Monday, December 6, 2010

Rintihan Seorang Hamba di Pengakhiran Hijriy...



Tik…tik…tik…

Meniti detik waktu…
Merentas perjalanan masa…

Sedar tak sedar tahun baru Hijriy bersua lagi…

Salam Ma’al Hijrah…Salam Awal Muharram…Salam 1432 H! kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

AllahuAkbar! AllahuAkbar!

Dialah yang Maha Pencipta..Dialah Maha Agung..Dialah Maha Kaya..
Segala kebesaran dan puji-pujian hanyalah kepadaNya..Allah ‘Azza Wajalla.

Tahun Baru Hijrah detik waktu menyingkap tabir diri tabir seorang hamba kepada yang bernama alKhaliq.

Tangan menadah menghadap arRahman di hujung 1431H. Memohon…





Hati kecil terdetik..iman yang rapuh tersedar.. ‘aqal yang lemah bertafakkur..terlalu banyak dosa dan noda pernah dilakukan..bukan dalam sepanjang Tahun 1431H sahaja malah tahun-tahun sebelumnya..


Dalam rintihan seorang insan..dalam runtunan seorang makhluq..dalam rayuan seorang hamba kepada asSamii’ ( السميع).. Dia Maha Mendengar setiap kalimat dan detik hati hamba yang diciptakannya..


Ya Allah..jika dikira setiap butir pasir di pantai belum pasti menyamai banyaknya khilaf yang pernah dilakukan hambaMu ini…


Dia yang bernama arRahim (الرحيم) itu tidak pernah menolak hambaNya yang ingin taqarrub kepadaNYA..
Dia yang bernama atTawwab (التواب) dan Dia yang bernama alGhaffar (الغفار) itu sentiasa menerima taubat dan sedia mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan hamba-hambaNYA..




Dari Anas RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;
Setiap orang melakukan dosa,
Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ia bertaubat.
-Hadis Riwayat Tirmizi-

Dari Abu Bakar As Siddiq RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan
dikalangan orang-orang yang melakukan dosa,
Walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
-Hadis riwayat Abu Daud-



Moga tersingkap tabir diri....

3 comments: