ii. Jelas
matlamat pujian
Pujian ada pelbagai metod dan boleh disampaikan
dalam banyak situasi. Namun, perkara yang tidak kurang penting adalah perlu
bermatlamat. Jika sesuatu yang dibuat dengan bermatlamat barulah dibuat dengan
bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal memuji, pujian yang diberikan kepada
kanak-kanak ada banyak matlamat antaranya;
a) Menarik perhatian
Seperti yang dihuraikan di
atas, dalam konteks menarik perhatian ini sebenarnya sangat perlu untuk
kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak kebanyakannya sering tenggelam dalam
dunia sendiri. Jika mereka bersama rakan sebaya mereka kebarangkalian untuk
mendengar apa yang dituturkan kita adalah rendah. Mereka lebih suka melakukan
aktiviti mereka sendiri seperti bermain!
Jadi, apabila pujian
diberikan ini dapat menghentikan kelekaan mereka seterusnya mengalih perhatian
kepada guru. Perkara ini sangat perlu terutama kepada anak-anak yang kurang
cemerlang dalam pelajaran. Namun demikian, dalam situasi di luar waktu kelas,
anak-anak yang kurang bijak dalam pelajaran ini berkemungkinan akan menjadi
seorang yang sangat cemerlang di atas padang. Kenapa ini berlaku? Kerana
kecenderungan kanak-kanak bergantung kepada minat mereka.
Begitu halnya bagi orang
dewasa, jika berlaku situasi yang bertentangan dengan minat pastilah menjadi kurang aktif. Sebagai contoh, terpaksa berada dalam seminar sepanjang hari dan tajuk
pula kedengaran membosankan pastilah perhatian sukar sekali diberikan. Mereka
lebih berminat untuk tidur dan bermain telefon pintar! Samalah keadaannya
dengan kanak-kanak, jadi untuk menarik perhatian mereka haruslah lebih kreatif
dan lebih membumi.
![]() |
Teknik memuji yang betul mendorong anak untuk mendengar arahan dan permintaan ibu bapa |
Situasi yang direka untuk
diberi pujian haruslah bersifat semulajadi di mata mereka. Sebagai contoh,
anak-anak yang sedang leka bermain permainan mereka jika ingin dapatkan
pertolongan mereka haruslah dipuji terlebih dahulu seperti berikut, “anak-anak
soleh ibu tengah buat apa tu…” kemudian mereka menjawab “main masak-masak!”.
Kemudian diteruskan dengan, “wah…mesti sedapkan…pandainya anak ibu masak…”
Melalui kata-kata pujian ringkas ini pasti akan membuatkan perasaan mereka
berbunga-bunga dan tersenyum. Respon pertama yang mereka berikan sebenarnya
sudah memberi kita isyarat bahawa mereka sudah mengalihkan sedikit perhatian.
Jadi, bolehlah diteruskan dengan tujuan asal kita untuk meminta pertolongan
dengan berkata, “anak-anak soleh ibu boleh tolong ibu sebentar?”, “apa ibu?”,
“tolong angkat kain di ampaian...” Anak-anak yang sudah teruja dengan pujian
kita pasti akan lebih mudah memberi perhatian kepada kita justeru permintaan
pasti sukar ditolak.
Tinta Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com
Tinta Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com
No comments:
Post a Comment