Sudah lama menyepi. Sejak memasuki semester baru ini perlbagai perkara dan taklifan perlu dijalankan seiring dengan pantasnya waktu berlari.
Alwaqtu kassaif in lam taqtho’ahu qatha’aka!
(Waktu itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya ia akan memotongmu)
-Kata-kata Hukama’-
-Kata-kata Hukama’-
Ya, tidak seharusnya kita berlambat-lambat dan bertangguh-tangguh dalam melakukan perkara kebaikan. Takut kelak kamu akan terpotong!!!
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu”
Ali ‘Imran:185Pejam celik pejam celik sampai penghujung usia. Takut di saat itu sangat terlambat bagi kita untuk menginsafi dan membetulkan diri. Jadi, biarlah langkah yang diorak sedikit itu menjadi pemula yang baik untuk kelancaran perjalanan kita pada masa akan datang dan terutama tika di akhirat kelak.
Amat merindui pentas maya ini sesungguhnya. Biarlah bingkisan yang sudah lama disiapkan ini menjadi pemula langkah diri ini untuk berentap kembali menukilkan kalam da’wah.
KITA TAK KALAH!
Pilihan Raya Kampus (PRK) terimbau kembali.
Tanggal 21 Februari 2011 mengukir sejarah tersendiri.
PELBAGAI TOHMAHAN, MEHNAH DAN TRIBULASI!
Teringat perjuangan Rasulullah s.a.w dalam beberapa siri peperangan. Namun, perbezaan yang ketara yang dihadapi dalam jihad siasah ini adalah kita menentang golongan Islam tapi sayangnya entah di mana penzahiran Islam mereka.
SEDIH...
Terasa sangat sedih mengenangkan akhlak buruk yang ditonjolkan pihak lawan. Sangat membuatkan diri ini rasa tersentap apabila ada non-Muslim yang berkata;
“Kak, saya rasa diorang ni macam tak ada agama!”.
Masya-Allah, malunya memiliki saudara seagama yang sanggup menggadaikan maruah Islam.
Mereka tidak merasa malu apabila sedar kamera dihalakan ke arah mereka untuk merakam aksi ‘pelik’ mereka.
Ya Allah, ke mana terbangnya IMAN mereka?
Tidak adakah walau secalit pun rasa malu kepadaMU ya Allah….
Sangat sedih ya Allah.. mereka tidak pedulikan pandangan manusia sekeliling malah sanggup lagi mengangkat kamera pula untuk merakam tindak tanduk kami.
Tidakkah mereka melihat bahawa dalam kalangan kami tidak membuat perlakuan ‘janggal’ seperti mereka. Apa yang mereka cuba rakamkan mungkin hanya contoh akhlak-akhlak mulia acuan baginda Rasulullah.
Ya Allah.. Ya Rasulullah..
Ana merasa bertambah sedih lagi apabila mereka seolah-olah ‘pelik’ melihat kami yang mengangkat tangan membaca do’a wehdah setelah selesai sesi rapat umum tersebut. Mereka menghampiri cuba merakam apa yang kami lakukan seolah-olah mereka tidak pernah menadah tangan kepadaMU Ya Allah..
Sangat sedih…
Apabila takbir “AllahuAkbar!!!” dilaungkan barulah beberapa orang yang mendekati kelompok kami tadi mengangkat kaki pergi. Ana berkata kepada seorang sahabat;
“MasyaAllah, anjing apabila terdengar laungan takbir akan berlalu pergi begitulah…”. Terasa sangat sedih. Kenapa mereka seperti itu.
Sahabat ana menambah, “bila laungan takbir bergema syaitan pun bertempiaran lari”.
Terfikir di benak ini golongan apakah yang kami berhadapan ini. Golongan kafir? Taghutkah?
Kemestian untuk berdoa sebelum berjihad |
Biarpun terpaksa bersengkang mata memasang poster tapi puas! |
SEDARLAH!
Wahai saudara-saudaraku, sedarlah! Bangkitlah dari lenamu yang panjang! Indah dunia yang kalian rasai sekarang tidak kekal lama. Kenapa menentang sebegitu rupa? Kalian sedarkah bahawa kalian sedang bermain dengan isu agama dan isu ‘aqidah?
Kalian ingin menunjukkan ‘samseng’ kepada siapa? Adakah kalian lupa bahawa Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
Allah mendengar segala rancangan ‘jahat’ kalian. Lalu, tidakkah kalian merasa malu dengan Allah?
Bestnye dapat KLIK sini.
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)
No comments:
Post a Comment