Mau anak soleh ka enggak?
Jom hayati bait di bawah ini sebentar.
Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya
Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya
Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa
Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya
Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya
Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa
Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Sangat suka ana mengahayati lirik lagu-lagu nasyid. Di samping sedap didengar sedap juga mesej yang ingin disampaikan. Begitu juga bagi lagu Permata Keluarga nyanyian kumpulan UNIC ini, ianya terkandung kilauan makna yang sangat tinggi nilainya. Peringatan untuk kita memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita.
Tetapi.. kalau belum kahwin lagi macam mana ya?
Aduh..gawat ni..
Don't worry.. jika kita belum berkahwin lagi ambillah ini sebagai nasihat berguna bagi kita untuk bentuk dan betulkan apa yang masih tidak betul dalam kehidupan kita sebagai seorang anak. Berbaktilah kepada ibu bapa kita sebaiknya. Jika ibu bapa kita sudah menghadap Allah maka tiitiplah doa buat mereka. Itulah hadiah terbaik dari seorang anak yang soleh..(baca cerpen Anak Soleh)
Jika kita tinjau kisah orang-orang soleh seperti Imam Syafie, Syeikh Qadir Al-Jailani, dan ramai lagi, mereka ini semuanya kita maklum sangat hebat akhlak mereka juga sangat dekat diri mereka kepada Allah. Hebatnya mereka kerana wujudnya insan hebat di samping mereka. Insan yang bernama ibu...
Dikisahkan tentang ibu Imam Syafie bagaimana beliau melahirkan insan yang tinggi ilmu itu beliau telah mentarbiah (mendidik) dirinya bertahun-tahun sebelum melahirkan Imam Syafie lagi. Akhlaknya dijaga. Ibadahnya dimantapkan. Nah, jika kita mengimpikan anak yang soleh perlunya kita mendidik diri kita terlebih dahulu. insyaAllah kita akan dikurniakan anak yang soleh..(^_^)
No comments:
Post a Comment