Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts
Saturday, April 16, 2016
Friday, April 15, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (5)
d) Memberi penghargaan
Di samping itu, pujian juga
bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak. Seperti yang dihuraikan
ringkas dalam teori pelaziman, pujian juga mampu mencetus kebaikan demi
kebaikan untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Pujian ini merupakan salah satu
metod memberi ganjaran dalam bentuk kata-kata. Jika dilakukan berterusan,
kanak-kanak akan rasa sangat dihargai hasil usahanya.
Thursday, April 14, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (4)
Matlamat untuk mendorong ke
arah kebaikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam memberi pujian
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini bersifat bersih dari kejahatan. Mereka
lebih cenderung ke arah perkara yang baik. Namun demikian, ada kanak-kanak yang
suka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Hal ini disebabkan ada dorongan
ke arah kejahatan oleh orang dewasa yang berada di sekelilingnya.
Tuesday, April 12, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (3)
b)Meningkatkan keyakinan diri
Selain itu, pujian juga
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ada benarnya apa yang
disampaikan oleh Griffiths dan Karen Jones berkaitan pujian yang boleh
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan pujian yang boleh memberi perasaan
sinis di hati mereka. Sebab itu, pujian harus dilakukan secara kerap dengan
hati yang ikhlas supaya kanak-kanak ini terdidik dengan keyakinan diri yang
tinggi.
Monday, April 11, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (2)
ii. Jelas
matlamat pujian
Pujian ada pelbagai metod dan boleh disampaikan
dalam banyak situasi. Namun, perkara yang tidak kurang penting adalah perlu
bermatlamat. Jika sesuatu yang dibuat dengan bermatlamat barulah dibuat dengan
bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal memuji, pujian yang diberikan kepada
kanak-kanak ada banyak matlamat antaranya;
Thursday, April 7, 2016
Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (1)
Kanak-kanak amat suka dipuji. Mereka juga suka
nama mereka disebut. Selalu mendapat pujian kerana melakukan perkara yang betul
membantu kanak-kanak memahami bahawa perbuatan baik akan mendapat perhatian.
Teknik memanggil nama diikuti dengan pujian menambahkan lagi curahan jatidiri
positif kepada kanak-kanak tersebut.
Wednesday, April 6, 2016
Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (2)
Teori
behaviorisme
Dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak,
terdapat beberapa teori utama, antaranya teori behaviorisme. Di dalam teori
berkaitan tingkah laku ini, teori pelaziman merupakan salah satu teori yang
amat penting untuk dikatahui dan diterapkan. Teori yang dimulakan oleh Edward
Thorndike (1879-1949) ini menitikberatkan penerapan sesuatu nilai baik
diberikan ganjaran pada permulaannya[1].
Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (1)
Kanak-kanak
di awal usia
“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Maksud hadis di atas dapat difahami bahawa
pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui proses yang dipupuk. Asasnya
anak-anak yang dilahirkan adalah bersih daripada segala unsur negatif tetapi
melalui persekitaran seharian akan membentuk peribadi dan tabiat mereka.
Saturday, April 19, 2014
AL-IBTILA' (Bahagian 3)
Ibtila’
terhadap seluruh hamba Allah
Ujian
di atas muka bumi Allah ini bukan sekadar kepada Nabi Allah bahkan kepada
seluruh hamba-Nya. Hal ini kerana merujuk kepada satu ayat Al-Quran:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم
بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ ۗ
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
{Dan
Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang
bersabar}[1]
Perkara
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan itu sebenarnya
perkara umum yang pasti menimpa manusia. Setiap manusia waima kaya dan miskin,
waima tua dan muda pasti akan merasai ujian ini. Inilah yang dikatakan fitrah
kehidupan. Cuma, apa yang berbezanya adalah tahap ujian yang menimpa seseorang.
Lagi tinggi tingkatan imannya maka lagi tinggi ujian yang perlu ditempuhnya.
Ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran berikut:
Sunday, April 13, 2014
AL-IBTILA' (Bahagian 2)
Ibtila’
terhadap Nabi
Sudah
kita sedia maklum bahawa para Nabi dan Rasul itu sangat hampir kedudukannya di
sisi Allah. Ujian yang menimpa bukan calangnya untuk kita perkatakan. Mereka
ini dikasihi Allah lalu kenapa mereka terpaksa melalui kesusahan dalam
menjalankan misi dakwah mereka? Bukankah Allah sangat sangat sayangkan mereka?
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya:
“Sesungguhnya
besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu
kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka redha maka Allah redha dan bila dia
marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR. Tirmidzi)
Friday, February 28, 2014
AL-IBTILA’ (Bahagian 1)
Setiap manusia yang ada di muka bumi ini pasti
akan mengalami yang namanya ujian hidup. Ujian hidup ini bermacam ragam bentuk
dan rupanya, ada yang ringan dan ada pula yang berat. Ada dua jenis ujian yang
diberikan oleh Allah kepada manusia, yaitu musibah dan cobaan (ibtila’).
Segalanya datang dari Allah. Begitulah juga
dengan cubaan hidup ini. Dengan menyedari hakikat sebenarnya ujian dan musibah,
maka kita diharapkan memiliki cara pandang yang benar tentang ujian dan musibah.
Tuesday, August 20, 2013
Sangat Sukar Jalan Ini!
Assalamu’alaikum. Salam
Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal Ya Kareem…
Perginya Ramadhan
meninggalkan kita bagaikan satu kehilangan yang amat terasa. Perginya
insyaAllah akan kembali dengan izin Allah Subhanallah wa Ta’ala.
Tarbiyyah diri di Bulan Tarbiyyah.
Pasti kita semua telah
sedaya upaya mendidik diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Terasa mudah
sahaja segala amal kebaikan dilakukan. Semangat juga berkobar-kobar. Cepat
sahaja kaki melangkah pabila seruan azan kedengaran. Ringan sahaja lidah
melantunkan ayat-ayat suciNYA. cerah sahaja mata berjaga malam bermunajat
menghadap Allah Rabbul Izzati. Sehingga boleh dikatakan segala-galanya berlaku
luar dari kebiasaan!
Ajaib?
Tidak ajaib
sebenarnya. Suasana itu sendiri
sebenarnya sangat membantu. Bahkan kita sedia maklum bahawa nafsu kita juga
lebih jinak dengan kebaikan setelah gangguan jahat syaitan tidak menjadi
ancaman kita. Jadi, lebih mudahlah kita cenderung mendekati Allah…
Monday, February 25, 2013
Perjalanan Menemui Murabbi Mendekatkan Diri Kepada Rabbi
Assalamu’alaikum
warahmatullah.
Alhamdulillah
wa syukur lillah.
Setelah
beberapa hari menyepi hari ini ingin saya kongsikan mengenai murabbi saya yang
amat saya segani. Segan pula bila mengatakan beliau adalah murabbi saya kerana
saya sebenarnya bukanlah salah seorang muridnya yang sempat bertalaqqi secara
berhadapan dengannya. Namun begitu, tetap ingin saya perkatakan sesuatu di sini
moga-moga menjadi peringatan dan ibrah kepada semua.
Travelog
ini bukan travelog biasa. Ia merupakan travelog tarbiyah diri. Perjalanan ini
bukan perjalanan biasa kerana ia membawa erti luar biasa. Perjalanan mendekati
ulama yang berjiwa murabbi.
Friday, February 15, 2013
Aku Tahu Siapa Aku
Assalamu’alaikum warahmatullah..
Bukan sebuah cerita kali ini. Bukan juga sebuah petikan
daripada lagu. Tetapi satu pernyataan dan kenyataan.
Ya, sebuah pernyataan daripada saya sendiri. Sedikit
kelainan entri kali ini. Kerana ia lebih berbentuk coretan hati. Sebuah puisi
hati.
Insya-Allah moga
sahabat-sahabat sudi membaca sehingga ke akhir tinta kali ini. Moga kita dapat
bermuhasabah diri bersama.
Sebuah Puisi:
"Aku Tahu Siapa Aku"
Diri disingkap Hati dibelah
Hari meniti hari. Bulan berganti bulan. Tahun menginjak
tahun. Usia diri pastinya semakin bertambah. Usia hidup juga pastinya semakin
memendek. Hakikat makhluk itu pasti terbatas hayatnya. Justeru semakin memendek
usia bermakna semakin dekat kita dengan Sang Pencipta.
Menyingkap tabir diri. Menjengah kamar hati. Kurasakan
aku kenal benar akan diriku. Ya, aku memang kenal benar diriku sendiri. Siapa
lagi yang lebih mengenali diriku jika bukan aku sendiri? Aku tahu siapa aku.
Friday, February 8, 2013
Hitam putih hidupmu adalah sinar kebahagiaanmu
Hitam putih hidupmu
Sesungguhnya kita adalah
manusia biasa. Bukan maksum. Bukan juga wali-NYA. Hakikatnya hidup kita pasti
penuh dengan noda dan dosa.
Allah… Kekadang memang
terasa payah. Payah untuk menemukan kembali langkah yang lurus menuju
Redha-NYA. Sungguh! Sungguh sukar dan berat sekali. Kaki yang melangkah
bagaikan tidak terdaya lagi untuk teruskan langkah. Tempang sungguh langkah
ini. Lantaran dosa dan noda yang pastinya sentiasa membayangi..
Adakah kita redha dengan
segala khilaf itu? Adakah kita senang hati dengan salah tingkah kita? Bagi yang
punya secebis iman melingkari tangkai hati pasti tidak pernah hidup tenang
dengan segala salah itu. Kerana iman merupakan sahabat baik yang sentiasa
menjentik hati dari terus hanyut dan leka dalam lautan noda kemaksiatan…
Monday, January 28, 2013
Lantunan Mahabbah Rasulullah
Alhamdulillah wa syukur
lillah…
Entri kali ini adalah travelog
tarbiah saya. Bersama kita hayati sebentar.
Dua
hari yang lalu dapat juga saya merasa duduk bersama dalam satu majlis yang
cukup indah. Iaitu majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah yang dianjurkan Kerajaan
Negeri Kedah bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Majlis yang
berlangsung selama 3 hari 3 malam itu sangat indah sekali pabila dihiasi penuh
dengan majlis-majlis ilmu dan juga lantunan-lantunan qasidah. Dan malam Ahad
tersebut merupakan malam terakhir. Subahanallah, terasa seperti berada dalam
taman syurga dengan hadirin yang rata-ratanya berpakaian serba putih. Indah
sekali!
Subhanallah… MasyaAllah…
Imam Syafie rahimahullahu Ta’ala pernah berkata;
“Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya.”
Hati
ini dibaluti dengan satu perasaan bahagia. Terasa indah sungguh dapat bertemu
mata dengan Tuan Guru-Tuan Guru yang amat saya rindui selama ini yakni Syeikh
Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Tambah pula rasa teramat teruja bilamana dapat
jua melihat secara ‘live’ Syeikh Zainul Asri Haji Ramli di sana. Alhamdulillah…AllahuAkbar!!!
Allah makbulkan jua permintaan hati kecil ini akhirnya… Terima kasih ya Allah…
Daku teramat gembira!
##Untuk lihat rakaman majlis antum boleh stream di: http://www.ustream.tv/recorded/28818922
Video streaming by Ustream
Sematkan kecintaan
dan kerinduan kepada baginda Rasulullah
Dari Anas radhiallahu
anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasalam, bahawasanya baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)
Sahabat-sahabat,
paling tidak jika kita tidak dapat mengingati atau membayangkan baginda
Rasulullah sekurang-kurangnya usahakanlah untuk tidak mengecewakan baginda.
Lihatlah amalan-amalan seharian kita. Adakah sudah benar-benar santun dan jauh
dari kecelaan?
Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat mulia! Budi pekerti
baginda amat menambat hati seluruh isi alam. Malah kemuliaan baginda menandingi
seluruh para Nabi dan Rasul. Nama baginda Rasulullah “Muhammad” itu sudah lama
terletak dan terpampang di samping nama Allah di langit sana. Subhanallah…
Tambahan lagi Allah pernah berfirman kepada Nabi Adam a.s
dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya:
“Kalau bukan kerana Muhammad, Aku (Allah) tidak akan ciptakan kamu (Adam). Kalau bukan kerana Muhammad juga Aku tidak akan jadikan syurga dan neraka.”
Subhanallah… MasyaAllah…
Sungguh
tinggi kedudukan baginda di sisi Allah. Sehinggakan Allah dan para Malaikat
sentiasa berselawat ke atas baginda. Allah… kita bagaimana pula? Selalukah
meniti di bibir kita selawat ke atas baginda?
Para
Nabi dan Rasul memperakui kemuliaan baginda Rasulullah. Malah, menjadi umat
Muhammad itu punya 1001 kelebihan. Kerana mulianya baginda di sisi Allah umat
Muhammad s.a.w juga mendapat tempiasnya. Disayangi dan diberi kelebihan yang
banyak berbanding umat-umat Nabi yang lain. Lantas kita bagaimana? Tidak terasa
bangga dan terujakah dijadikan umat baginda Rasulullah?
Pengakhiran,
lenturlah hatimu…
Wahai Purnama... Wahai Purnama…
Yang indah lagi sempurna…
Bagaimana… Bagaimana…
Nak kuluah dengan kata-kata…
(petikan dari bait qasidah)
Sungguh.
Sungguh tak dapat nak dliuah dengan kata-kata. AllahuAkbar! Terasa syahdu
pabila melantunkan bait-bait qasidah bersama sekalian hadirin dalam dewan nan indah
tersebut. Memang benarlah bilamana kita berada dalam kalangan orang-orang soleh
di dalam satu majlis ilmu nescaya hati kita menjadi sangat kuat mengingati
Allah dan baginda Rasulullah… Subhanallah! Indah sekali… Tidak terucap dengan
kata-kata ini… Andailah Rasulullah bersama-sama kita saat itu… Tentu sekali
baginda tersenyum gembira melihatkan penyatuan umat-umatnya. Duhai Rasulullah,
walau engkau tidak bersama kami tika ini aku teramat yakin bahawa engkau
mendengar rintihan rindu kami. Syafa’atkanlah kami…
Wahai para muhibbin…
Sahabat-sahabat yang
dikasihi Allah… marilah sama-sama kita menyematkan baginda dalam hati kita.
letakkan seluruh rasa cinta kita buat baginda Rasulullah. Nescaya kita akan
mendapat cinta daripada Allah. Moga dengan kita mencintai baginda dan mengikuti
segala sunnah baginda membuatkan baginda kenal akan kita di akhirat kita.
Seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syafaat daripada baginda. Bukankah
itu yang kita idam-idamkan selama ini…
Salam
Mahabbah Rasulullah…
Srikandi
Al-Azwar,
15
Rabi’ulAwwal 1434H/ 27 Januari 2013
Baiti
Jannati
Saturday, January 12, 2013
I’tirafkan Pengampunan Buatku Ya Allah
Wahai
Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Assalamu’alaikum warahmatullah…AllahuAkbar, pejam celik
pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Bagaikan tidak terasa. Begitu juga
sehari-harian kita ini kekadang bagai tidak terasa dosa yang acapkali kita
ulangi. Biarpun sekecil mana pun dosa yang kita lakukan ianya tetap akan
diperhitngkan. Buku catitan ‘amal pula serasa seperti dipenuhi calitan noda
berbanding pahala kebaikan.
Allahu Rabbi… moga Engkau tetap menghulurkan nusrahMu
kepadaku. Aku pastinya tidak mampu untuk mengatur langkah biarpun sejengkal jika
hanya berbekalkan ‘amal solehku…
Ya Allah… malunya aku terasa...
Ya Rahman… rasa betapa jauhnya diriku denganMu…
Ya Rahim… masih adakah ruang buatku untuk kembali
kepadaMu…
Thursday, December 27, 2012
Nafsu, Jangan Sampai Tidak Kenyang!
Assalamu’alaikum.
Salam
menempuh penghujung Tahun 2012.
Salam
bukaan lembaran baru 2013!
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Dapat
lagi tika ini, detik ini kita merasa segarnya nikmat Iman juga kesihatan
yang baik.
2
perkara inilah antara elemen yang sangat penting untuk kita syukuri dalam
kehidupan yang fana di dunia ini. Tanpa iman dan kesihatan yang baik percayalah
kita tidak akan mampu menjalankan kehidupan perhambaan kita kepada-Nya dengan
sebaiknya. Justeru, bersyukurlah!
Pejam
celik pejam celik cepatnya rasa masa berlalu. Serasa terlalu lama jari-jemari ini tidak menari-nari
di atas papan kekunci. Seringkali perhambatan waktu dan tuntutan tanggungjawab
menjadi alasan. Benarkah?
Wednesday, November 28, 2012
5 Tips mudah untuk ceria dan cergas di pagi hari
Assalamu’alaikum.
Hai ols!
Selamat pagi! Sobahul Khair! Morning! おはようございます(Ohayōgozaimasu)! 좋은 아침 (joh-eun
achim)! ^_^
Waah…waah…happy nampak! Alhamdulillah..pagi-pagi mesti
la kena happy kan^^
Ada yang nampak sembab jugak la! Haa…solat subuh tak
tadi?
Baiklah,pagi ni cik nadiah rasa nak kongsi TIPS sikit
la plak. Aippp, tak pernah-pernah kan ^^,
Takpe-takpe, there’s always 1st time in
something right?
1) Ucaplah Alhamdulillah, dan baca doa bangun tidur
Haa, tau tak doa bangun tido ni? Senang je ni, hafal
jangan tak hafal ya:
الحَمْد لِلّهِ الّذِي
أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."
2) Berwuduklah
3) Sembahlah Allah Yang Satu
4) Exercise, alamak!
atau
Kepada yang malas nak exercise macam ambo ni, emm…ada
tips lain, hehe.. iaitu:
Lakukan perkara yang paling kita suka! (yang baik2 je tau)
Banyak kan perkara kita suka? Hobi
la kira ni kan..Emm…kecuali tidur ok! ~_~
Kenapa takleh kalu tidur? Yelaa….kalau tidur confirm2
la anda semua SEMBAB semula, ye tak?? ^^
5) Last but not least...Mandi!!
Haa, ni confirm segar terus! Hee, mandi ye kawan-kawan
sekalian, jangan jadi inche kambing yang berkubang di atas tilam yang tersangat
la empuk tu ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikat...
-
▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا و...
-
Alhamdulillah wa syukur lillah… Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini at...
-
Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. San...
-
Sinopsis Novel Syahadat Cinta “Mahukah kamu menciumku?” “Masya-Allah, kenapa?” “Sebab ciuman adalah bukti kewujuda...