinator Shaklee
5. Beli rumah pertama & family car
6. Tunaikan umrah bersama suami & anak3
InsyaAllah semoga tercapai semuanya. Dan alhamdulillah sekarang dalam fasa on track. Allah bukakan jalan untuk kami dari awal January lagi. Subhanallah..Inilah juga yang membuatkan kaknad berasa seronok nak share kerana kaknad yakin adanya doa yang baik dari kalian.
Dulu kaknad memang sejenis malas nak share target tahunan ni, segan malu semua la. Tapi bila kaknad start share kaknad perasan yang jalan dulunya mungkin kelam gelemat Allah hadirkan cahaya yang menyuluh jalan agar kaknad tahu nak mula melangkah bagaimana. Alhamdulillah..
So korang yang mungkin belum setup betul-betul impian korang untuk tahun ni belum terlambat tau. Bila dah set target tu jangan lupa share kepada insan terdekat mak, ayah, suami, anak2..& also medsos korang dekat Facebook, IG & Tiktok korang tu ^_~
AlFaqirah Ilallah,
Nadiah Mahzir (KakNad)
Baiti Jannti.
No comments:
Post a Comment