Salam Ramadhan Kareem.. Alhamdulillah saat ini kita masih dapat
bernafas dan menghirup udara rahmat dari Allah Ta’ala. Hiruplah udara di
sekeliling kita dengan penuh rasa hamdalah (kesyukuran). Tambah-tambah di bulan
puasa ini jika kita buat sesuatu kerana Allah biarpun sekecil-kecil perkara
pasti dihitung sebagai amal kebaikan dengan ganjaran yang lebih berganda! Ayuh kita
sama-sama tarik nafas dan ucap “ALHAMDULILLAH”. Sebenarnya entry kali ini
ditulis kerana begitu merindui untuk berkongsi dengan rakan-rakan maya. Lama
benar saya tidak menulis. Bukan kerana tiada idea. Tetapi pelbagai kewajiban
yang menuntut diri ini untuk tunaikan itulah yang membuatkan jejari ini tidak
dapat menari di keyboard. Emm…serius rindu untuk berkongsi!
InsyaAlah sedikit perkongsian santai ya kali ni. ^_^
Seawal jam 7.50 pagi, rutin biasa di hari minggu mestilah masuk
pejabat. Pejabat Jabatan Alam Sekitar Kedah. Ya, di sinilah saya ‘bertapa’ setelah
lebih kurang tiga minggu. Bertugas sebagai pelajar Latihan Industri (LI) di
sini alhamdulillah seronok.
Pengalaman yang menarik boleh saya katakan. Hari pertama masuk ke
sini lagi pada 4 Julai yang lalu saya telah diletakkan di bawah unit EIA
(Environmental Impact Assessment). Berada dalam unit ini pelbagai tugasan sudah
ditempuh. Saya diingatkan awal-awal lagi oleh supervisor saya yang mana seorang
pegawai JAS yang mengetuai unit ini untuk saya bekerja sebagai pegawai! Berada
di bawah EIA mestilah bergelumang dengan laporan-laporan EIA. Belajar di university
serius sangat berbeza di alam pekerjaan. Alam pekerjaan membuatkan kita ‘memaksa’
diri kita untuk lebih mendalami dan memahami tugas kita. Dahulunya di universiti
santai sahaja membaca secara ringkas ‘surface’ satu-satu subjek. Kini, semuanya
perlu dihadam. Walaupun perkara itu sebelum ini bukan termasuk dalam mana-mana
subjek course kita.
Pelbagai ragam pekerja juga telah saya saksikan sepanjang di sini.
Yang baik wajiblah kita contohi yang buruk wajib juga bagi kita untuk hindari. Maksudnya
sekarang, apabila kita melangkah ke alam pekerjaan ini janganlah kita culas. Mesti
rajin dan berusaha lebih. Tambah-tambah jika kita telah dibayar gaji. Perlu kita
Tanya diri kita kembali setimpalkah gaji itu dengan usaha yang telah kita
lakukan di tempat kerja kerana di situlah letaknya redha Allah.. halal dan
haram wajib untuk kita jaga. Masuk dalam perut yang haram nantilah azab di
akhirat kelak.. na’uzubillah..
Dari mana datangnya rezeki ya?
Katakanlah: “Siapakah yang memberi
rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan
Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran
atau dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Saba’:ayat 24)
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”
Surah
Thahaa : ayat 132
Bagi
rakan-rakan pembaca tidak kiralah yang sudah bekerja atau belum marilah
sama-sama kita tingkatkan prestasi kita semasa bekerja. Bekerjalah semata-mata
kerana Allah. Bukan kerana duit. Jika duit yang
dinampak di mata kita segeralah kita menghitung diri kita ‘dari manakah duit
itu dating?’. Ya benar daripada manusia tetapi manusia hanyalah perantara.
Allah yang sebenarnya melimpahkan rezeki buat kita. Maka kepadaNYA sahaja yang
layak untuk dikembalikan segala puji-pujian dan kesyukuran.
“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup
kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan
kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis
Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Sesibuk mana pun kita usahakanlah untuk melalukan kewajiban kita
sebagai hambaNYA. Ingat, rezeki kita di tanganNYA. Jangan sekali-kali malas nak
bekerja. Bila mana kita bekerja kerana Allah bukan kerana bos kita jadi
insyaAllah kita akan lebih bersungguh-sungguh dan tidak malas. Nak membaca
report insyaAllah rajin. Nak membuat minit mesyuarat insyaAllah tangkas. Nak
buat ringkasan laporan pun insyaAllah rajin. Semuanya insyaAllah rajin! ^_^
Makanya, rakan-rakan, sempena bulan yang mulia ini bulatkan tekad
untuk mengubah diri lebih baik. Hanya kerana
Allah Ta’ala. Berazam betul-betul insyAllah pasti akan dibantu oleh Allah
dengan pinjaman kekuatan iman & taqwa..amin.
Srikandi Al-Azwar,
4 Ramadhan 1433H.
No comments:
Post a Comment