Friday, August 12, 2011

Dari Berdangdut Ke Medan Dakwah, Tahniah Iwan!




Memori daun pisang..
Lalala…

Rasanya walau ana letakkan sebaris lirik lagu tersebut pasti ramai yang tahu lirik lagu apa kan?
Penyanyinya juga mesti tahu kan?

Siapa lagi kalau bukan Iwan berduet dengan Amelina.

Teringat zaman kecil-kecil dahulu. Lagu ini agak famous. Tika itu lagu dangdut agak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 




Selepas sepinya penyanyi dangdut lelaki ini iaitu Iwan, apa yang ana nampak lagu dangdut  di Malaysia bagaikan turut sama menyepi. Bukan kerana tiada penyanyi dangdut, tetapi kehangatannya bagai sudah menyejuk. Itu di pandangan ana selaku orang biasa-biasa sahaja yang tidak terlalu arif dengan industri hiburan tanah air. Pandangan anda pula?

Baiklah, bukannya point di sini ingin mengulas panjang tentang industri ini. Sesungguhnya ana bukan yang selayaknya.


Satu Transformasi! 


Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa gembira ana sebagai saudara seIslam dengan transformasi saudara Iwan menjadi insan yang lebih baik! 


“Barangsiapa yang hari ini adalah lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung, orang yang hari adalah sama seperti semalam adalah orang yang rugi, manakala orang yang hari ini adalah lebih teruk dari semalamnya maka dia adalah orang yang celaka”.  (klik untuk sedikit huraian)


Kelebihannya memiliki  suara yang lunak anugerah dari Allah ini beliau tidak sia-siakan dengan  menghijrahkan diri ke arena dakwah dengan menyampaikan lagu berunsur Islamik dan ketuhanan. Tahniah dari ana kepada Iwan!

Bukan saudara Iwan sahaja yang kita sudah maklum telah melakukan transformasi sebegini rupa, sudah ramai artis-artis tanah air yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik! Bob Lokman, Irma Hasmie, Catriona Ross dan ramai lagi. Masing-masing punya cerita tersendiri tetapi yang pentingnya mereka semua ini menuju satu tujuan yang satu, demi mendamba redho Ilahi… 



Mereka sudah, anda pula?

Apabila kita membicarakan perihal orang yang telah berhijrah dan menjadi yang lebih baik ini, sudahkah terlintas di hati kita ingin turut sama membaiki diri kita? Pengislahan diri yang berterusan amat penting dalam Islam kerana ini akan membawa kita lebih dekat dengan Allah Tuhan Pencipta Alam ini.



Tahniah kepada semua yang telah bertransformasi menuju Ilahi!

No comments:

Post a Comment