Monday, February 4, 2013

Novel Syahadat Cinta (sinopsis)



Sinopsis Novel Syahadat Cinta


“Mahukah kamu menciumku?”

“Masya-Allah, kenapa?”

“Sebab ciuman adalah bukti kewujudan cinta. Kamu terpikat kepadaku kerana wajah ini, maka dia meminta bibirku untuk kamu cium. Jika hati yang membawa cintamu kepadaku, maka kamu pun harus mencium hatiku. Pilih mana?”


******

Itulah petikan perbualan antara Iqbal, watak utama dalam novel ini, dan Zaenab, merupakan salah seorang gadis yang ditemui Iqbal dalam perjalanan hidupnya. Sebagai pemuda metropolis, Iqbal berjuang mengakhiri masa lalunya yang kelam, dan secercah cahaya Ilahi memasuki relung-relung hatinya, dan membawanya ke alam pesantren. Tetapi ternyata, perjalanan ini memunculkan amuk pergolakan di dalam hatinya. Baru sahaja dia mulai belajar berwuduk, membaca al-Quran dan bersembahyang, tetapi dia terpelanting ke lembah perdebatan, yang pada lahirnya memang dengan sahabat-sahabat santerinya (pelajar pesantren), tetapi pada hakikatnya adalah antara Iqbal dengan dirinya sendiri. Baginya, hatilah yang perlu mendapat cahaya Islam dan menerangi jiwa. 

Iqbal berusaha memasuki Islam melalui jalur hatinya, dan ternyata jalur itu membawa bersama benih-benih cinta kepada Zaenab, seorang santeriwati di pesantren itu. Tetapi, masih ada dua gadis lain sedang menunggu cintanya: Priscillia, seorang gadis dari keluarga Kristian yang taat dan mendapat pelbagai kekerasan dari keluarga dan sahabat-sahabatnya kerana telah memilih memasuki hidayah Islam; sedang gadis yang seorang lagi adalah pelajar dari sebuah SMA yang dipaksa menikahi orang yang tidak dicintainya, bahkan tidak dikenalnya. Iqbal justeru banyak belajar tentang keagungan Islam dari sebuah keluarga pengemis yang menumpangkannya di teratak mereka ketika dia lari dari pesantren kerana permusuhan dan pertentangan fahaman agama yang sangat tajam.

Novel spiritual ini menjadi kesaksian (syahadat) perjalanan cinta seorang anak kota dalam tempias wajah Ilahiyah yang sarat aroma spiritual dan pertarungan ragam tradisi.


##Sekadar perkongsian sebagai respon kepada Drama "Syahadat Cinta" yang ditayangkan di TV Al-Hijrah.
##Lihat sinopsis drama ini untuk buat perbandingan antara filem dan drama ini. 

No comments:

Post a Comment